advertisement

Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Paratha Pizza

Teringin nak makan pizza, tapi macam malas nak keluar beli. Nak call pun malas juga sebab kredit tak ada..Hahaa... 

Usha2 peti ais, tengok bahan-bahan pun ada, maka terhasillah paratha pizza ni. 

*Maaf gambar kembang pulak.. :D

BADAK BERENDAM

Badak berendam, credit google
Sebelum nak celoteh panjang nak tanya lah, ok ke tak gambar besar tu? kang ada yang komen cam gini 
"Buat posting... Gambo tuu kasi beso ye sayangggggg! Gambo kecikkkk! kedekotttt!"
HAhahaaaaaa..

U ols pernah makan badak berendam? Bukan makan BADAK. Kang ada plak yang tak berapa 'cerdik' ingat makan badak. Hehe..


Tu haaa, macam gambar kat atas tu. Lapar plak petang2 ni. Teringat kat badak berendam indah dalam kuah santan. hehe..

Batu Belah Batu Bertangkup

Assalamualaikum..

Batu belah batu bertangkup..Makanlah aku telanlah aku. haha..

No.. no bukan nak cerita pasal batu belah batu bertangkup. Ai pun tak tahu sangat sejarah sebenar cerita tu. 

Tengok dalam cerita melayu tu ada lah, ntah betul ntah tidak kan. Pasal telur ikan je pun nak merajuk. Over tau! Haha

RESEPI SMOOTHIES YANG SEDAP DI PAGI HARI

Smoothies Banana Meal Shake

Breakfast pagi ni sangat simple dan cepat untuk orang yang malas dan semuanya nak senang ja. haha.. Macam nak mengata diri sendiri pun ada kan. Hari ni badan terasa tak berapa sihat pulak. Semalam pun tidur awal, lepas Isyak terus terbungkam. Sedar-sedar dah pagi. Lena betul saya semalam. Hihi.. Ops, lupa nak bagitahu, lepas dinner (dinner kul 7 setengah malam) telan 2 biji ostematrix. tu yang tidur lena ja. Kalsium memang membantu tidur yang lena tau. Sebab tu la ramai yang amalkan minum susu panas sebelum tidur, membantu tidur yang lena. 

RESEPI : KEK BISKUT KEJU (CHEESEKUT)



Dah lama ai teringin nak makan cheesekut ni. Nak beli yang siap dah tu tak jumpa plak dekat-dekat rumah sewa ai ni. Bagi memenuhi hajat ai (perasan ja memenuhi hajat, dia yg nak makan la) housemate merangkap office mate merangkap best friend ai tolong buatkan. Hihi.. Apa-apa jala kan, yang pasti bila dia buat ai pun dapat tumpang sekaki. Haha.. Thanks la my lovely friend. Huhu

Ai Cuma tolong sikit-sikit ja. Lebih sibuk nak ambik gambar ja sebenarnya. Lepas tu, yang mana lebih-lebih tu ai tau nak masuk mulut ja. Huaaaahahaha..
Ok, mungkin ada yang teringin kan, u ols boleh buat sendiri ja, senang sangat tau nak buat cheesekut ni. Tak payah pun nak bake atau boil atau kukus ka. Kacau dan celup-celup ja, pastu susun-susun. Jom tengok camna nak buat cheesekut ni.

Memandangkan my friend ni makan Meal Shake Shaklee tu jadinya kita orang tambahkan resepi ni dengan meal shake. Untuk u ols yang makan Meal Shake, ESP, Cinch Shake atau Collagen powder boleh lah tambah sekali untuk memperbagaikan resepi nak makan suplemen tersebut.

Bahan-bahannya adalah.....

1.Cream cheese – we all guna Tatura punya brand, 250 gram (berat tu ikut la kesesuaian ye, kalau nak buat banyak, lebihkan atau sebaliknya)
2.Biskut cream crackers Hup Seng (brand apa pun tak kisah sangat asalkan cream cracker la baru sedap)
3.Susu full cream (kalau low fat nanti macam tak sedap ja), we all guna Good Day yang kecik tu ja, sebab sikit ja pun nak guna. Sesuai la dengan cheese tu.
4.Lemon (tak nak letak pun tak pa). Perahkan sedikit ja.
5.4 sudu makan Meal Shake. Kalau ada letak lah.
6.Nestum. kalau tak nak letak pun boleh, yang ni ikut suka lah.
7.Nuttela. yang ini pun sama, tak nak letak pun tak apa, ikut suka hati lah.
8.Satu sudu makan susu pekat manis. Apa-apa brand pun boleh.

Ni lah bahan-bahan yg we all guna. Resepi penuh dari my friend la, Ai mana reti buat. huhu



Cara-cara membuatnya



1. Blendkan cheese dengan sedikit susu segar (3-4 sudu makan), susu pekat manis dan meal shake. Blendkan bagi sebati ja. Kalau tak nak blend boleh juga putar/pukul dengan sudu sahaja. Nak senang blend la. Kemudian letak perahan lemon sedikit.
Nilah hasil selepas di blend


2.Lepas tu, letak sedikit air panas dalam mangkuk, atas mangkuk tu letakkan bekas yang berisi susu segar. Ini sebab nak panaskan sedikit susu. 



