advertisement

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA



Lama tak join GA atau segmen lately. Jom join segmen Kak deanna ni. Nak join klik banner ok. 

Psssttt, hadiah banyak, peluang nak menang tu tinggi..hehee... :)

4 PETUA TIDAK CEPAT TUA DARI USIA

Minggu kedua April dah. Dah masuk fasa kedua tahun 2015 ni. Terasa cepat masa berlalu. 

Semakin hari usia semakin meningkat. Yang tu kita tak dapat elakan. Mau tak mau kena juga terima hakikat, kita tak akan muda sentiasa. Hehe.. 


TETAPI, untuk kekal kelihatan muda sentiasa bukanlah mustahil kan. Bab awet muda ni semua mesti suka.. Baik lelaki mahupun wanita.. Siapa tak suka kan umur 40 nampak macam 25. Kekal muda sepanjang zaman. Hehe..Bukan kita tak sedar diri, orang yang sihat akan kelihatan lebih muda dan bertenaga. Kalau orang sakit, ce kita tengok, nampak tua kan sebab kurang bermaya. 

BEZA SOYA GMO DAN NON-GMO

GMO??

Apa itu GMO. Bila berkongsi, pung pang ai bagitau yang soya keluaran Shaklee adalah Non-GMO. 


Kita tak payah nak cerita banyak lah erk..


Dipendekan cerita, GMO dan bukan GMO ini macam ayam kampung dengan ayam cucuk-cucuk tu. Selain cucuk-cucuk, dalam makanan ayam itu sendiri ditambah dengan ubat yang bagi ayam tu cepat besar dan gemuk. Selalu kita makan ayam GMO kan. Patutlah badan kita ni kena macam-macam penyakit. Asyik makan makanan GMO. 

AWESOME PEOPLE MARCH 2015

Waahhh, bulan ni dapat dah tahu siapa suka singgah and komen kat sini..

Big thank to Jari Manis sebab tolong. Thank you juga dekat Scdha Sein sebab ada niat nak tolong, tapi sebab busy travel ke Koya, jadi tak sempat nak tolong. Nak tahu tolong apa, boleh baca entry ni. 

Mari kita tengok siapa 10 awesome people bulan mac lepas?

KIRA KALORI DALAM MAKANAN

Assalamualaikum...

Semalam kena "basuh" hati dan perasaan dengan orang hebat kat keliling ai.. Hari ni bangun pagi dengan cerianya..hehe.. 

Mula kan hari ini lebih baik dari semalam..

Semalam i ada share cara nak kira kalori kita kan. So, hari ni ai sambung lagi tentang kalori. Dah kira kalori yang kita perlukan, mesti lah kita nak tahu juga kan kalori setiap makanan bekalkan. 

For your information, ai sekarang tengah diet (bukan tak makan tau!). Untuk apa nak diet? mestilah untuk kesihatan wokey! Jadi ai nak betul-betul makan ikut jumlah kalori yang betul, tak nak lebih. Naik 100 gram pun ai rasa susah hati, inikan plak kalau sekilo, 10 kilo..

My target, nak lost 5 kg dalam 2 bulan ni..Kenapa 5 kg ja? cukup lah tu 5 ..nanti kalau kurus sangat tak best plak. Hehe..

CARA KIRA KALORI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..

Penat yang semalam pun tak habis lagi, hari ni nak kena kerja balik. Cuti yang diragut..haha..Mengada-ngadakan ai?..hahahaha

Pagi-pagi dah scroll FB, ai terjumpa Dr Zubaidi share pasal kira jumlah kalori. Selama ni tertanya-tanya camna nak kira ikut keperluan kita. Tambah plak, kita ni cukup risau walau 100 gram berat naik..Kan..kan.. (hihihii)..

So, untuk tidak memeningkan kepala ai nak olah sana sini, ai copy and paste aja lah kat sini..hehe.. tumpang share ye doktor..

7 PUNCA RAMBUT GUGUR

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..



