advertisement

Birthday Datang Lagi..

23 September....

      Alhamdulillah... Genap lagi setahun umur aku. Dah 23 wey! hihi.. Habis lah, lepas ni mesti banyak soalan-soalan cepu mas aku dapat. "Bila nak kahwin", "hang bila lagi nak naik pelamin ni", "nak tunggu anak raja ka".. Ala relak ar mak cik, pak cik baru 23 kot, kecoh arrr... Haha..

Ok, ok.. Lupakan bab kahwin2 tu. Menyampah plak fikir. Calon tak ada, macam na nak fikir kahwin. Macam takut ja kalau pilihan keluarga..huhu

Umur makin meningkat.. Mestilah impian dan cita-cita pun semakin banyak.. Haha.. Aku memang terkenal dengan sikap angan-angan aku. Ntah la, memang dari dulu lagi aku suka sangat berangan-angan. Kadang-kadang orang mengata aku, "hang ni nak jadi Mat Jenin, berangan ja".. Apa-apa lah..

Benda-benda yang aku berangan tu, sikit sebanyak aku dah capai k. Aku bukan berangan ntah apa-apa. Semuanya yang agak lojik(tapi, ada jugak yg mengarut sikit..hihi..jgn maraa ar). Setiap angan-angan aku, aku akan pastikan aku capai. Sebab angan-angan aku bukan kosong belaka. Semua tu memang aku nak dapat.

Aku akan selalu buat azam baru bila time birthday. Aku tak buat time tahun baru, huhu.. So sekarang nak buat list azam dan impian aku untuk tahun ke-23 umur aku. Hurmm... banyak benda nak list ni..
Kahwin?? nak masuk tak ek?.. haha.. Mungkin tak kowt (sebab xdak calon)..

Sapa2 yg share hari Happy birthday utk u olss..

k. Wasalam...


KESAN STRESS

Stress! Tekanan!
Sama je tu, bahasa ja lain. Sapa tak pernah stress? Wow, kalau ada memang hebat lah, nak jumpa ngan orang tu..huhu..

Selalunya kalau stress teruk ni mesti ramai ingat yang orang tu ada migrain atau boleh terkena migrain. Sebenarnya stress ni boleh menyebabkan penyakit lain. Bukan tu ja, stress yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah jantung atau otak. Silap-silap boleh bawa maut. Nauzubillah...





Banyak cara nak elakkan stress berlaku atau untuk mengurangkannya. Sebagai contoh, kita kena sentiasa berfikiran positif dan sentiasa tenang. Kalau saya kan, cara paling mudah senyum dan zikir supaya hati tenang.

Tu cara biasa la kan, kadang-kadang kita ni tak ada masalah sangat pun, tapi jenis yang cepat melenting. tu pun salah satu punca nak stress la tu. Sikit-sikit marah, ada je la yang tak kena.

Mari saya kongsikan..

Tahu tak yang mengmbil vitamin B Complex yang cukup dapat membantu mengurangkan tekanan. 

Vitamin B sangat penting bagi membantu mengawal tekanan serta penyaluran tenaga bagi proses metabolisme. Tambahan pula, vitamin B juga baik dalam kesihatan jantung, dan sintesis DNA. Untuk pengetahuan anda, tekanan hidup, pengambilan alkohol dan perskripsi ubat-ubatan berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan vitamin B dalam tubuh. 

Bukan itu sahaja, vitamin B pun bagus untuk kulit cantik, berseri-seri. Hal ini kerana, vitamin B baik dalam membantu melancarkan pengedaran darah.

Sebotol vitamin B Complex Shaklee boleh tahan sehingga 4 bulan dengan harga yang sangat berpatutan. Saya rasa anda patut cuba. 













Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

HARI MERDEKA-51 TAHUN

Bulan ni bulan suka dan duka saya. Baru 2 minggu menjengah ke bulan ni, dah macam2 hal berlaku. Minggu depan saya akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-23 tahun. Nak sambut kelahiran pun macam tak dak semangat sebab macam2 duka yang saya terima baru-baru ni. Apa- apa pun hidup perlu diteruskan. Memang adat resam duniawi, mesti ada duka dan suka. ;)

Ok, hari ni Malaysia akan menyambut ulang tahun Hari Malaysia yang ke-51 tahun. SELAMAT HARI MALAYSIA SEMUA...

