advertisement

CARA KIRA KALORI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..

Penat yang semalam pun tak habis lagi, hari ni nak kena kerja balik. Cuti yang diragut..haha..Mengada-ngadakan ai?..hahahaha

Pagi-pagi dah scroll FB, ai terjumpa Dr Zubaidi share pasal kira jumlah kalori. Selama ni tertanya-tanya camna nak kira ikut keperluan kita. Tambah plak, kita ni cukup risau walau 100 gram berat naik..Kan..kan.. (hihihii)..

So, untuk tidak memeningkan kepala ai nak olah sana sini, ai copy and paste aja lah kat sini..hehe.. tumpang share ye doktor..


CARA MENGIRA KALORI YANG DIPERLUKAN OLEH TUBUH SETIAP HARI:

UNTUK WANITA:
~BMR = 655 + (9.6 x berat badan(kg)) + (1.8 x tinggi(cm)) - (4.7 x umur)
~kemudian darabkan BMR dengan DCR

~DCR adalah seperti berikut:
-untuk individu yang kurang senaman/tak senaman langsung/buat kerja pejabat = 1.2
-untuk yang aktif sikit2/senaman 1-3 kali seminggu = 1.375
-untuk yang aktif /senaman 3-5 kali seminggu = 1.55
-untuk yang sangat aktif/senaman 6-7 kali seminggu = 1.725
-untuk yang terlampau dan teramat aktif/kerja dan senaman berat setiap hari/senaman 2 kali sehari = 1.9
contoh pengiraan kalori yang diperlukan oleh seorang wanita:
berat:70kg,tinggi 150cm,umur 20 tahun,kurang senaman/kerja di ofis:
655 + (9.6 x 70) + (1.8 x 150) - (4.7 x 20) x 1.2 = 1484.2
Kalori yang diperlukan oleh wanita di atas ni adalah 1484.2
UNTUK LELAKI:
~BMR = 66 + (13.7 x berat(kg)) + (5 x tinggi(cm)) -(6.8 x umur) x DCR(DCR sama macam yang dinyatakan di atas)
Untuk mengurangkan berat badan, tolakkan keperluan harian kalori sebanyak 500.
Contoh bagi wanita tadi: 1484.2-500= 984.2 kalori

So, acaner?? paham ke idok?? senang je kan.. ok lah jom kita kira kalori masing. Pasni, kita buat jadual pemakanan kita pulak. 


P/s: target nak loss weight 5 kg. (saja-saja nak ideal kan berat..hehe)..


22 comments:

  1. Replies
    1. ok, pasni makan jgn lebih kalori ye..
      (macam nak ingatkan diri sendiri ja)

      Delete
  2. Replies
    1. bagi berat, tinggi, umur n kekrapan senaman..hehe.. cepat2, nak tekan kalkulator

      Delete
    2. Berat 155 kg.. Umor 55... Kekerapan senaman sedekad sekali.... Cukup tak nombor dalam calculator tu?

      Delete
  3. tak penah kira pun hehee main hentm saja ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. ala, saja share.. sekurang-kurangnya kita akan lebih jaga2 kalau nak makan banyak.. hehe. kalori yang tak diguna nanti jadi lemak.. jaga-jaga

      Delete
  4. baca berkali2 tapi still x faham cara kiraan tu huhuhhuhu

    ReplyDelete
  5. sis JM perlukan 700 kalori sahaja....so boleh mkn apa je nih

    ReplyDelete
  6. berat saya dah ideal ala aaron aziz

    ReplyDelete
  7. makan carb 15g saja sehari.. insyallah turun 5 kg dua minggu ahahaha..
    tapi nafsu seksaaaaa nak jaga haha..

    ReplyDelete
  8. hahahha...xlarat nk kira...selalu lebih...terus insap xkira dah...leh cenggitu?? hahahaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak geng ngan sis Deanna lah! Fenin kepala kira-kira nih ;)

      Delete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...