Pernah terjadi seperti gambar ini? Selepas sikat rambut ja, berkepul-kepul rambut gugur. Takut bukan kalau jadi macam ni?




Bila banyak dan kerap gugur, tak mustahil jadi begini.. 


KELEBIHAN AL-KURSI


Hafal tak ayat ni? Kalau belum, mulakan menghafal dan mengamalkan sekarang. Begitu besar fadilat sepotong ayat ini.

JOM TEKA..

Bila tengah gundah gulana, jangan dilayan perasaan. Untuk menceriakan balik suasana ai, ai cuba buat macam-macam. Bukan cara ai, melantak banyak-banyak. Ai lagi susah hati, lagi tak leh makan..huhu..

** tip nak kurus, selalulah susah hati..hahaaahaaaa(gelak dlm keterpaksaan)..





Jom teka ai nak buat apa dengan gambar ni??

Nampak macam budak-budak plak kan..Hehe..

Ntah apa akan terhasil bila hati duka ni..

Selalu kan kerja kita terhasil ikut emosi..

Nanti dah settle, ai tunjuk hasil..

Sapa teka betul, ai bagi "gambar" tu.. Heeeeeee...

P/s: singgah santai, main teka-teka sikit.. Saja nak penuhkan masa dengan apa sahaja yang boleh buat.. Nak p bercuti, poket makin nipis ja hari ke hari..huhuuu.

Kalau duit turun mai dari langit, alangkah bahagianya..Penatnya rasa badan ni.. 
Kuat..kuat..kuat.. 

MASYARAKAT KITA..

Ai tak tahu camna nak tulis pendapat ai pasal ni, letak tajuk ikut sedap rasa ja, ntah berkaitan atau tak ai pun tak pasti. Ni lah selalu jadi kat ai, ada benda/point sebenarnya tapi tak pandai nak olah entry. 

Olah u ols, over bebenar. Kah..kah.. Ok lah, straight to the point jerrrr... 

Pada satu petang, Lela tengah siram pokok bunga, tiba-tiba Qais balik dari mana ntah, tengur Lela.. "hai Lela, tengah buat apa tu?"..

"Tengah jogging ni." Jawab Lela dengan Sarcastic nya u ols.. Haha..

PENAPIS AIR EKONOMI

Rasa lama juga ai tak tulis entry pasal Shaklee ni kan. Dah hampir semua barang Shaklee ai share kat sini kan, yang ni je belum rasanya. 

Apa yang ai nak kongsikan ialah penapis air ekonomi. Kenapa ai panggil ekonomi?
Sebab harga set penapis air ini harganya sangat murah dan affordable. 

Bekalan air bersih rasanya sudah menjadi terhad buat sesetengah penduduk kota. Bukan ja penduduk kawasan bandar malah kat kampung pun, nak dapatkan air bersih pun susah.

Banyak dah rumah-rumah pasang penapis air sebab  nak dapatkan air minum yang bersih dan boleh terus diminum selepas ditapis. 

Tiba-tiba ja..







Tiba-tiba ja rasa nak lari jauh-jauh. Tapi kan.. duit tak dak..Haha..

Duit ni memang tak leh bawak mati, tapi kalau tak dak leh mati ooo..


Happy blogging semua and happy2 sokmo ye..

WELCOME GST

GST akan dikenakan tak lama dah.. Dah ready ke belum? 

Hah, tak ready, lantaklah hada orang kesah.. Dah sampai masa, bayarlah u ols 6% tu. 

Bayar jangan tak bayar. 

Mari kita tengok harga barang turun ke naik bila GST ni bermula. Sibuk uar-uarkan harga barang akan turun sebab GST akan menggantikan SST and segala bagai cukai lagi. Selama ni kita kena bayar tax, kita tak sedar sangat. Kalau cukai-cukai lain dah tak ada, adakah barang akan turun harga. Ke sama ja, pastu hadap lagi 6%. Turun ke naik?

PERCUBAAN KEEMPAT MENJADI

Hobi baru sekarang ni. Ramai suri rumah memilih ini sebagai kerjaya. Duduk rumah sambil bekerja, sambil urus keluarga. Pada ai ianya sekadar hobi nak suka-suka. 