Dulu nama tanah air ini Tanah Melayu. Apabila digabungkan Tanah Melayu dan Sabah Sarawak, Ianya di panggil Malaysia.
Bermacam-macam hal musibah yang berlaku kepada negara, kita sebagai rakyat mestilah merasa tempiasnya kan. Apa yang menjadi kekuatan kita adalah bersatu. Berdoa lah untuk kesejahteraan negara yang tercinta ni.

Anasir-anasir luar tak akan mudah menganggu gugat akan keaman negara jika rakyat dan pemimpin bersatu teguh dalam menjaga keamanan negara. Tak akan membiarkan anasir-anasir luar mudah mempengaruhi kita. Jangan sampai pisang berbuah dua kali.



WASALAM...

HEALING CRISIS (KRISIS PENYEMBUHAN)

Pernah tak makan suplemen? Lepas ambik dalam beberapa hari macam-macam masalah jadi. Contohnya badan jadi lesu, pening, ada yang demam dan macam-macam lagi la. Penah tak? Kalau tak pernah, mungkin badan anda kurang bertindak balas dengan suplemen yang anda ambik tu.

Eh! apa tu healing crisis?

Healing crisis adalah satu proses di mana badan mengalami satu keadaan untuk penyucian dan pembinaan semula.  Ia digelar 'healing' (penyembuhan) kerana badan kita sedang sembuh dan akan menjadi lebih kuat.  Ianya disebut 'crisis' (krisis) kerana simptomnya kadang-kadang sangat dramatik dan boleh menyebabkan seseorang itu tidak selesa.  
Healing crisis adalah satu proses yang normal yang dialami oleh seseorang apabila mengubat secara semulajadi.  JANGAN BERHENTI MAKAN SUPPLEMENT ANDA!!
 
Mengapa ianya berlaku?
Apa yang berlaku sebenarnya bukannya kesan sampingan atau side effect, sebaliknya ia adalah tindakbalas nomal yang menunjukkan supplement anda berkesan.  Ini bermakna sistem badan anda mula bekerja untuk membuang toksin-toksin yang telah lama berada di dalam badan.

Antara tanda-tanda anda mengalami HEALING CRISIS.
  • penat melampau
  • sangat mengantuk
  • cirit-birit
  • gatal-gatal
  • jerawat naik tiba-tiba
  • loya
  • sakit kepala
  • pening
HEALING CRISIS bukan bermakna tubuh anda tak serasi dengan suplemen Shaklee ni, tapi ia menandakan yang ada tindakbalas sedang berlaku dalam tubuh anda. Ia adalah positif, dan tak lama pun. Ibaratnya tubuh anda sedang dibersihkan dari segala junkies dan toksin yang bersarang dalam tubuh anda selama ni. Masa all those junkies and drugs tu nak hilang, tentulah melalui tubuh kita kan? Tu yang simptom-simptom kat atas tadi timbul. Apa yang kita perlu buat ialah, drink loads and loads of water to help the body to flush out all of those junkies and toxins. Remember, sel-sel tubuh mengambil masa at least 90 days to change/ react.
Kenapakah proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sedemikian?
Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat2nya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat2 yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement. untuk mengurangkan kesan healing crisis anda perlu minum sekurang2nya 3 liter air sehari.







Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

Adakah Fibroid Berbahaya


 Saya mula tau dan ambik tau pasal fibroid ni lepas saya join Shaklee. Hah, join Shaklee baru nak tau? Ha..ha.. Tu la kan, pas makan Shaklee ni banyak pulak saya belajar pasal kesihatan. Itu, ini la.. Bila cakap pasal fibroid, mesti kaitan dengan perempuan. Pastu ianya punca susah hamil. Jom baca lagi, apa itu fibroid ye? Nak cerita lebih-lebih tak pandai plak saya. Ni kan bawah saya share kan artikel menarik yang saya baca.

*****************************************************************************
Ramai yang menyangka fibroid berisiko kepada golongan wanita berumur sekitar 30 tahun ke atas sahaja, namun sebenarnya ia boleh berlaku kepada setiap wanita yang sudah mencapai umur akil baligh.

