advertisement

Sahabat Maya_Iryantyahamad


Cantik kan setem tu? Isi dalam sampul yang I terima lagi cantik..Hari ni hari terakhir dalam bulan November. Kejap sungguh masa berlalu dah nak masuk bulan terakhir tahun ini. Cepat ke lambat ke masa, yang pasti masa yang berlalu tak akan kembali lagi...

Kiriman yang diterima minggu lepas dengan setem yang cantik tu oleh Kak Yan a.k.a Iryantyahamad



Tak seberapa katanya.. Apa yang tak seberapa, hadiah yang diberi nilai sebenarnya sangat besar buat I.. Terima kasih banyak-banyak Kak Yan atas kiriman pengerat silaturahim kita disini.. Insyaallah kalau ada rezeki kita jumpa..

Kak Yan ni macam blogger motivasi, sharing yang dibuat memang menyentuh hati kita yang membaca. Kalau nak berkenalan lebih dengan Kak Yan, mohon singgah sendiri di blog beliau.. 



~we as blogger, we support each other~

Paratha Pizza

Teringin nak makan pizza, tapi macam malas nak keluar beli. Nak call pun malas juga sebab kredit tak ada..Hahaa... 

Usha2 peti ais, tengok bahan-bahan pun ada, maka terhasillah paratha pizza ni. 

*Maaf gambar kembang pulak.. :D

Kiriman ketiga_November ini...

Alhamdulillah rezeki..

Terima kiriman ketiga dari sahabat yang tak pernah bersua..

Selamat mendarat di tangan I baru ja tadi..

Masih panas kata orang




Cantik stamp

Pila dunia tu..


Boleh agak siapa pemberi? 

Orangnya tinggal di selatan nuuunn..


Redeem WOOP

Sudah 7 bulan I join WOOP. Dah 4 kali tebus 'reward. Ianya sangat berbaloi U ols.. Kita tak perlu spend duit pun, cuma perlukan sedikit usaha kongsikan misi yang ada, then dapat point. 


WOOP ialah .......

We connect women of opinion with interesting products and brands.

At WOOP we believe women like you can help companies make better products
and do better marketing. We want you to try new and interesting products
, learn new facts and tips about getting the most out of these products and to talk openly
and honestly about them with your friends. Simple, easy, honest and we also make it fun.

Mula tercebak sebab kak Farrah MF tag nama I pada satu status tentang ini. Tak susah pun nak gain point ni, just perlu complete the  mission yang mereka beri. Sangat menarik sebenarnya. Campaign akan berubah-ubah. So, mana yang sejiwa dengan kita join lah campaign tu then complete the mission yang diberi.

Reward yang diberi pun barang-barang yang diguna setiap hari je. Kita boleh jimat sedikit belanja kan.. Contohnya soflan, dettol, vaseline dan kupon-kupon. 

Nak tahu lebih lanjut, boleh klik sini ini, WOOP..

Barang-barang yang dah I tebus.

Penebusan Horlick Coklat yang ke tiga. Hehehe.. 
Ini semua untuk anak-anak buah tersayang je. Nak tebus yang lain macam tak pakai sangat, so tebus ini boleh minum-minum. Yang lego tu tak boleh minum tau.. haha.. Rezeki anak buah, horlick sebelum ni untuk mereka ja.. 


I tengah tunggu sabun Joy pulak sampai.. hehe.. 

NK: mood busy lagi.. Tak sempat BW ngan meramas mesra di komen.. Maaf ye..

Mummy Vogue

 *Selingan:- Dengan ini, I tuan rumah ingin memohon maaf jika sepi tanpa kata, tak balas komen-komen.. Tuan rumah tengah serabut kepala hotak dengan tugasan-tugasan. Waktu malam yang sepatutnya berehat, terpaksa bekerja keras memerah idea dan tenaga jari untuk menaip. Jadi Tuan rumah tak sempat nak beramas mesra dengan tetamu.. Maaf..

Terima kasih untuk tetamu yang tak jemu bertandang walaupun tak ada air kat kuih.. hehe..