Cubaan keempat kali ini menjadi cuma belum puas hati 100% la, sebab spoil lagi kat bahagian leher. Ini baju keempat ai cuba hasilkan. Menggunakan fabrik chiffon dan satin. 

Alhamdulillah, tak dak lah susah sangat nak jahit kain chiffon ni. Tapi, nak menggunting, alahai.. berketul-ketul barang berat dilapiknya. 

Ai ambik masa dalam sehari jugaklah nak menyiapkan baju ni (campur berhenti masak,makan,mandi, solat). Akhirnya baju siap dengan jayanya. hehe.. Buat pakai sendiri kira ok lah, kalau buat kat orang lain, jawabnya tadah telinga dengar complain. Hik..hik..


Amatur baru mengatur langkah, 
Mana mampu nak ambik upah..

DOWNLOAD MOVIE- HOBBIT 2014



Cerita dah keluar masa bulan 12 tahun lepas lagi, baru sekarang nak tengok. Lambat kan.. Hehe.. Ai memang minat movie epik ni. Cita frozen pun gedik download. Haha.. Feeling-feeling ada kuasa magis bagai. Kah..kah..

Baca buku omputeh ni memang tak la rasanya. Setakat boleh baca cerita kanak-kanak bolehlah. Haha.. Baca novel melayu pun kadang-kadang sampai seminggu yang muka surat cuma 5-6 ratus je pun. Agak-agak kalau buku omputeh mau sebulan baru habis dengan muka surat 2-3 ratus ja. haha.. Sambil ada kamus kat sebelah.

BLOG REVIEW #3

Assalamualaikum..


Next review adalah...

Pusing mai..pusing mai u ols dah kenal i guess..

tapi, nak jugak review.. ai nak bagi pandangan ai. 

Antara blog yang memberi ai semangat untuk menapak sebagai blogger. Ai kan blogger baru (dah setahun pun).. Tapi lately ni lah ai baru pandai blog walking. 

JUMLAH AIR MENGIKUT BERAT BADAN

SUMBER: FACEBOOK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Badan memerlukan lebih 70% air. Jadi minumlah air secukupnya ya. Boleh refer panduan diatas, berapa jumlah air yang diperlukan. 

Kalau u ols mengambil ubat-ubatan dan suplemen, seeloknya dilebihkan sedikit air supaya membantu proses penyerapan dan perkumuhan. 

Air kosong ye tu, bukan air manis. Kalau air manis menambahkan lagi gula dalam badan. 

"kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman".

happy blogging semua and salam jumaat..

Widjet tak function..


Widjet apa yang ai maksudkan??

Tengok kanan, kat bawah sekali.. ada nampak apa-apa yang kurang kat situ?


Ada tajuk ja.. 

"TERIMA KASIH DAUN KELADI"

"KOMENLAH LAGI"

Adussss... dah berkali-kali daku tukar.. siap letak dua lagi.. tak boleh jugak..

Tak dapat lah den nak tengok top komentar kat blog ni..

Nak kira satu2, mau migrain plak nanti. Haha..

Ada tak yang sudi nak tolong.. Huhu..

Nak jugak tahu siapa rajin tinggal komen sini.. hehe.. 

Geram ja nengok blog lain updated top komentar bulan ini, tahun ini.. ai punya tak dak plak.. huhu

Malas dah eh nak gelebek.. Lantak pi lah..

P/s: macam lograt dah keluaq.. hehe..


Waah, kenangan..

Minggu lepas mak call cakap almari buku ai kena serang anai-anai.. Oohh, sedihnya buku-buku dan khazanah alam yang ai simpan musnah, hancur lebur dek anai-anai. Tak pernah-pernah my house kena serang anai-anai. Sekali kena habis buku-buku ai.

