advertisement

Next Project-Insyaallah....



Pinjam gambar k. Tak tahu nak mintak kat siapa bersepah dimana-mana. Hehe..


Setiap percubaan yang I buat, I akan anggap sebagai projek. Saja suka-suka, nak bagi nampak macam hebat lah.. Hahaha.. Padahal suka-suki ja. 

I tak pasti sejak bila I suka nak menjahit ni. Kalau dulu, minta jahitkan seluar yang koyak pun malas, inikan pulak nak menjahit baju. Well, people can change.. Hehe.. Mana tahu, dari sekadar minat boleh jadi sumber pendapatan. 

I tak ada masa nak attend kelas jahitan buat masa ni, kalau sempat I belajar dari online sahaja. Kemahiran semestinya tahap beginner yang apa lah sangat kan. So, untuk my next project ni doa-doakan supaya menjadi baju tu nanti. Kain pun boleh tahan mahal. Haha..

Hari tu dress budak, sekarang dewasa pulak. Nak kembang sehabis kembang.. Hehe.. Wish me ok.. 

Eh, I ada satu lagi projek iaitu projek menghias kereta dengan sumber terpakai. Macam mana agaknya hasil tu nanti. Haraplah menjadi, boleh kongsi-kongsi.. Kalau tak jadi, buat diam sudahlah ek.. Hehe.. Malu kot nak kongsi sini.. :D









Syukran Sis Yana Yani

Dalam keletihan melayan macam-macam hal seminggu dua ni, tiba suatu pagi kat office, nampak sampul surat yang pasti isinya boleh buatkan I tersenyum..

Tajuk dah jelas kat atas tu, malas nak bagi U ols berteka teki. Yes, ini entry penghargaan untuk Sis Yana Yani atau lebih mesra membahasakan dirinya YY. 

Sejak mula terjah ke blog Sis YY, I dah chop yang blog Diari Seorang Mama akan jadi One of my favorite blog. Gaya penulisan Sis YY yang menarik minat I nak terjah selalu. Ditambah dengan anak-anak Sis YY, Afiq dan Aisha yang comel sangat.. Rasa kalau jumpa, nak ja cubit pipi Aisha lama-lama biar merah.. Haha.. (jahat kan?mesti Sis YY tak nak anak dia yang comel tu jumpa I). 

Stress vs Migrain

24.8.2015 (10 pg)

Alamak ter'publish' entry tak siap plak semalam.. Tak dak mood nak taip, tu yang nak close tapi sempat blogwalking beberapa blog sebelum tumbang. 

Beberapa minggu lepas, stress ke tahap nak meletup dah rasa.. Bukan stress study ke apa, belum start betul-betul lagi study. Bab study so far cool n steady lagi. Bab kerja tu ada lerr sikit.. Yang tu ok lagi.. Ni stress something yang memang tak dapat nak share kat U ols disini..It's too private.  

Actually, I bukan nak tulis ni.. Tapi dah entry ni ter'publish' plak semalam, so terpaksa merapu raban sikit.. Hehe..

U ols mesti biasa stress kan. Ada tahap tu stress sampai migrain. Tu lah jadi kat I la ni.. I jadi tak leh pikiaq (fikir) apa dah nak buat untuk kurangkan stress ke apa.. Jadi blurr terus. Apa yang I tau, I just take few suplemen like vitamin B and alfalfa.. 

If U ols ada tip simple untuk tolong I kurangkan rasa denyut-denyut kepala ni, tell me kat komen dibawah k. 

Thanks in advance U ols.. :)






Credit to Lala

Bermulanya kehidupan sebagai pelajar setelah 3 tahun meninggalkannya

Minggu lepas menghilang selama seminggu, I pergi orientasi di USM untuk program PPJJ sidang baru ni. Habis ja orientasi ni maka bermula lah kehidupan baru sebagai pelajar. dalam masa yang sama i juga adalah pekerja. Dari bulan 5 yang lalu lagi, I dok update pasal ni, ingat tak?

Orientasi belajar kali ni bukan macam sebelum-sebelum ni.. Orientasi sebelum ni dah macam rekrut polis lagi dah. Macam-macam aktiviti. Sebab tu freshie tak suka minggu orientasi. 

This one orientasi sangat relak n cool. Cuma ada jugak waktu terkejar-kejar sebab hujan. Ada sesi perjumpaan pemimpin memang bosan. Rupanya pemimpin kita ni pandai cakap depan wartawan ja (siapa orang tersebut dirahsiakan..haha)..

Tak ada benda sangat nak cerita kat U ols.. tak ada lah something interesting pun..Walaupun jadual tak pack, tapi we all tak sempat pun nak bergebang ke sana sini. Masa senggang yang ada pun cukup-cukup untuk buat beberapa hal penting seperti solat dan makan.