Kebanyakan wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai fibroid kerana tidak mengalami gejala atau tanda-tanda penyakit tersebut. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid.

Pakar Perunding Obsetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Adilah Ahmat berkata, wanita yang mempunyai fibroid yang merupakan penyakit yang berkaitan dengan rahim, tidak perlu bimbang tentang kehadirannya kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka.

“Fibroid ialah sel-sel otot rahim yang bergumpal dan bukan sejenis kanser. Hanya kurang satu peratus fibroid boleh bertukar menjadi kanser yang dipanggil Sarkoma.

“Lebih 50 peratus wanita mengalaminya, namun daripada mereka tidak tahu pun mereka mempunyai fibroid sehinggalah membuat pemeriksaan berkala dan doktor mengesahkan di dalam rahim mereka terdapat ketulan fibroid," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Begitupun, ia tidak berbahaya bergantung kepada kedudukan dan saiznya. Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak.
Beliau menambah, tiada sebab-sebab dan punca-punca tertentu mengapa wanita mempunyai ketulan fibroid di dalam rahim mereka kerana ia sendiri terdiri daripada otot rahim.

Lazimnya, fibroid membesar secara perlahan-lahan dan tanpa simptom.

Lokasi fibroid di dalam rahim sama ada di luar, tengah, dan dalam akan memberi gejala berbeza kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang.
Dr.Adilah berkata, terdapat lima jenis fibroid iaitu fibroid sidemucosa, fibroid intramyometrium, fibroid subserosa, fibroid broad ligament, dan fibroid servikal.

“Jika fibroid bersaiz kecil, ia akan melekat di dinding rahim sahaja (fibroid subserosa) tetapi jika ia terbonggol ke dalam (fibroid sidemucosa), ia akan mengubah lapisan tempat darah haid yang akan menyebabkan pengeluaran darah haid dalam jumlah yang banyak.

“Fibroid yang besar jika terbonggol ke dalam akan menekan pundi kencing yang akan menyebabkan masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing atau sering kali tidak dapat mengawal kencing.
“Jika hal ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing.

“Jika membonggol ke belakang pula, ia akan menekan saluran usus di belakang. Ia mungkin akan menyebabkan kesukaran membuang air besar dan sembelit.

"Apabila ini berlaku, sepatutnya mereka berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya," katanya.

Beliau menambah, wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid masih boleh mengandung kecuali ia tumbuh di bahagian servik dan sekiranya fibroid itu terlalu besar, ia akan menyebabkan salur fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk hamil.

“Ibu yang mempunyai fibroid di dalam rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid.

“Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin. Ia akan menyebabkan risiko pendarahan," katanya.

Dr. Adilah menegaskan, sekiranya didapati ia tumbuh dalam saiz yang kecil pesakit tidak digalakkan untuk membuangnya melalui pembedahan kerana dikhuatiri pada masa akan datang akan wujud lagi ketulan-ketulan yang lain kerana benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada.

“Jika ia tidak berbahaya, mengapa mahu melakukan pembedahan berulang kali, Sebenarnya pada fasa menopous, fibroid akan mengecut kerana wanita tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen yang menggalakkan pembesaran ketulan fibroid.

“Pembedahan juga agak berisiko kerana akan mengakibatkan pendarahan yang banyak kerana rahim merupakan sumber bekalan darah yang utama," ujarnya.

Ujarnya, biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras akan menyebabkan pesakit tidak selesa.
Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda tersebut.

Beliau menambah, doktor akan mengesyorkan ia dibuang sekiranya saiz terlalu besar sehingga menyebabkan perut kembung seperti orang mengandung yang menimbulkan ketidakselesaan.
Pengeluaran darah haid yang begitu banyak sehingga pesakit perlu dimasukkan bekalan darah baharu kerana kekurangan darah, juga digalakkan untuk membuang fibroid.

Katanya, fibroid yang terlalu terbonggol ke dalam sehingga terkeluar ke pintu rahim yang boleh menyebabkan jangkitan kuman, juga perlu dibuang.
Katanya, wanita perlu mengurangkan pengambilan produk berasaskan estrogen seperti susu, kacang soya, ubi keladi dan produk kecantikan yang menggunakan estrogen sebagai bahan utama selain amalan gaya hidup yang sihat.