Sadis gila tengok buku-buku tu musnah cam tu je. Nak beli bukannya murah and bukannya senang dapat. Ai kan memang jenis yang sayang buku. Dulu kan masa sekolah rendah, ai simpan buku dari tadika lagi. Sekali mak nak buang, boleh nangis ooo.. sedih.. ilmu tu..

Dek kerana rumahku yang tak besar, jadi ruang menyimpan makin lama makin kecik, terpaksalah musnahkan buku-buku tu. Yang tinggal sekarang koleksi buku-buku teks masa form 6 and masa diploma ja (sempat lower 6 ja). 

Maksud Bacaan Dalam Solat

Mengetahui maksud setiap bacaan dalam solat boleh membantu kita untuk lebih kusyuk. 
Comel je tengok komik kartun ni. Boleh buat panduan buat kita. Tengok ramai yang kongsikan kat FB, jadi ai ambik simpan sini. Mudah nak buat rujukan balik nanti. Kalau kat FB lama-lama nanti hilang.



Dapat "complain" dari customer company

Isnin dah hari ni. ehh, macam kejap ja masa berlalu. Ai ada cerita kat entry lepas pasal stress kan ngan kerja. Stress kejap ja, bila balik ja rumah semua dah tinggal kat office. Thanks kat kawan-kawan n kawan2 blogger yang tinggalkan kata2 semangat buat ai.

Ala stress kerja ni biasalah kan. Semua orang merasa. Kecuali kalau kerja dia goyang kaki. eekk!!..  Hehe.. 

Pagi ni datang lambat. Huhuu.. datang direct dari kampung. Subuh-subuh dah keluar. Tak sangka plak leh lambat, selalu ok ja sampai on time. Maybe sebab bawak slow je kot tadi. 

BLOG REVIEW #2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Another review...

Hurm..... 

Blogger yang kaki travel (kaki ja, badan tinggal,haha.. ok2 tak lawak)..

Well, ai rasa yang selalu datang sini mesti kenal jugak dengan blogger ni.. 


Ai selalu gelak sorang-sorang kalau baca entry dia. Kalau ai tengah baca kat office, mesti officemate akan tenung ja ai.. "dah pasai pa u ni gelak sorang2".. Hahahahahahaha

Tolonglah jangan stressssssssss

Ya Allah hari ni memang hari stress meress betullah buat ai. Ada ja masalah nak datang. Kenapa satu hari semua benda nak jadi. Kenapa...kenapa...kenapa????

Fuhh, macam tak redha plak kan dengan Qada dan Qadar. 

Istifar.. istifar...

Macam-macam hal jadi hari ni.. Mana ngan slip pos laju hilang selepas isi baik punya semalam nak pos barang hari ni. Sampai pos laju kena beratur plak panjang-panjang. Kena plak isi form baru semua parcel untuk pos. 

Ada orang baik hati.. trimas..





Rasa malas nak datang kerja hari ni. Ntah pasai pa tak tau. Huhu..

Sampai-sampai ja nampak ini surat laa.. Tengok saja nama yang tertera, terus berbunga-bunga hati, jantung dan hempedu ai. Haha..

Jom berteka-teki sikit. Sapa lah yang bagi ni erk..

Masa snap ni tak bukak lagi sampul. 

Entry penuh nanti menyusul. Busy sikit pagi ni. Banyak plak drawing  masuk(ai pun heran, ai ni production manager atau Assistant akaun. Haha).


Makan masa breakfast tahan sampai petang

Sejak dua menjak ni, busy plak kat office. Boleh plak terlupa nak makan. Haha.. Selalu bab makan laju ja. Bila masuk ja waktu lunch memang cepat-cepat keluar. 

Dok berkejaran ke bank sana sini, bila tengok jam dah dekat kul 2. So decide nak bungkus ja makan. Ai pun bungkus bawak balik office. Sampai tu tak makan lagi tau, sebab ada orang tunggu ai kat office. Adeehh, time orang keluar ni lah ada ja yang carik. Bila tercongok dalam office tak dak plak nak datang.

