advertisement

PERCUBAAN KEEMPAT MENJADI

Hobi baru sekarang ni. Ramai suri rumah memilih ini sebagai kerjaya. Duduk rumah sambil bekerja, sambil urus keluarga. Pada ai ianya sekadar hobi nak suka-suka. 

Cubaan keempat kali ini menjadi cuma belum puas hati 100% la, sebab spoil lagi kat bahagian leher. Ini baju keempat ai cuba hasilkan. Menggunakan fabrik chiffon dan satin. 

Alhamdulillah, tak dak lah susah sangat nak jahit kain chiffon ni. Tapi, nak menggunting, alahai.. berketul-ketul barang berat dilapiknya. 

Ai ambik masa dalam sehari jugaklah nak menyiapkan baju ni (campur berhenti masak,makan,mandi, solat). Akhirnya baju siap dengan jayanya. hehe.. Buat pakai sendiri kira ok lah, kalau buat kat orang lain, jawabnya tadah telinga dengar complain. Hik..hik..


Amatur baru mengatur langkah, 
Mana mampu nak ambik upah..

Amacam pantun 2 kerat kak dah? haha.. 

Baju ni dah siap 2 minggu lepas lagi, mula macam malas nak share sini..maluuu.. baru 4 baju dah nak cakap sana sini..hehe.. Nanti ada la suara sumbang mahram mengutuk plak (ops). Tetiba macam kering idea, up jugak cerita ni. hik.hik

So layanlah ye gambar-gambar yang blur-blur ni. henfon ni pun.. Susah benau nak hasilkan gambar cantik (salahkan henfon plak,,haha)..


Inilah kainnya. 

Mari melukis pola

Taraa..pola siap

Jom kita gunting kain. Ini kain chiffon untuk badan

Bahagian kain pulak. Kain satin


Proses menjahit tak ada, tiba-tiba baju siap. Taraaa... Magik kan..hehe..
(proses menjahit, tak dak siapa nak tolong ambik gambar)



Kat pinggang ai letak getah (macam tak nampak sangat kan).
 Ai letak depan ja, belakang tak letak

Sekian. Itu aja.. hehe.. happy blogging semua. 


31 comments:

  1. takpe...sekali tak menjadi,kali kedua pasti jadi..klu akak buat ,confirm failed sbb tak de asas menjahit

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. ai belajar menjahit tak habis.. sebab tu ada yg jadik ada tak.. hehe.. kelas ada lagi berbaki, tapi tak sempat2 nak pergi.. weekend selalu sibuk mcm2 hal. Kelas plak jauh.. 1 jam nak sampai.. huhu

      Delete
  2. :-)) cantik..kemas hasilnya...yan tak pandai menjahit ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk gambar blh lah ckp kemas..ce tgk dekat, tak gamak nak puji..hehe.. menjhit ni kena sabar.. salah satu terapi nak belajar bersabar

      Delete
  3. uuuish cantik la jugak tu.. CT suka kaler biru macam ni..
    practice makes perfect.. lepas ni boleh bukak amek order =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. jauh dak rumah ?
      eeeh tetiba da privet ehehe..

      Delete
  4. dah pandai menjait pulak lah syida tahniah cantik dah tu, nk order lah sepasang masih boleh terima ke utk raya ni heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sanggup ke nak pakai baju separuh jadi spruh tak..hihi

      Delete
  5. buat baju ni , klu berhenti , terus jadi malas . itu sayalah . org lain of coz rajin ... blh la jual online ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru bljar mmg lah mcm gigih skit..bila dh lama2 mesti jemu..haha.. nak ambk order online rasanya jauh lg.. takut cstmr complain baju tak jadi
      .haha

      Delete
  6. Practice make perfect! Sally reti potong je tak reti sangat nak jahit..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab menjahit ni satu..klu xcermat, nmpk sangat xcantik..

      Delete
  7. Replies
    1. GIGIH tau dia nak komen...so Syida...x sayang lagi org mcm tu heeee

      Delete
  8. Replies
    1. Tolong inbox ai.. haha.. jangan nyesal klu senget ke apa. ;)

      Delete
  9. cuba lagi... pasti dpt hasil yg memuaskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes!, ai dah beli kain baru.. tak sabar nak gunting ni..:)

      Delete
  10. Minat menjahit jugak tapi kat Seremban ni xtau kelas belajar kat mana :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. syida belajar kat kedah kak..sebulan 2 kali ja p.. masih ada 4 kelas baki tak pegi..burn ja yuran.. haha.. tak sempat..lain2 banyak belajar online..

      Delete
  11. Ok lah tu. Akak.. Nak lukis pola pun tak pernah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tahu wat pola, macam2 baju akak leh reka.. dah ketagih plak rasa..haha..

      Delete
  12. kira hebatlah tu!
    akak pegang gunting pun ketar tangan! hehe
    nanti dah lama practice, mesti dah jadi expert!

    ReplyDelete
  13. Bestnya pandai menjahit! Teruskan usaha, Syida! Bagi akak cantik dah tu :)

    ReplyDelete
  14. huihhhhh...tererrrrrnyeeee......nnti leh tempah baju kat QA...caj dengan harga kasih sayang la kann hahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga kasih sayang tu,...akak pun nanti nak tempah kena pilih pakej kasih sayang gak :)

      Delete
    2. hehehe.. kasih sayang je kita bagi..

      Delete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...