advertisement

Showing posts with label MASALAH JERAWAT. Show all posts
Showing posts with label MASALAH JERAWAT. Show all posts

Tak bersyukurkah?

Kita sibuk ke salon, makan pil kurus, make up muka tebal-tebal supaya kelihatan cantik. Buruk ke kita kalau tak buat semua tu?

Ai kan, satu ja masalah yang sampai sekarang buat ai rasa runsing. Jerawat..

Why aarr jerawat susah sangat nak hilangggggggggggg... yang lain ai tak kisah sangat.. 

Ai memang tak make-up, pakai krim siang ngan bedak ja. Kadang2 gatal bercelak. Gincu, memang tak aarrr.. (tak rajin nak ngadap cermin tempek tu semua). Ai make-up time dinner ja.. Haha..Tu pun biasa-biasa ja.

Ada hikmah jerawat yang tumbuh

Lagi kita stress lagilah jerawat tu nak singgah pada mana-mana bahagian muka kita, terutamanya dahi. Pernah tak terfikir kenapa jerawat banyak kat sesetengah bahagian sahaja, contohnya bahagian pipi ke, dahi ke.  Tak pernah terfikir pun kan. Yang kita tau, bila jerawat naik, mulalah tension memanjang sebab jerawat ni mencacatkan wajah kita yang cantik, mulus ni. 

Kerja pada hari sabtu ni memang menguji kesabaran ai, tengok orang lain berpusu-pusu balik. Ai masih tercongok kat office dengan kerja yang tak berapa nak ada. Nasib baik boleh online, apa lagi mula lah terjah blog sana sini. Hihi..

Sambung balik tujuan asal entry ni.. 

PUNCA-PUNCA JERAWAT DI SEKITAR ANGGOTA BADAN




Jerawat!! Sebut pasal jerawat mula lah nak stress.. Chop2, jangan stress dulu, sebelum stress tu baca sini dulu, sebab jerawat naik, salah satunya sebab stress la..Lagi stress lagi lah dia naik, so baik jangan stress2 .. just cool....

Punca Jerawat Pada Anggota Tubuh

BAKTERIA DAN JERAWAT

Salam Ramadhan 25,
Bersambung lagi punca yang kedua iaitu antara bakteria dan jerawat. Boleh baca sini untuk punca-punca jerawat . Boleh baca sini juga untuk point pertama. Apa kaitan bakteria dan masalah jerawat?
Untuk pengetahuan anda, bakteria biasa yang hidup pada kulit kita adalah Propionibacterium acnes, Proprionibacterium granulosum dan Staphylococcus epiermis. Makanan yang dimakan oleh bakteria tersebut pula ialah sebum yang terhasil pada kulit kita.
Oleh itu, orang yang mempunyai folikel rambut yang lebih banyak pada kulit mempunyai potensi yang lebih tinggi menghidap masalah jerawat berbanding dengan orang yang mempunyai folikel yang lebih sedikit.
Bakteria yang wujud pada kulit kita akan menarik sel darah putih ke folikel kulit dan menghasilkan enzim yang boleh merosakkan dinding folikel tersebut. Apabila dinding folikel rosak, kandungan folikel yang rosak itu akan masuk ke dalam lapisan dermis kulit.
Proses ini pula akan menyebabkan berlakunya radang atau kemerahan pada kulit yang mana anda akan dapat lihat pertumbuhan bonjolan merah, pustules dan nodules. Bakteria-bakteria ini juga membawa kepada pembentukan asid lemak yang menyebabkan iritasi kepada kawasan kulit yang ditumbuhi jerawat.
 Walaupun jerawat bukan sejenis penyakit yang merebak, tetapi tahap keterukan masalah jerawat yang dihidapi oleh pesakit bukan bergantung kepada berapa banyak bakteri yang terdapat pada kulit muka, belakang dan leher anda. Ini kerana aktiviti setiap bakteria pada kulit kita berbeza disebabkan oleh kesannya ke atas kewujudan oksigen, nutrien dan pH kulit.
Namun, untuk pengetahuan anda, bukan semua bakteria yang hidup pada kulit kita membawa kesan yang buruk. Organisma-organisma ini atau bakteria jerawat bertugas untuk menghapuskan bakteria-bakteria lain yang boleh membawa virus dan melindungi dan mengekalkan keseimbangan semulajadi kulit.
Bakteria-bakteria yang menyebabkan jerawat ini boleh dirawati dengan menggunakan benzoyl peroksida, tetracycline, antibiotik serta ubatan yang dihasilkan secara semulajadi seperti minyak cengkih, memakan ulam-ulam yang mempunyai anti oksidan dan sebagainya.
Bakteria-bakteria punca jerawat ini sebenarnya boleh dikawal dengan menjalankan rawatan agar persekitaran atau keadaan kulit muka anda tidak menggalakkan bakteria tersebut dari mengalami reaksi negatif kepada kulit. Reaksi-reaksi seperti penghasilan sebum yang berlebihan adalah faktor sebenar yang meningkatkan aktiviti bakteria pada kulit manusia. 
Namun, untuk pengetahuan anda, bukan semua bakteria yang hidup pada kulit kita membawa kesan yang buruk. Organisma-organisma ini atau bakteria jerawat bertugas untuk menghapuskan bakteria-bakteria lain yang boleh membawa virus dan melindungi dan mengekalkan keseimbangan semulajadi kulit.