PERMOHONAN e-PJJ USM 2015/2016

Ya.. 
Sekarang masa yang sesuai nak sambung degree.. Kawan-kawan lain dah sambung Master pun.. ai masih terkial-kial nak isi Degree..Hehe..

Tak kisah lah tua ka muda, belajarlah selagi mampu. 2 tahun lepas, ai diterima menjadi student degree sepenuh masa, dek kerana kewangan dan beberapa masalah lain, terpaksalah let it go. Huhu.. 

Kawan-kawan tanya "tak menyesal ka". Selepas ditimbang tara, ai decide tak mau sambung lagi wat masa tu. Walaupun sedih ai tolak dengan hati yang terbuka dan redho, perancangan Allah adalah lebih baik. 

ANNIVERSARY BLOG "AKU DAN KAMU" YANG PERTAMA

Pejam celik sudah setahun ai berblogging. Sat ja rasa masa berlalu.. Mula tulis entry dulu 4 Mac 2014. Daftar blog lebih awal pada tu. Tapi sebab masih tak tahu macam mana nak tulis entry, jadi ditangguhkan sampailah 4 Mac baru publish satu entry.

Banyak suka duka disini diluahkan.. Haha.. Sebenarnya buat blog ni sebab nak share tentang Shaklee dan baju-baju yang ai promote dulu melalui facebook. Kononnya nak gunakan apa sahaja medium yang ada untuk promote semua tu.

QA ada peminat misteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam kan.. dah la ai rasa tak sedap badan.. tiba-tiba ada plak cerita lawak jenaka mamat oversea mana ntah dok meluah perasaan kat ai..

Gila lah weeehhhh, ai rasa macam nak muntah pun ada u olss.. serius tau.. Mana ngan ai pun rasa loya-loya tekak ngan sakit kepala..

Tapi kan.... Dalam macam tu pun, ai sempat lagi nak kenakan dia.. Ai reply plak messages dia.. hehe.. saja ja mula tu.. tapi makin biar makin menjadi plak..

Tak bersyukurkah?

Kita sibuk ke salon, makan pil kurus, make up muka tebal-tebal supaya kelihatan cantik. Buruk ke kita kalau tak buat semua tu?

Ai kan, satu ja masalah yang sampai sekarang buat ai rasa runsing. Jerawat..

Why aarr jerawat susah sangat nak hilangggggggggggg... yang lain ai tak kisah sangat.. 

Ai memang tak make-up, pakai krim siang ngan bedak ja. Kadang2 gatal bercelak. Gincu, memang tak aarrr.. (tak rajin nak ngadap cermin tempek tu semua). Ai make-up time dinner ja.. Haha..Tu pun biasa-biasa ja.

Ibu oohhh Ibu..





Ibu oohh ibu,
pagi2 scroll FB jumpa poster ni. 
Tiba-tiba rindu mak.

Masa kecik-kecik dulu selalu merungut bila mak suruh buat itu ini..
nak..nak kalau masa tu tengah tengok Tv atau main.
kadang-kadang mak marah, kadang-kadang dia buat sendiri.(mungkin dah penat nak marah).

Bila besar, baru rasa menyesal buat mak macam tu.
Sekarang baru reti nak feeling touching kalau peluk mak.
Mungkin dah dok sendiri, jauh ngan mak abah, baru tahu erti rindu.

Sayang mak.. sayang abah jugak. 


P/s: Salam jumaat semua. Badan tak sihat. nak berehat.. :)






Terkena strok haba..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dari pagi tadi lagi rasa tak sedap badan. Nak bangun pagi pun rasa payah ja. Macam nak MC ja hari ni, tapi memikirkan kerja nak kena buat, gagahkan juga. 

Rasa lama badan ni tak demam. Bila ada ja sikit tanda-tanda nak demam tu, mula lah kalut nak buat prevention.. Pasang pertahanan ketat-ketat. Paling penting minum air banyak-banyak. Biarlah kerap ke toilet pun, asalkan badan jangan sakit. Huhu..

Masa buat BW tadi jumpa pasal strok haba ni, tiba-tiba terfikir, ai dah kena ka?