- NURSYAMIMI SAIDI
 Utusan Melayu (M) Bhd

*******************************************************************************

Peratus penyebab kanser adalah sangat kecil, tapi kemunculan fibroid boleh menyebabkan seseorang sukar hamil dan menimbulkan ketidak selesaan. Bonjolan besar pada rahim boleh menyebabkan perut kelihatan buncit.

Itu sebenarnya fibroid. Harap korang yang baca ni faham jugak ye.Saya pun nak prevent awai masa bujang ni. Tak payah tunggu kawen baru nak ambik tau..





Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

KEHILANGAN...

Ya Allah sedih plak hati ni, nak taip pun susah.. Semalam aku dan seluruh keluarga di kejutkan dengan berita bapa saudara( Pak Njang) aku meninggal dunia pada jam 4 pagi 10 September 2014.

Patut lah cuti hujung minggu lepas masa on the way balik kampung lalu kat rumah arwah, tiba-tiba teringat arwah. Ya Allah.. Allah dah bagi hint tu yang arwah akan pergi.. Huhu.. Sebab aku call mak tak jawab, jadinya aku terus balik, takut mak risau. Aku tak sempat nak ziarah arwah ngan Mak Njang. Last jumpa masa raya puasa sebulan lepas.

Walaupun tak rapat gila2 tapi kira rapat jugak lah.. Camna nak cakap pun tak pasti..hihi..

Semalam lepas subuh aku pun siap2 la balik. Kul 9 pagi aku sampai kat rumah arwah. Panjang plak perjalanan aku semalam. Sebab aku tak boleh nak drive laju-laju sorang-sorang plak tu. Pas sampai aku tak terus tengok arwah, aku ambik wudhuk dan baca 1 juz Al-Quran sampai hati aku tenang sikit baru aku p tengok arwah untuk last sekali.

Kul 11 pagi arwah dimandikan dan selepas sejam lebih camtu, arwah siap dikafankan dan di bawa ke masjid untuk solat jenazah. Arwah di kebumikan jam 12 setengah dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Cuaca semalam seolah-olah memahami pemergian arwah, turut bersedih bersama ahli keluarga. Saudara mara yg dekat jauh datang menziarah, jiran tertangga pun turut hadir.

Arwah dulu orangnya ceria, kepoh, riuh rendah dengan lawak dan gelak tawanya yang mencuitkan. Lepas ni, kalau kenduri kendara dah tak ada suara tawanya. Tawanya yg lucu sgt menghiburkan..

Masa arwah dah sampai, masa kita tak tahu lagi, entah esok entah lusa.


Arwah
Romli Bin Ibrahim
dilahirkan pada 18-7-1957
wafat pada 10-9-2014

Al-Fatihah......

:(

DEMO LECITHIN

Anda boleh mencuba sendiri di rumah. Anda boleh lihat sendiri bagaimana lecithin bertindak.

Jika kurang jelas, boleh klik pada gambar

1.  Campurkan air bersama minyak. Guna minyak masak je.
2. Pecahkan 2 biji lecithin ke dalam air dan minyak tadi.
3. Kacaukan campuran bahan-bahan tadi.
4. Anda tengok dalam campuran tersebut. Anda akan lihat molekul-molekul terurai. Kesannya hanya beberapa saat sahaja.


Inilah cara semula jadinya lecithin menguraikan lemak-lemak dalam badan. Kesan yang lebih baik jika anda susuli dengan senaman.
Ingat! lecithin adalah nutrien yang memang diperlukan tubuh, ianya bukan lah ubat ajaib yang confirm terus kurus.  Saya nak tegaskan balik, suplemen ini hanyalah bantuan semula jadi, membekalkan nutrien/vitamin yang kurang dalam badan dan bukannya ubat ajaib. Oleh itu, kesan yang diharapkan bergantung kepada badan seseorang.



Anda boleh baca selanjutnya tentang lecithin


Jika anda berminat untuk dapatkan lecithin anda boleh hubungi saya. Mari saya konsult anda lebih lanjut tentang set kurus yang sesuai mengikut bajet dan kesesuaian anda.




Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...