advertisement

Waah, kenangan..

Minggu lepas mak call cakap almari buku ai kena serang anai-anai.. Oohh, sedihnya buku-buku dan khazanah alam yang ai simpan musnah, hancur lebur dek anai-anai. Tak pernah-pernah my house kena serang anai-anai. Sekali kena habis buku-buku ai.

Sadis gila tengok buku-buku tu musnah cam tu je. Nak beli bukannya murah and bukannya senang dapat. Ai kan memang jenis yang sayang buku. Dulu kan masa sekolah rendah, ai simpan buku dari tadika lagi. Sekali mak nak buang, boleh nangis ooo.. sedih.. ilmu tu..

Dek kerana rumahku yang tak besar, jadi ruang menyimpan makin lama makin kecik, terpaksalah musnahkan buku-buku tu. Yang tinggal sekarang koleksi buku-buku teks masa form 6 and masa diploma ja (sempat lower 6 ja). 

Antara buku yang selamat

Ai beli satu almari buku, khas for my books only. Termasuklah buku-buku teks, majalah, buku motivasi dan beberapa novel. Nasib baik lah si anai-anai tu tak sempat bantai semua. Dia sempat bantai yang dalam kotak je dulu. Dalam almari sikit ja. Tapi tetap sedih sebab sebahagian dah musnah. Huhuu.. menci anai-anai.. hehe


So, weekend yang lalu, ai balik kampung nak ziarah my books(mak abah jugak). Kemaslah balik almari tu and ubah kedudukan. Ai pun terjumpa lah kotak besi(tin je pun) khazanah kad dan souvenirs yang kawan-kawan bagi masa sekolah dulu.

Ada lagi sebenarnya. Ai simpan dalam album termasuk gambar-gambar masa sekolah dulu, dari sekolah rendah sampailah zaman U. Ai memang suka simpan. Nak simpan sampai ke tua. Dari tahun ke tahun mesti bertambah yang baru. Yang album tu tak ingat letak mana, masa simpan tu tak jumpa plak. Maybe mak dah ubahkan. Jarang dah nak belek-belek, cuti sekejap ja kat kampung.

Layanlah..
Yang ni paling lama, masa sekolah rendah.
Kad selamat hari guru tu bukan ai dapat, ai yg beli, pastu malu nak bagi cikgu. Haha

Yang ni masa form 1,2 n 3

Kad nama kononnya. Pakat buat ramai-ramai. Tak silap hampir satu kelas.
Masa form 1 rasanya ni. Pastu tukar2 kad.
Kad paling depan tu my Kakak punya(kena paksa order)

Kad raya masa form 5 oleh ehem..ehem.. Siap ada musik lagi ni. Sampai sekarang masih bunyi

Kad Birthday plus kad raya. Birthday masa form 5 dekat ngan raya.
So kawan2 pakat bagi kad birthday sekali kad raya la.
Masa ni pakat2 buat kad raya n bagi kawan2.
Kad dari my best friend. takut sangat orang lain baca, siap buat pesanan kat sampul. hehe

Eh, doa masa nak exam dulu pun ada lagi. 

Buku pas keluar masuk asrama masa kat Teknik. 

Koleksi pemberian kawan2 ngan cikgu

Haha. Lawak plak tgk gambar masa ni. gambar lesen L tu paling tak leh blah.
Asyik kena perli ngan cikgu memandu, muka tidur. huhu

Kad raya masa form 6. Ada adik form 4 bagi.
Ai tak kenal pun adik tu masa ni.
Dia siap panggil ai Kak Syarifah. haha.. Suka suki dia bagi nama ai.
terharu sebab ada org kenal ai. Padahal sat ja pun kat sekolah tu. Huhu
Banyak lagi sebenarnya yang ada. Yang ni la antara yang paling banyak story. Sambil belek-belek tu teringat masa dapat tu. Thanks for my friends kerana menceriakan hidup ai. Insyaallah semua ni akan ai simpan baik-baik. 

Nak cari balik lah album gambar tu, lagi banyak kenangan. 

P/s: maaf lah macam bosan je kan entry ni. saja ai nak simpan kat sini. Jadi kenangan. mana tahu kot2 hilang plak nanti. 

Semoga hari2 anda ceria selalu. Happy blogging :)







23 comments:

  1. SS nak mintak naik form 6 pon kena reject... Tak layak katanya! Sedih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, yeke.. tak pe cuba lagi.. lain tempat kan ada.. :D..
      SS dah keliling dunia kira ok lah..haha

      Delete
    2. Sedih sangat! Berkotak tisu abis! Roti tisu pon abis!

      Delete
    3. beli lagi.. hehe..
      roti tisu mntk kak deana belanja..

      Delete
    4. SS : tak perlu masuk FORM 6 x best! JM pernah lalui

      Travel ke KOYA lagi best leh jumpa Oppa Lee Mi Ho!

      Delete
    5. Saya pun tak masuk form 6, SS hihihi

      Delete
    6. hahahaha...jom pekena roti tisu...

      Delete
  2. Rajinnye simpan kad2 lama tu..sy dulu pon de simpan gak tp bila anak sedara selongkar..tah mana hala diorg letak..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanda kita hargai pemberian org.w/pun kad biasa ja

      Delete
  3. saya click kat about me tapi jumpa entry ini. jadi tak mengenali lagi. salam kenal dari arzmoha.
    berumur 30 tahun. nak panggil kakak ka syida? harap dapat jelaskan k selamat berblogging

    masih simpan koleksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh yeke..haha..maaf la blog blum tersusun cantik.masih serabut..
      panggil syida je kot..sebab muda lagi..hehe..

      Delete
    2. aRz..kakak kobondonya..Syida ni baru 21 tahun tau heee

      Delete
    3. alamak.. ada bocor rahsia..haha

      Delete
  4. ramai peminat rupanya...byk dapat kad raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kawan2 je pun..pakat2 tukar.. ai bagi mereka, n ai dapat balik.. hehe

      Delete
    2. Seronok kan bila sekali sekala baca kad2 tu balik :)

      Delete
  5. tudiaaaa koleksi epic sungguh..
    hehe kad raya.. skrang mana ada dah.. tapi CT still ada kawan2 yang masih lagi
    send kad raya.. bagus.. tiap2 tahun x lupa.. ada sentimental value..

    ReplyDelete
  6. hehe...tetiba teringat diri sendiri plak
    suka juga kumpul semua tu satu masa dulu
    nak pindah baru ni, hampir separuh dah "dijual"
    kalau tak kena bising sebab katanya penternak anai2

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...