Jumaat lepas I dapat lagi ole-ole.. Suka sungguh masa nampak sampul terpampang indah nama I.. Hehe.. Dalam hati terdetik " sah kawan blogger bagi ni". 

Nampak tu U ols, setem berlambak.. :)

Terpampang indah nama I tu.. :D..memenuhi ruang sungguh.

HURMMMM SIAPA BAGI NI??

Jom nyanyi seloka ni sikit.. 

:D


Dari Melaka ke Pulau Pinang, 

Singgah di Johor beli barangan, (2x)

Saya mengucap selamatlah datang, 

Apa yang kurang dikeji jangan.. (2x)


Melenggang hai melenggang hai tari lenggang, 

Kalau baik hati, nanti orang pun sayang..

Lirik penuh tak tahuuu..hUhu



Boleh teka siapa bagi? Agak-agak siapa? Blogger ni I baru je kenal dalam sebulan dua ni..yang pasti dia orang Pulau Pinang. 

NK: happy weekend U ols.. Minggu depanlah I bagitau siapa pemberi ni ye.. ;)

Jiran berdrama swasta dan tangisan bayi



Pabila jiran selalu berdrama swasta dikala malam menjelma memang merengsakan. Sedang asyik bermimpi indah kononnya sedang menghayati waktu percutian ke Pulau Maldives, tetapi diganggu dek suara sumbang pelakon.

Asal malam je ada lah babak lakonan mereka. Apa yang mereka tengkarkan jelas kot kedengaran. Macam berlaku depan mata pun ada juga. Rasa macam nak ja jerit, wooiiii tak tahu tengok jam ka? esok orang nak kerja kot. hang kalau tak kerja pun pikiaq orang sama.. Tak pun hang pindah pi dalam hutan.

Rumah orang lain tak pa u ols.. I tak kenal pun ngan jiran belakang ni.. Flat kat sini pintu depan mengadap pintu depan. Kalau dapur mengadap dapur rumah belakang. Biasanya bising-bising rumah belakang yang dok dengar.

Drama swasta tu dah tak dengar kebelakangan ni, tapiiiiii bunyi lain pulak.. Suara bayi menangis.. Mungkin jiran lagi satu kot ada baby baru. Bila malam yang sunyi suara baby tu kuat kalau nangis.

Manis ke Idak

Pemilik kepada Jari Jemari yang manis (ntah tak tahu betul ke manis, ke masam?) mula mengepos hadiah ke sana ke mari, yang suka bagi posmen bertambah kerja (hehe)..

Ni lah blogger mesra alam sekitar, eh! mesra blogging, sekali datang menjengah, habis entri-entri di kacau bilaukan dia.. Haha... Jaga-jaga U ols, sekali je U ols komen, bom dia balas tau. Be carefull with your heart, jangan kena heart attack!.

Blogger rerupis sorang ni memang tau, suka sangat bagi hadiah kat orang.. Murah rezeki dia.. I alls suka semuuuaaaa hadiah dia (gila kau tak suka, free kot)...

Rerupis? apa benda tu?

Kalau nak tahu, kena lah terjah entri dia yang satu ni...

Dah la suka bagi hadiah, pastu rajin mengebom komen-komen. Sekali kita komen kat entri dia, sepuloh kali dia balas.. Nisbah 1:10 gitu.. Sebulan kita baru 10 komen dia dah 100 komen kat blog kita ni haaa... Toche, to che... Amoi manyak baik... :)

Eh, nak tahu Kanda Jari Manis I ni bagi apa kat I...

Jeng..jeng...

Damailah manusia kita semua serupa

I feel sorry to Paris for 100 people die.. Nampaknya semua media barat sangat bersimpati pada mereka. Facebook pun sama. Sibuk message kita suruhh tukar profile picture support Paris. 

Mereka (Barat) menuduh Islam. Nampak tak?

 ISLAM.. kenapa ISLAM???? 

Friday's killings are the latest tragedy the country has experienced this year, with initial suspicions focusing on the Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) group. ( aljazeera )

Sumber 

Hebat nah passport tu, kena bom tak terbakar.. Material apa depa guna.. Huhuu... 