SEGMEN BLOGWALKING + FOLLOWERS

Jom bersegmen lagi..

Kali ni dengan jejaka kacak

Mr JM.. haha..





Betulkah vitamin C diambil secara suntikan tidak mendapat kelulusan KKM?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi-pagi yang indah dan ceria ini, terasa nak blogwalking and scroll news feed kat Facebook, tiba-tiba terjumpa satu post dari seorang Doktor..


"Walau bagaimanapun vitamin C bukan sahaja boleh diambil secara oral tetapi boleh juga diambil secara suntikan namun tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM."

BLOG REVIEW #1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ai tak pernah lagi buat review mana2 blog kan. Ni kira first time laa..

Blog ni antara yang terawal ai follow. Suka baca coretan blogger ni sebab santai n pendek ja. Blog pun simple and tak payah nak loading lama-lama. 

jeng..jeng..jeng.. 

Saspend tak?

10 fakta menarik tentang diet tinggi protein, kurang karbohidrat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tahun lepas terasa bahagia sekejap bila berat badan mula turun sikit-sikit. Last year ai ada ambik lecithin ngan alfalfa (hihi). Dah 6 bulan lebih rasanya tak ambik lecithin. 

Berat dah naik rasanya, tak timbang pun.. Malas nak tercongok atas penimbang tu.. Haha.. Tapi rasalah berat dah naik sikit. Yang pasti baju masih ok. Huhu 

Hikmah Rahsiakan Pertunangan

Assalamulaikum..

Rasanya idak lah layak mana nak bercakap soal ini, sebab ilmu di dada bukannya bagus mana pun. Tapi ai terasa nak tulis juga tentang ini sebab atas dasar sayangkan kawan dan sedara mara ai yang jauh mahupun dekat.

Mungkin dah jadi trend sekarang kot, bukan setakat majlis kahwin, malah majlis tunang juga menjadi medan lumba-lumba siapa paling cantik, majlis siapa paling grand dan meletop gitu. 

segmen : blogwalking bersama ayuinsyirah




syarat2 nyer :
1. sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu..bolehkan..hehe
2. tajuknyer SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH
3. gam kuat2 banner comel diatas dan linkkan ke entry ini ye
4. kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...hehehe
5. siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...hehehe


Dah baca syarat-syarat?
Mudah ja kan.. jom join ramai-ramai.. 


Balik cuti CNY ni ai mulakan dengan join segmen dulu.. hehe.






Nak buat apa cuti CNY

Asal cuti ja tak tau nak buat apa, asal tak tau nak buat apa ja mesti cuti.

No..no.. tak mau habiskan cuti 4 hari duk rumah ja. Busan maaa...

Tv ? dah lama tak berapa layan.. 

Online, just fon. mesti susah nak blogging atau memang tak blogging..

Huhu...

Nak travel???

Poket tipis sikit sekarang.. hehe.. tengah menabung.. nak beli something..

Nak buat apa??

Kenapa dah kerja ni macam tak dak aktiviti best ja bila cuti.. Dulu macam2 buat. Hurmmmm... wondering...

U ols pergi mana cuti ni?

Ada yang cuti panjang, ada yang cuti sekejap je, well happy holiday semua..

And ai pun akan cuti blogging sebab bila balik kampung line macam siput sedut tertelan kacang, ehh!!

Happy CNY semua yang menyambut and happy holiday semua...

Muaaahhhh sikit.. ^_^


Holiday is family time and friend time.. :)

KESIAN ABAH NGAN MAK SAKIT BELAKANG

Dulu masa kita kecik-kecik, kalau kita sakit mak ngan ayah kita mesti orang yang paling susah hati kan. Walaupun nampak muka tenang, tapi dalam hati siapa yang tahu.

Dengar ja anak-anak depa sok sek hidung (selsema), koh..koh sikit (batuk), mesti nak beli ubat. Kalau tak minum ubat tu, mau dipaksanya demi anak yang tercinta supaya cepat sihat. 