Sampai sini sahaja dulu untuk penerangan kali ni. Bersambung lagi ke entry akan datang untuk point ketiga iaitu pemakanan dan jerawat. Stay tuned lagi ye. hihi..


wasalam...









HORMON DAN JERAWAT

Salam Ramadhan 24,

Dalam artikel yang lepas punca-punca jerawat, saya telah menerangkan kepada anda secara ringkas tentang punca-punca yang menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang badan dan leher manusia. 

Punca masalah jerawat memang sentiasa dikaitkan dengan pelbagai elemen dan salah satu daripadanya ialah hormon yang dihasilkan oleh tubuh penghidap masalah jerawat itu sendiri.
Walaupun jerawat bukanlah sejenis penyakit yang boleh membahayakan nyawa, tetapi untuk perkongsian kali ini, saya akan menerangkan kepada anda bagaimana hormon boleh menyebabkan berlakunya masalah jerawat ke atas anda.
Pertumbuhan jerawat pada kulit terutamanya di muka boleh menyebabkan penghidap menjadi kurang berkeyakinan dengan penampilan dirinya sendiri. Namun salah satu punca penyebab jerawat datangnya dari tubuh penghidap itu sendiri. 
Dan untuk pengetahuan anda, walaupun remaja yang selalu mengalami masalah hormon tidak stabil disebabkan proses tumbesaran, ketidakseimbangan hormon juga berlaku kepada orang dewasa. Secara umumnya, pertumbuhan jerawat berpunca daripada pengeluaran hormon androgen yang menstimulasikan kelenjar Sebaceous dan menyebabkan kelenjar tersebut membesar atau mengembang. 
Penghasilan hormon androgen menghasilkan sebum yang menjadikan kulit kita lembut dan kalis air. Sebum yang terkumpul dan tersumbat di dalam liang roma kulit akan dijangkiti bakteria dan sel kulit mati. Maksudnya, lebih banyak sebum yang dihasilkan oleh hormon androgen, lebih tinggi potensi untuk kulit seseorang itu ditumbuhi jerawat.
Apabila peningkatan pengeluaran hormon androgen berlaku, kelenjar Sebaceous dan lapisan kulit di dalam liang roma turut berubah. Remaja lelaki dan perempuan yang mengalami perubahan hormon juga akan berganti kulit dengan kerap sewaktu akil baligh. Dalam tempoh inilah kita kerap jumpa remaja yang mengalami masalah jerawat sama ada serius atau tidak.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bukan remaja sahaja yang mengalami masalah jerawat, orang dewasa juga mempunyai peluang untuk menghidap penyakit kulit berjerawat ini. Namun, bagi orang dewasa, masalah ketidakseimbangan hormon ini berlaku secara sementara dan tidak berlarutan dalam jangka masa yang lama tetapi masih berpotensi untuk terpaksa mendapatkan rawatan ke atas masalah jerawat tersebut.

