advertisement

LUNCH BOX

Sejak dua menjak ni kerajinan ai bertambah-tambah plak nak masak. Nak..nak dok follow bloger yang suka sangat update pasal resepi. Mudah dan nampak sedap plak tu. 

Walaupun harga minyak turun, harga barang masih tetap mahal. Bawak note RM100 pi beli barang dapur, tak banyak pun hasil tangkapan. 

Ai dah siap listkan resepi sepanjang minggu, senang kan. Sampai je hari tersebut tak payah fikir-fikir lagi, terus siapkan bahan-bahan dan ready nak memasak. 


Bila dibuat pengiraan balik, cara macam ni lebih jimat dan lebih yakin tentang kebersihan makanan kita. Dulu-dulu tu malas nak masak, asyik beli ja kat luar. 

Sekarang ni, mana dengan cuaca panas di luar, ai rasa malas nak keluar lunch kat luar. Mana dengan nak hadap jem lagi. Bawak roti berbakul-bakul pun tak boleh lari dari jem. Hahaha...

Sebab tak keluar lunch kat luar, boleh jimat duit minyak. Sekarang ni masa nak berjimat cermat ja. Nak kumpul duit banyak-banyak nak g melancong. haha..

Sekarang ni ai selalu lunch sorang-sorang jadi tak dak beza pun kalau ai makan kat office tetap sorang-sorang. Officemate ai ni selalu ada plan sendiri, yang sorang ni rumah dekat ja, tinggal ngan family, dari dia membazir makan luar lebih baik dia balik lunch kat rumah, tak gitu?

Hari ni ai bawak spagheti. Senang bangat(terindon sikit) rupanya nak masak spagheti ni, beli je sos siap jenama Prego tu. Cuma tambah daging atau sayur-sayur ke, panaskan kuah n siap. Nak rebus spagheti bagi cepat masak pun dah cuba cara Kak Farrah share hari tu. Cara mudah nak rebus pasta.

Masak yang simple-simple cukuplah. Bukan nak masak kat orang lain pun, diri sendiri ja yang nak makan pun. Sendiri masak sendiri makan sendiri komen. hehe.. 

Jangan tanya resepi nah, sebab bukan pandai mana pun.. Resepi ikut kat botol sos Prego tu ja. 


Bolongenis la katakan

Ai tak guna daging kisar, ai guna isi ayam ngan sosej. Saja sekali sekala ubah sikit. Asyik dengan daging je kan.. letak sayur mayur sikit bagi balance. On diet la katakan.


-Makanlah apa pun asalkan ianya halal dan memberi manfaat-

36 comments:

  1. Replies
    1. terliuq ka? sungguh.. tak sedap pun.. haha.. tapi boleh lah nak isi perut.. haha

      Delete
    2. msk penuh kasih syg...msti lah sedap...ape plak yg xsdap ^-^ heheh

      Delete
  2. Lepas ni mesti banyak lagi menu2 sedap menyusul kan QA, tahniah dari kaknoor ya dah rajin masak hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor salah satu pencetus idea.. ada satu resepi kak nor ai dah try.. nanti ai kasi credit kat sini ye

      Delete
  3. Replies
    1. Laaa orang penang ropeerrrnyeee... Awat cheeqqq combiiii tak habaq... Ha Ha Ha... I love laksa penang.... Nasi kandaq.... Pasemboq... Ha Ha Ha... Main bantai ajeeee lorat penang ke kedah.... Ntah... Ha Ha Ha....

      Delete
    2. cheq owang kedah, stay penang.. boleh lah tu ada gaya.. haha.. pasemboq cheq suka.. nasi kandaq kurang skit.. berkandaq2 lemak mai.. haha

      Delete
  4. x pandai makn spagetti..tapi tengok macam sedap..macam senang nak buat
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kali kedua try masak spagheti..nasib menjadi.. senang ja, beli sos yg siap..hehe

      Delete
  5. Bestnya bawak bekal! Lepas ni macam2 lagi menu utk lunch box :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu bawak mangkok tingkat lagi best... 1 kampung leh makan... He He He...

      Delete
    2. wow...mgkut tingkat..bgus jgk tu ^-^

      Delete
    3. yang tu tggu p berkelah boleh la.. haha

      Delete
  6. wah rajinnya siss :DD saya slalu lunch kat luar je :(

    Jemput meriahkan
    http://mellyareenza.blogspot.com/2015/02/february-giveaway-by-mellya-and-friends.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala masak sendiri.. boleh la tingkatkan skill gitu..haha

      Delete
    2. yg x pndai pon blh jd pndai taw...cuba lah ^-^

      Delete
  7. masak sedniri bkn sekadar jimat tapi lbh sihat dan kita blh letak apa kita nak ...

    ReplyDelete
  8. yeay!! jimat...blh penuhkn tabung ayam ^-^...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tabung botol plastik ja.. haha.. tabung pun kena jimat tak yag beli mahal2.. kitar semula..keekkee

      Delete
    2. boleh lah...jnji leh msuk duit..hihihi

      Delete
    3. tabung mahal pn kalau tak berisi tak guna jugak..:)

      Delete
  9. Replies
    1. tgk gambar bolehlah kata sedap.. rasa tu, bolehlaaahh nak bg kenyang perut

      Delete
  10. Wah, sedapnya..sedapnya..Cik Mimie nak sikit boleh :)

    ReplyDelete
  11. kdg2...sy pon selalu gak bawak bekal...tp utk bekpes...coz leh tahan sampai bekpes jer..lunch dah bis...hahahaah

    ReplyDelete
  12. meleleh ayaq liuq... heheh. senang bawa bekal ke kerja. jimat noh

    ReplyDelete
  13. Kitorang selalu lunch sama-sama kat klinik.
    Tapau dari kantin klinik.. Ada masa pulak bawak bekal dari rumah. Tapi, tetap makan sesama.

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...