Tahun lepas terasa bahagia sekejap bila berat badan mula turun sikit-sikit. Last year ai ada ambik lecithin ngan alfalfa (hihi). Dah 6 bulan lebih rasanya tak ambik lecithin.
Berat dah naik rasanya, tak timbang pun.. Malas nak tercongok atas penimbang tu.. Haha.. Tapi rasalah berat dah naik sikit. Yang pasti baju masih ok. Huhu
Gatal nak ubah selera makan, kononnya nak kurangkan makan nasi, maybe seminggu 2 kali ke. Dah berkali-kali start, last tak menjadi pun, 2 hari tak jumpa nasi, rasa semacam ja. Cari juga nasi. Haha..
Nasi adalah sumber karbohidrat, kadar GI nya yang tinggi. Kalau nak nasi yang GI rendah sikit boleh amalkan beras perang. Tahu ja la beras perang kan mahal. haha.. Sedap ke? Kalau pasal GI ni boleh refer entry yang lepas kat sini>>MAKANAN GI RENDAH.
Kalau ikut piramid makanan, karbohidrat adalah elemen yang penting juga. Kenapa nak kena kurangkan nasi? Nasi kan sumber karbohidrat.
Jom kita tengok carta kat bawah ni
Dalam satu cawan nasi mengandungi 204 kalori. Sehari kita biasa ambik berapa cawan nasi? |
Kalau ai la kan, sekali ambik lebih lah secawan. Biasanya 2 kali sehari. Kalau tak ambik 2 kali pun mesti ambik lah sekali. Hehe..
Untuk ai tak perlu pun banyak-banyak kalori sebab ai keja office ja. habis kuat pun dalam 1500 je kot. Ye ke? ntah la, kurang lagi pun ok. Sebabkan nasi dah tinggi kalori, jadi kenalah kurangkan nasi.
Makanan GI tinggi ni tak best tau, tambah plak pengidap kencing manis. Tapi ai tak ada lah kencing manis. Tak kan nak tunggu kencing manis baru nak jaga makan kan..kan..
Ramai yang memilih diet atkin, dengan tinggikan protein dan kurangkan karbohidrat. Jom kita sambung baca pasal ni, yang ni ai ambik info dari blog Kevin Zahri. Ai copy paste je la kat bawah ye.
Fakta Menarik Diet Tinggi Protein, Rendah Karbohidrat:
Berikut ada fakta menarik tentang amalan diet tinggi protein dan karbohidrat sangat rendah yang anda mesti tahu.
- Berat turun cepat: Penurunan berat badan drastrik pada permulaan adalah air. Apabila anda tiba-tiba elak karbohidrat dalam diet, badan akan masuk “flush” mode untuk buang air berlebihan. Di sini anda boleh kurangkan 3-4kg pada minggu pertama (sahaja)
- Berat naik drastik semula: Now katakan anda amalkan diet high protein, rendah karbohidrat selama sebulan. Apabila anda kembali kepada diet yang lebih seimbang dengan nasi putih, buah-buahan etc, berat air dan nak dengan cepat semula. Kenapa? Kerana water retention banyak bergantung kepada hubungan glukosa dan insulin.
- Kurang lapar. Memang. Ini kerana insulin levels memang rendah dan tidak mempengarahi nafsu makan.
- Jangka masa panjang: Berapa lama dan boleh elak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bi-hun, roti dan buah?
- Turun air je ke? Tak jugak. Kalau lah anda betul-betul elak makanan berkarbohidrat sepertimana yang disyorkan, jadi memanglah banyak kalori-kalori yang dikurangkan. Mungkin dalam 600-1000kcal sehari. Jadi sudah tentu ada defisit kalori yang sememangnya kunci kepada penurunan berat badan.
- Ketosis dan ketones. Dengan ketidakadaan karbohidrat, badan terpaksa pecahkan lemak untuk sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperolehi daripada ketones – produk sampingan daripada ketosis.
- Ketones tu bahaya tak? Berdasarkan info di webMD , ketosis dikategorikan sebagai unhealthy metabolic state di mana ketones boleh merosakan fungsi organ dan menjadi pencetus kepada penyakit seperti gout (uric acid tinggi), kidney stones or kegagalan ginjal (kidney). Ketones juga kurangkan nafsu makan, membuatkan rasa mual dan punca nafas mulut berbau.
- Bahaya Lain? Pengambilan protein berlebihan memberi tekanan kepada fungsi ginjal (kidneys) badan. Lebih protein tingkatkan kerja ginjal dan sudah tentu lebih wear-n-tear akan berlaku kalau ia berteruskan untuk jangka masa berpanjangan.
- Tapi berapa gram protein yang dikategorikan sebagai “tinggi”? Itu bergantung. Diet seimbang pesan 30% pengambilan kalori seharian. Formula lain mengatakan 0.7-1g protein untuk setiap pound (lb) berat badan.
- Berapa gram pulak dikategorikan sebagai “rendah karbohidrat”? Sesetengah diet tinggi protein popular tidak membenarkan lebih 20g karbohidrat sehari. 20g karbohidrat bersamaan dengan 2x potong roti atau 4x paket gula meja kecil.
Tetapi, karbohidrat juga ada beberapa jenis. Pilihlah jenis yang berserat tinggi dan lebih rendah GI dan kalori.
P/s: Nasi oohh nasi boleh kah perut melayu sejati ni nak kurangkan kau. Haha..So nak ganti apa untuk nasi? We see after this. ;)
kawan2 ofis sis JM mmg amalkan diet artkin..2-3 org dh berjaya ..badan serupa model skrg...
ReplyDeletesis JM pu tgh diet kurangkan nasi...ambil dalam 3 sudu camtu je tapi nk kurangkan mkn nasi 2 kali seminggu tak mampu..nanti nk pegang pen pun x mampu
tu lah.. rasa macam xpuas makan klu xdak nasi.. nak tgk minggu ni adakah berjaya.. klu xberjaya jugak, seminggu 2 kali, mayb sehari cuma satu cawan je kot.. hehe
DeleteKawan2 slim melim mcm model, waa bestnya.. tekak ngan perut melayu, tak boleh lepas makan nasi, bihun, mee semua tu.. huhu
Akak suka diet, tetapi lebih suka hancurkan diet. Camner tu?
Deletehurmm..kak Farrah, complicated ni.. haha
Deletekdg2 diet kita hangat2 **** ayam kan, kaknoor pun sama nasi lah segala nya takdak nasi hidup macam tak bermaya, hahaha ni bukan nak bagi nasihat tapi nak meruntuhkan lagi ni QA kan, ikutlah JM tu ya dia dah slim mlim tu
ReplyDeletexpa kak Noor.. So far dah boleh makan sehari sekali nasi.. pelan2 la.. pasni nak ambik nasi sekali sekala ja.. harap la konsisten... haha
Delete