Kalau badan panas, mau tak tidur malam, terutamanya mak, demah kepala dengan air asam, dah macam ikan sungai kena cuci ngan air asam. Busuk semacam ja bila bangun pagi. Demi anak yang tercinta supaya cepat sembuh.

Tapi,

Batu Belah Batu Bertangkup

Assalamualaikum..

Batu belah batu bertangkup..Makanlah aku telanlah aku. haha..

No.. no bukan nak cerita pasal batu belah batu bertangkup. Ai pun tak tahu sangat sejarah sebenar cerita tu. 

Tengok dalam cerita melayu tu ada lah, ntah betul ntah tidak kan. Pasal telur ikan je pun nak merajuk. Over tau! Haha

LUNCH BOX

Sejak dua menjak ni kerajinan ai bertambah-tambah plak nak masak. Nak..nak dok follow bloger yang suka sangat update pasal resepi. Mudah dan nampak sedap plak tu. 

Walaupun harga minyak turun, harga barang masih tetap mahal. Bawak note RM100 pi beli barang dapur, tak banyak pun hasil tangkapan. 

Ai dah siap listkan resepi sepanjang minggu, senang kan. Sampai je hari tersebut tak payah fikir-fikir lagi, terus siapkan bahan-bahan dan ready nak memasak. 

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Dan Haji Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Innalillahi waina ilai hirajiun

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA) telah kembali ke rahmahtullah.. 

Semalam kita dikejutkan dengan berita kematian Pengulas Sukan terbaik Tuan Haji Hasbullah Awang, hari ini dengan berita TGNA pula.


Ai sangat mengagumi mereka berdua terutamanya TGNA. 

Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat Allahyarham TGNA dan Haji Hasbullah..


Gambar ni ai paling suka sebab iras2 arwah tok wan. 
(10 January 1931 – 12 February 2015)

Pernah berniat nak jumpa TGNA suatu hari. Semoga bertemu disana.

Masih terngiang-ngiang suara Haji Hasbullah mengulas sukan badminton.
 (sukan ni yang ai selalu tengok)

9 September 1952 - 12 Februari 2015

Semoga mereka berdua ditempatkan pada kalangan orang-orang yang soleh.

-Jasamu dikenang-


~AL-FATIHAH~




VITA-LEA FOR CHILDREN

Lama juga vita-lea for children ni menghilang dalam pasaran. Sejak ai mula join Shaklee setahun lalu, memang tak pernah nampak multivitamin untuk budak-budak ni. Sekarang, it come back dengan improve formula.

Kalau dewasa ada Vita-Lea with iron formula, kanak-kanak ada Vita-Lea for Children(VLFC). VLFC ni boleh dikunyah sama macam Chewable vitamin C. Terdapat 19 jenis vitamin dan mineral yang memang untuk keperluan tubuh setiap hari. 

SIGNAL KECEMASAN DAN HON

Alamak, camna salah lorong plak ni. Camna nak ke kiri, semua kereta tak bagi lalu. Kalau tunggu juga kat lorong tengah ni nanti lampu isyarat terus merah sini baru jalan. Lambat and leceh lah..

Selepas beberapa saat...

Masih tak dapat lalu jugak ni.. A hah! got idea.. Tak pa kot kan kalau aku guna kaedah ni? 

PERSONALITI MELALUI WARNA

Kita main dengan warna ja minggu ni.. Ni semua pengaruh buku lah ni. Dalam buku explain sikit ja, ai saja google lagi. Alang-alang google untuk pengetahuan sendiri, tak salah rasanya ai berkongsi kasih disini kan..

Warna kegemaran u ols apa? tengok, ai tanya lagi kat entry ni.Hihi.. semalam dah tanya kat entry aura warna ikut hari, boleh klik tajuk untuk ke entry sebelum ni.. 

POPULAR ENTRY-TENTANG MIGRAIN


Entry tu tak ada langsung komen daripada readers. Tapi ramai juga yang terjah entry tu ye. Migrain? ada apa dengan migrain.. ntah la, pi terjah entry tu.. Hihi.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...