Nampak kan mangkuk yg kat bawah tu, yg tu ada isi air panas. Yang loyang kat atas tu letak susu segar. Sikit ja, tak payah banyak sangat

3.Rendamkan biskut ke dalam susu tadi. Pastikan tidak direndam lama. Tips, balikkan biskut sekejap sahaja kemudian susun didalam bekas.




 
4.Apabila dah siap selapis biskut, layerkan pulak dengan cheese. 

5.Ulang step 3 dan keempat. Boleh jugak layer cheese di selang dengan Nuttela dan Nestum. Kalau tak nak letak nuttela dan nestum, layerkan sahaja cheese dan biskut. 

6.Buatlah sampai habis cheese. Last sekali pastikan lapisan cheese ye. Bahagian atas sekali bolehlah dihias.


Yang ni lapis yg di tabur nestum, nyummmmm


7.Lepas tu, simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan bila sejuk. Nanti senang nak potong.




Cadangan : jika tak nak letak Nuttela/Nestum boleh lebihkan sedikit susu pekat manis. Ini supaya kek nanti tak la tawar. Nuttela dan nestum ni ada rasa.
Lagi satu untuk hiasan atas sekali u ols boleh letak buah-buahan seperti strawberi, kiwi, buahan campuran dalam tin. Yang we all letak ni biskut oreo ja. Hihi. Hiasan boleh ikut u ols lah apa pun.

Ok siap cheesekut we all.. Ok we all nak makan dulu. Jemput ye.. nyum..nyum..
Alhamdulillah...



 

RESEPI PUDING ROTI

Ni semua penangan FB kan. Mentang-mentang saya tengah puasa, banyak pulak resepi yang timbul. Geram lak saya, rasa nak cuba ja resepi ni. Saya memang suka makan dessert ni, kadang-kadang makan dessert mengalahkan makan makanan utama. Kalau p event apa-apa, first tengok dessert dulu. hihi..

Saya tak ingat lak saya ambik resepi ni kat mana. Malas lak nak cari.


RESEPI PUDING ROTI BAKAR

Bahan-bahan nya:-
ni anggaran utk 5-6 orang makan (ikut resepi asal saya ambik tu)

1. 5 kpg roti potong gardenia (ada yg saya baca kat resepi org lain, klu guna roti yg kasar/keras skit pn ok)
2. 1 sb mentega/butter
3. 1/2 cawan gula ( yg ni kna jgak ikut rasa masing2)
4. 3/4 tin susu cair ( saya guna susu full cream dutch lady)
5. 3 biji telur
6. 1/2 st vanila
7. kismis/buah-buahan kering

Cara membuatnya:-
1.


1. Sapu mentega pada roti, kemudian carik-carikkan dan letak dalam loyang pembakar.



 2. Putar susu, telur dengan gula sampai gula hancur.(Kalau nak lagi mudah, blend kan bahan ni)






3. Tuang bahan yg di putar tadi dalam roti. Biarkan dalam 10-15 minit sebelum dibakar. (tip yg saya dapat, rendam kan dulu roti bagi meresap elok, nak elakkan roti mengembang masa bakar nanti).
Kemudian taburkan buahan kering ( Saya guna kurma sebab masa tu kismis xdak)


4. Panaskan oven dengan suhu 200 dgree, pastu leh bakar selama 30-35 minit (sampai masak la). Saya guna microwave je, oven tak ada..hihi



Kemudian siap.. ni lah hasil percubaan pertama saya:-

Kecik ja ni sebenarnya, saya buat separuh ja pada resepi kat atas tu sebab nak makan pun 2 orang ja. Ngan housemate saya. Kononnya nak buat utk berbuka petang nanti. So selamat mencuba ye.


:)



KUIH RAYA 2014-SEMPERIT SUSU

Tengah dok godek-gedek mr Google, terjumpa gambar kuih semperit ni, nampak gebu je kan. Tengah puasa ni, semua benda nampak sedap kan. hihi..

Memang plannya tahun ni nak buat kuih raya dengan my sis, dan tahun ni jugak saya agak free. Memandangkan anak buah saya suka sangat makan biskut yang cair di mulut ni, jadinya kakak saya suruh i cari biskut macam ni. Layan kan ajelah budak kecik baru belajar puasa ni.
Jom layan beberapa keping gambar yg buat saya tergoda, pastu nanti saya kongsikan resepi meletop tu kat u ols yg saya ambik dari blog Bie D'licious.






Gambar-gambar ni semua saya pinjam dari blog orang lain, kalau u ols nak resepi asal google la blog tu ye. Saya punya gambar belum ada sebab saya pun belum buat lagi. Hihi.. :)


RESEPINYA:-


BAHAN

4 cwn tepung jagung
1 cwn majerin.. campur butter skit
1 cwn susu pkt mnis..boleh guna brand saji/alif


BAHAN HIASAN
Betik merah


CARANYA
Campurakn seme bahan..uli smpai jd doh.
pastu terap n bakar pd suhu 150..15-20 minit..


Resepi: Ucu Bakeri


Nampak mudah je kan bahan-bahannye pun simple, 3 jenis ja..jimat2..hihi.. So, jom la try, nak terap tu sama cam buat semperit biasa.

Selamat Mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...