advertisement

Showing posts with label KACANG SOYA. Show all posts
Showing posts with label KACANG SOYA. Show all posts

BEZA SOYA GMO DAN NON-GMO

GMO??

Apa itu GMO. Bila berkongsi, pung pang ai bagitau yang soya keluaran Shaklee adalah Non-GMO. 


Kita tak payah nak cerita banyak lah erk..


Dipendekan cerita, GMO dan bukan GMO ini macam ayam kampung dengan ayam cucuk-cucuk tu. Selain cucuk-cucuk, dalam makanan ayam itu sendiri ditambah dengan ubat yang bagi ayam tu cepat besar dan gemuk. Selalu kita makan ayam GMO kan. Patutlah badan kita ni kena macam-macam penyakit. Asyik makan makanan GMO. 

SEJARAH KACANG SOYA

Sejak akhir-akhir ni soya sangat viral di facebook. Ramai yang mengatakan kacang soya adalah penyebab utama kanser. Soya adalah sumber protein yang baik, oleh sebab tu la soya tidak sesuai di ambil pengidap kanser sebab, makanan utama sel adalah protein. Selain soya, daging merah, telur, kacang tanah dan ikan juga kaya dengan sumber protein. Individu yang menyebarkan keburukkan soya ni, tak suka soya atau dia ada niat tertentu. 

Kalau pengidap kanser dilarang mengambil soya takut sel kanser tumbuh atau aktif kembali, sebenarnya mereka juga sepatutnya mengelakkan makan protein lain. Boleh baca selanjutnya tentang kelebihan kacang soya



Sejarah Kacang Soya
  1. Brazil merupakan negara pengeluar utama kacang soya dunia, diikuti Amerika Syarikat, Argentina dan China. Bagaimanapun Amerika Syarikat merupakan pengeksport utama kacang soya dunia.
  2. Kacang soya mula ditanam di China (3500 sebelum Masehi ). Kemudian benihnya mula dibawa masuk ke benua lain pada abad 20.
  3. Kacang soya mula ditanam di Amerika Syarikat pada tahun 1765 oleh Samuel Bowen, pelayar Syarikat Hindia Timur yang membawa benih dari China.
  4. Soya pertama ditanam di Georgia, Amerika Syarikat.
  5. Tempe dipercayai mula diperkenalkan di Indonesia pada 1815 di Serat Chenthini.
  6. Tauhu mula dibuat pada Dinasti Han 2000 tahun lalu di China. Kemudian tauhu mula diperkenalkan ke Korea dan Jepun.
  7. Syarikat kicap pertama dunia ialah Kikkoman yang ditubuhkan pada abad 17. Mogi dan Takanashi mula membuat kicap di Noda, Jepun, dan di situ jugalah kicap jenama Kikkoman bertapak dan jenama ini mula diperkenalkan ke dunia luar sehingga sekarang ini.
  8. Blairo Maggi merupakan taikun Brazil kerana beliau adalah pemilik ladang kacang soya terbesar Brazil. Blairo juga merupakan gabenor untuk negeri Mata Grasso, Brazil.
  9. Di Inggeris, individu pertama yang membuat kicap ialah John Locke pada tahun 1679.
  10. Pada tahun 1688, Dampier berbangsa Inggeris menamakan kicap dalam bahasa Inggeris sebagai  ‘soy’. Kemudian pada tahun 1899, Blasedale yang berbangsa Amerika Syarikat menamakan kicap dengan nama ‘soybean sauce’  dan ditukar pada tahun 1905 oleh Oshima seorang individu berbangsa Jepun, kepada soy sauce. Ejaan ‘soy sauce’ akhirnya disatukan sebagai ‘soysauce’  oleh Van Gundy pada tahun 1936.
Di Malaysia pada hari ini kacang soya terkenal sebagai bahan asas pembuatan kicap, tempe , minuman soya dan juga puding taufufah.

Sejarah kacang soya ni saya dapat daripada majalah Saji keluaran Oktober ini. 

Sungguh pun Amerika Syarikat adalah pengeksport utama kacang soya, kita tidak boleh menafikan tentang kelebihan soya yang sebenar. Soya bukan lah termasuk dalam kategori makanan sunnah, tapi soya mempunyai kebaikkan yg sangat bermanfaat untuk kesihatan.  


KELEBIHAN KACANG SOYA






Kacang soya ni banyak manfaatnya. Sebab tu la, saya paksa diri untuk suka susu soya. Saya memang dari kecik lagi elergi sikit dengan soya ni. Bukan elergi badan naik alahan ke apa, tapi saya tak boleh minum soya, saya tak lalu. Bau soya pun tak boleh. 

Walaupun saya tak suka soya, tapi saya yakin dan percaya ramai kan yang suka soya. Tengok lah kawan-kawan sekeliling, rata2 suka soya. Derang ni tak habis-habis ajak  saya minum soya. Nak buat macam mana tekak saya tak leh terima.  

Tetapi, kalau soya ESP ni saya boleh minum. Sebab apa? Sebab ESP rasanya tak la soya sangat(maksudnya rasanya tak kuat sangat macam air soya yg belambak kat pasaran ni). Saya ni tak boleh minum soya sebab baunya. 

Jom ketahui sedikit sejarah tentang kacang soya.
 
Kacang soya merupakan hasil utama dinegeri China dan pada abad ke 17, pedagang dari Eropah telah membawa balik kacang soya ini ke eropah dan ianya mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada awal tahun 1765. Sebenarnya, soya mula ditanam di Asia Timur.  Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max tergolong dalam keluarga Fabaceae yang ditanam sebagai makanan untuk manusia dan ternakan. 
 
Soya adalah sumber protein lengkap kerana sejumlah besar asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia berada di dalamnya.
Terdapat banyak manfaat yang boleh diperoleh dari kacang soya. Antara yang sering diperkatakan ialah:-

1.       Murah dan tinggi protein
Ia merupakan makanan yang tinggi protein yang seimbang dan baik untuk kesihatan. Ianya lebih murah daripada daging merah, susu atau telur. Sumber protein yang terkandung di dalamnya adalah sebanyak 50% bagi setiap 100 gram sekali gus menjadikan ia 2 kali lebih baik dari kacang tanah, 11 kali lebih bagus dari susu dan 3 kali lebih elok dari telur. 

2.       Kaya dengan bahan mineral
Ianya kaya dengan sumber mineral yang berkhasiat seperti kalsium, sodium, manganese, magnesium, zat besi dan fosforus, vitamin A,B,C,D dan lecithin. 

3.       Kurangkan risiko serangan jantung

4.       Membekalkan tenaga
        Ianya kan kaya dengan protein. Tambahan pula, kacang soya mudah dicerna sekaligus mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk menbina dan membaiki tisu badan yang rosak selain membekalkan tenaga. 

5.       Kadar lemak dan kalori yang rendah
Soya memnag terbukti mengandungi lemak dan rendah kalori. Ianya sangat sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis. Soya boleh dijadikan penganti makanan berat yang lain sebagai diet harian.

Akan tetapi, tidak semua soya dipasaran itu baik untuk kesihatan. Pastikan anda memilih soya yang ditanam secara natural tanpa bahan kimia. Bukan itu sahaja, pilihlah soya yang tidak terubah genteiknya( Non-GMO). Soya yang telah terubah genetiknya adalah soya yang tidak mengandungi kelebihan soya sepatutnya. Soya yang belambak dipasaran kebanyakkan adalah soya yang tidak berkualiti malahianya jenis GMO.

Anda adalah orang yang bijak, pasti memilih yang terbaik. 






Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...