advertisement

PERSONALITI MELALUI WARNA

Kita main dengan warna ja minggu ni.. Ni semua pengaruh buku lah ni. Dalam buku explain sikit ja, ai saja google lagi. Alang-alang google untuk pengetahuan sendiri, tak salah rasanya ai berkongsi kasih disini kan..

Warna kegemaran u ols apa? tengok, ai tanya lagi kat entry ni.Hihi.. semalam dah tanya kat entry aura warna ikut hari, boleh klik tajuk untuk ke entry sebelum ni.. 


Warna memainkan peranan dalam menentukan perwatakan, tingkah laku seseorang. Bukan itu sahaja, warna-warna tertentu juga digunakan dalam ilmu perubatan untuk mengubati pesakit mengikut kesesuai hari. Ok, bab perubatan ni tak nak lah cerita kat sini, sebab ai tak pasti tentang tu. 

Apa yang dikongsikan ini adalah kajian yang dibuat oleh pakar jiwa dan personaliti, ai tumpang kongsi ja. Hihi


HITAM


Rasmi, serius atau hiba
Degil dan berdikari
Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah.
Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi.

MERAH 


Berani dan emosional
Mendesak, mudah diransang dan lincah.
Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
Perlu belajar untuk sabar.



PUTIH 

Bersih dan amanahMempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.
Bersih dan amanah.
Gemar menyendiri.
Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.




BIRU LEMBUT

Pengasih dan penyayang.
Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
Teliti dalam teguran.
Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
Ingin suasana selamat dan mendamaikan.



BIRU GELAP 


Rajin dan penuh dedikasi
Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
Mudah terganggu dengan keadaan bising.
Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.




MERAH JAMBU

Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
Mudah bersimpati dan memahami.
Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
Sedikit keanak-anakan.
Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.




OREN

Bersemangat dan komited
Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
Tidak sabar.
Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
Bersikap praktikal dan kreatif.
Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.



HIJAU


Tenang dan tidak banyak karenah
Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.
Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.
Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.
Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.



KUNING

Ceria dan sentiasa bersangka baik
Penuh minat dan ceria
Aktif dalam jua aktiviti.
Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
Idea dan pemikiran tinggi.
Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.




UNGU

Kejayaan dan sikap positif
Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi.
Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.



PERANG 


Matang dan bertanggungjawab
Bersikap jujur, bersifat realistik, 

sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan yang baik.
Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.




KELABU

Tersendiri pendekatannya.
Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
Suka mengasingkan diri.
Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.



14 comments:

  1. SS suka semua warna.. Kecuali kuning!

    ReplyDelete
  2. wahhh. warna pun melambangkan personaliti ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada..setiap yg kita minat sebenarnya ada makna tersendiri

      Delete
  3. suka warna merah..kebanyakkan barang dan pakaian warna merah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai suka merah juga.. biru pun suka..koleksi bnyk warna biru

      Delete
  4. CT suka biru.. semua jenis biru.. pink ungu n kelabu pun suka jugak hahaha..
    tapi usually fav mmg pepel.. hijau / kuning / oren ooowh no.. memang tak minat langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap ai, rasulullah suka hijau.. hijau warna alam.. kalau nak cerahkan mata selalu memandang warna hijau terutamanya pokok, kan natural.. kuning ngan oren kurang like sebab terang sangat.. tapi merah suka.. :)

      Delete
  5. suka semunya kecuali hitam dan putih

    ReplyDelete
  6. sis suka banyak warna sbb sukakan hidup yang berwarna warni ... heheheee

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...