Antara masalah lain yang turut menyebabkan ketidakseimbangan hormon kepada orang dewasa ialah:
 1. Pertumbuhan semula jerawat buat pertama kali setelah sekian lama kulit tidak berjerawat boleh disebabkan oleh PMS, Peri Menopause dan juga Menopause.
 2. Kelainan pengeluaran hormon dalam tempoh kehamilan atau sewaktu kitaran menstrual.
 3. PCOS ( Polycyctic Ovarian Syndrome ) dimana pesakit mengalami masalah petumbuhan atau keguguran rambut, kulit di sekeliling ketiak atau lipatan-lipatan kulit pada tubuh menjadi lebih gelap, dan kegemukan pada kawasan perut .

Selain itu, ketidakseimbangan hormon juga dikaitkan dengan keadaan tekanan emosi dan psikologi yang kronik yang boleh dirawat dengan beberapa kaedah. Bagi orang dewasa, masalah jerawat disebabkan hormon tidak boleh dirawat dengan hanya membeli ubat-ubat jerawat biasa di farmasi. Masalah jerawat tersebut boleh didapati di klinik-klinik pakar kulit. Rawatan-rawatan yang diberikan pula termasuklah kontraseptif oral, ubat mengurangkan radang kulit, ubat anti-androgen atau lain-lain perubatan semulajadi yang disyorkan oleh doktor.
 Pengambilan ubat-ubatan oleh pesakit wanita boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti loya, penambahan berat badan, kelembutan pada payudara serta penghasilan titisan-titisan darah haid sebelum tiba waktu kitaran menstrual yang sebenar. Jika pesakit mengambil ubatan dari sumber semulajadi seperti meminum jus kesihatan, ia tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penghidap masalah jerawat, bergantung kepada penerimaan tubuh pesakit sendiri.

Sumber,
Dr Hasenah


Salah satu punca kepada masalah jerawat adalah masalah hormon. Ok, pada artikel selepas ini saya akan terangkan atau kongsikan kepada anda punca yang lain. Untuk ketahui punca-punca tersebut boleh rujuk artikel saya sebelum ni.

Nanti saya kongsikan pada anda solution saya kepada pemasalahan ini. Stay Tuned!

Wasalam..

PUNCA-PUNCA JERAWAT

Salam Ramadhan 23,

Lagi seminggu(lebih kurang), seluruh umat islam di dunia akan meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa iaitu Hari Raya. Saya percaya semua orang mesti nak kelihatan cantik atau sempurna pada hari lebaran ni. Kita kan nak jumpa sanak saudara, rakan-rakan untuk mengeratkan lagi silaturahim dan bermaaf-maafan sesama kita.


Stress tak kalau saat ni tiba-tiba wajah mulus kita dipenuhi dengan jerawat. Jerawat yang naik besar-besar dan bernanah plak tu. Mesti 2-3 hari lagi habis lah berparut. Punah impian nak cantik pada lebaran ini. Biar kulit gelap asal bersih. Ok tak perumpaan saya tu.(hihi)


Masalah jerawat ni bukan masalah baru bagi saya. Sejak dari Form 1 lagi, muka saya yang comel ni ditumbuhi jerawat. Bukan biasa-biasa punya tau. Saya kadang-kadang malu dan kurang kenyakinan nak jumpa saudara mara dan rakan-rakan. Tak sah kalau jumpa mereka-mereka ni tak tegur pasal jerawat saya. Sedih tak? 


Sedih memang sedih, tapi nak buat macam mana kenalah tebalkan telinga dengar semua tu. Sejak bekerja ni saya selalu cuba macam-macam produk. Asal ada yang promote, mesti nak cuba. Tapi, tidak la saya main serbu je,walaupun saya nak hilangkan jerawat tak guna ni dengan cepat. Saya siasat dulu, tengok testimoni, sejarah syarikat dan kandungan produk tu. Jika saya yakin baru saya beli, kalau tak yakin makanya tak la saya pakai produk tu.


Eh, panjang pulak saya kan..Jom ke topik asal...


PUNCA-PUNCA JERAWAT

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.
Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Sumber,

Dah ketahui akan puncanya, nanti kita cari solutionnya ye. Kat entry akan datang saya cerita lak rawatan yang sesuai ye. Stay tune..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...