Hari pertama lapor diri ialah ahad. Itu pun sekadar lapor diri untuk penempatan pelajar sepanjang minggu orientasi. 

Jom Buat Cadar Sendiri, Saiz Single

Nak jimat dan lebih memuaskan kehendak, buat sendiri saja cadar. Yang penting keinginan dan rajin. Hehe.. Tak ada mesin jahit! Tak apa, u ols boleh jahit guna tangan pun hasilnya sangat awesome. Tapi dengan syarat, jahit kemas-kemas k, tak nak buat cincai mancai ye, baru hasilnya pun cantik. Tak gitu?

Malas! tak dapat nak nolong, pergi jelah beli yang siap.. Hehe..

Apa bahan yang perlu ada?

Bahan-bahannya adalah.......

> Kain. Kain apa nak guna ikut suka u ols lah. Yang biasa kain cotton je kan guna. 
    Saiz bergantung kepada tilam masing-masing. I guna 2 meter kain bidang 45
> Getah .panjang 1 meter.  Lebar getah kalau nak ok guna 1 inci. Tapi I guna getah setengah inci sebab guna         apa yang di rumah sahaja.
> Benang untuk menjahit.
> Mesin jahit. Kalau jahit tangan mestilah pakai jarum je.
> Jangan lupa pengukur.

Step 1.

> Ambik ukuran tilam dulu, lebar, panjang dan tebal.           
   Contoh:-
                     Lebar (L) 36"
                     Panjang (P) 75" 
                     Tebal (T)   4"

Dilema graduan

Sumber : Anathasa

Pernah kena macam ni? pernah kan.. Dalam banyak-banyak interview yang I pernah hadir, ada 1 tempat tu I siap bertengkar dengan majikan tu.

Nak cari yang berpengalaman.. Mereka-mereka (majikan) ni biasanya nak senang lah, malas nak train staff baru.. Kira kalau masuk boleh buat kerja terus. Nampak macam hampeh ayam..

Kalau syarat-syarat yang diminta tu nak experience dalam 2/3 tahun, U ols yang zero experience better tak payah apply.. Buat penat badan ngan duit poket ja pergi interview.. Tapi, I tak nafikan kalau rezeki U ols nak dapat. Kalau U ols memang strong and boleh yakinkan majikan, why not

Doa Yang Spesifik.

Lama pulak tak bersiaran.. Mood raya masih menebal, mood nak update blog masih kelaut, tambah pulak lepas ni terpaksa offline seketika. Tapi tak pa, hari ni ada sesuatu nak kongsi kat U ols..

Terdengar tazkirah ringkas (lupa nama ustaz), tentang meminta doa kepada Allah. Doa jangan terlalu umum. Sebagai contoh, kita nak dapat keputusan cemerlang. Jangan minta doa " Ya Allah, bagilah aku dapat keputusan cemerlang dalam exam nanti.".. Spesifik kan doa tu, exam bila? kita nak cemerlang macam mana, maksudnya nak berapa A, nak dapat pointer berapa. 

Contoh lain seperti memohon semoga Allah murahkan rezeki. Rezeki itu banyak, iaitu merangkumi harta benda, kesihatan, kasih sayang dan macam-macam lagi. Rezeki apa yang kita nak Allah murahkan dalam masa terdekat ni?

Berdoa sahaja tidak cukup tanpa usaha disampingnya. Selepas itu barulah kita tawakal kepada Allah. Jangan berasa kecewa, marah atau bersangka buruk sekiranya doa kita tidak dimakbulkan. Malah berlapang dada dan sentiasa positif. 

Mood Today: Tired !



Selepas cuti 2 hari, masuk office sempat blogwalking kat beberapa blog. Badan rasa letih sangat. Sebenarnya I kena cerry berry. Fuhh, cuti 2 hari betul-betul dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk settle few works yang tertangguh. 

Mood raya lagi kan, so pantang ada jemputan, mesti datang. Makan dan makan je kerja sambilan yang dibuat.. Haha.. 

Lastly, perut ni tewas jugak, cerry berry hari ni sebab tu rasa lemah je badan. Tu lah kan, 2 hari lepas makan macam esok tu nak mati (takut tak sempat nak makan semua makanan sedap2 tu), last badan merana. Start kerja pun lesu ja, dah la direct dari kampung ke office, subuh-subuh dah keluar (gigih kan).

Bulan ni akan sibuk sikit, rasanya entry pun makin lama makin sikit. Banyak benda nak story, tapi rasa malas nak menaip lagi tinggi. Minggu depan I offline selama seminggu. Kalau lah ada yang merindui (PERASAN!), tataplah entry lama k. hehe

NK: Nak mengadap komputer pun macam tak dak nafsu dah ni.. MC ada pun tak guna, sebab kerja I tak boleh pass kat orang buat masa ni.. Sob..sob..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...