Paling kelakar, dungunya pengebom tu.. Asyik-asyik tertinggal pasport ja.. Nak pergi buat jahat siap bawak identiti diri.. HAHAHA...

Sumber


WORLD, ISIS is not ISLAM... NOT ISLAM... NOT...NOT... 

We are MUSLIM NOT TERRORIST...


Jom layan lagu Faizal Tahir ni.. semoga mesej yang dia cuba tonjolkan sampai kepada semua...





Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata
Ramai yang hina agamaku
Terasa bakar di jiwaku
Can’t believe there are people like this
Can’t believe we are living like this

Apa kita hanya terima sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Warna kulit, kaum, asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu mengatasi akalmu?
Satu untuk semua (satu untuk semua)
Semua untuk satu (semua untuk satu)
I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum

Dengar aku, dengarku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuniku, ampuniku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Ooo… Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
(Damailah manusia, kita bersaudara)

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum dunia



Damailah pada kamu semua

"Langau" yang perlukan perhatian

Hai U olssss, Kak Senah is back.. Kak Senah miss U olss so much.. U ols miss me? 

* Stop!

Kak Senah tak nak jejak asmara kasih kat sini.. Dua tiga hari ni Kak Senah dok stalk FB kembaq Kak Senah si Suida tu (haha, kembaq sangat), ramai dok berkempen Ignore status Si Langau yang dok hurong tahi najis ni. Sian si Porno tu, kurang kasih sayang..Haha...

Lama dah Kak Senah tak nampak kawan-kawan FB share status Si Langau tu, ingatkan dah senyap rupanya ada lagi.. Kak senah pun pi la usya sat FB page Langau ni, ramaiiiinya kawan FB like page dia terutamanya Islam.. 

Eh dah kenapa like page Langau tu? Suka apa dia buat? atau nak sangat follow langau tu melangau tak habis-habis... Pastu kita dok meroyan tak tentu pasal kat komen dia.. Lagi lah Langau tu suka U olsss... 

Biarkan Langau tu dengan Lahangau nya.. Dia ni spesis manusia mintak perhatian je U olsss...

.......................................

Mood: Blank..

Tak tahu nak update apa, so let's blogwalking..




" Allah tidak pernah jemu untuk ampunkan DOSA kita, 

maka jangan kita BERPUTUS ASA untuk mencari 

keampunanNYA.

Janganlah kamu BERPUTUS ASA dari rahmat Allah"

Az-Zumar: 54



Credit

Wanita itu....

Wanita itu senang ke syurga juga senang ke neraka


Telah bersabda Rasulullah´Ě║. maksudnya:

"Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan kayu apinya." Sayidatina Aisyah bertanya, "Mengapa, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW: Karena kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan waktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.




Rasulullah ´Ě║bersabda:

"Wanita, apabila ia solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka masuklah ia dari mana saja pintu surga yang ia kehendaki."


(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik)



PROMO..PROMO..PROMO...

Sekadar berkongsi untuk siapa-siapa yang sudi..

Bulan ni ada promosi vitamin C sustained released. 

Kenapa nama dia sustained reelase? boleh terjah sini


Beli 6 free 1 (RP:RM92.5/bot)

Boleh kongsi dengan kawan-kawan, sedara mara. 

Banyak sangat 7 botol? nak sebotol, dua botol?

Boleh... 

Harga? mestilah diskaun jugak...

PM disini





Jom terjah mereka balik

Jangan lupa ketuk pintu atau bagi salam dulu sebelum masuk rumah..Hihi

Widget top komentar yang lama yang boleh set date tu dah tak aktif. Ramai blogger menghadapi masalah yang sama macam I. Rengsa juga bila tak tahu siapakah gerangan komentar yang suka meng'komain' (komen) disini. 

Mujurlah teacher online a.k.a Kak Farrah MF sudi berkongsi cara memasang widget yang baru. Thanks a lot Kak Farrah.. 

Walaupun blog ni biasa-biasa sahaja, tak ada apa pun yang menarik mana dengan penulisnya ( I lettew) agak ting tong sikit lately, masih ada yang setia berkunjung. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...