advertisement

Showing posts with label PERIBADI. Show all posts
Showing posts with label PERIBADI. Show all posts

Hah, Kereta Hilang..

Cuak dah.. bila keluar ja tak nampak kereta ai.. Uuuwaaaa... Mau jerit kat parking lot tu kuat-kuat..Mana ni, mana ni?

Pap!

Semalam kan cuti, pas settle p pos barang pagi tu, petang ai keluar lah mall nak jalan-jalan jap. 

Plan nak gi beli blender, so sebelum masuk hypermarket singgah jap kat Hasani Book Store. OK, bila dah masuk book store ni lah tabiat buruk ai, akan bertenggek berjam-jam dalam tu, seolah-olah dunia ini ai yang punya. Haha

SECRET ADMIRE BAGI HADIAH

Hari sabtu lepas kan kerja, pas balik kerja tu ai singgah la pasar malam, dok perati ja kek kat beberapa kedai. Ada macam-macam kek cheese, masa patah balik tu nak 
lah beli satu kek cheese, jalan punya jalan, last sampai hujung jalan keluar dah. Alamak terlupa plak.. So jawabnya tak dak makna nak patah balik dengan orang ramai.
Rimas wokey nak berjalan kat pasar malam. 

Balik lah rumah terus tak singgah-singgah dah. Sampai kat rumah, terkejut ai tau kat depan pintu ada orang letak kek. Aikk, perati juga sana sini, tak dak plak nampak
bayang-bayang sapa-sapa. Kat kotak kek tu tak dak plak tulis untuk siapa, kat dalam rumah ni ada 3 orang wokey.  Tulis lah sepatah dua kata.

Patutnya tolong bukannya gelakkan dia

Ai kan paling geram ngan kawan-kawan atau siapa sahaja yang berperangai macam ni...

Dah nampak kawan tu jatuh longkang, sah-sah la dia sakit, yang kau pi gelak bagai nak tercabut jantung tu pasal apa. Tahu la geli hati kau, gelak sikit-sikit cukup lah. Berdarah kaki budak tu ai tengok, boleh plak kau biar dia terhegeh-hegeh bangun sendiri. Yang kau tak habis-habis gelakkan dia.

Kelakar sangat la dengan kesakitan orang lain tu. Fuhh,... sabar ye makk (cuba tenangkan diri ai sendiri..haha). Apa hal ai plak yang emo, bukan ai yang jatuh. 

HOUSEMATE TAK BERTEGUR SAPA

10 bulan tinggal sekali, rasanya boleh kira berapa kali ja sembang dengan housemate ai yang sorang ni. Apa masalah dia pun ai tak tahu. Dan apa salah ai kat dia pun tak tahu.

Well, kami menyewa 3 orang, yang sorang lagi tu engineer (miss K), dia paling tua dalam rumah tu, pastu ai tengah-tengah, dan sorang lagi housemate paling muda (Miss A). Yang paling muda ni la tak nak bergaul dengan we all berdua. Apa salah kami, aci tak mau tegur.. Hukhuk..

Apa yang membuatkan ai terkilan tu, masuk rumah tak reti nak bagi salam, sah-sah dia nampak ai terkojol depan tv atau tengah makan. Ruangan makan pun betul-betul depan pintu masuk (apartment macam tu la, sempit ja). Yang lagi pelik tu kan, kalau ai atau Miss K balik, then dia tengah tengok tv, mesti cepat-cepat je dia tutup tv ngan kipas lari masuk bilik (???)..

MINI REUNION MEMBER DORM 7 ENGGANG

Saja buat satu entry kat sini sebab nak abadikan kenangan kecil hidup ai. Hehe.. 6 tahun lebih rasanya tak jumpa dengan mereka-mereka ini. Jumpa dalam FB ja (kira jumpa ke tu?)

Rindu gila nak menggila bersama (tapi kami tak gila tau). Haha..

Jarak nak ke rumah kenduri sebenarnya sejam lebih je, sebab kan sesat sampai 3 jam lebih baru sampai. Masing2 sampai dengan muka lapar nak mampus dah. haha.. 

Kami janji nak jumpa kat satu check point sebelum sama-sama konvoi ke rumah kenduri. Tapi satu kereta sesat, yang lain kena tunggu la. Hihi..

BERTUDUNG ADALAH "OLD SCHOOL" OK

Lupakan isu Kpop tu la kejap. Malas nak layan.. Semoga mereka bertaubat dan kita terus muhasabah diri..


"u ni macam mak cik-mak cik la pakai tutup kepala". 

"Apa pasal tak lepas rambut keluar, U punya rambut tak cantik ka".

Pertanyaan daripada rakan-rakan bukan Islam. Mak senyum je nak.. Mak (ala mak cik gitu) cakap kat dia, pasal rambut ai cantik la ai tak tayang kat orang, nanti ada plak yang cemburu. Haha..

"Haiya, yaka.. kasi tunjuk sikit, betul ka cantik"..

KETERUJAAN TERHADAP MR JAMBU

Sapa Mr Jambu? 

Saspend tak? (perasan ja ada yang nak teruja baca entry hang)..

Ai suka gelarkan Mat-mat korea ni Mr Jambu. tengok la wajah mereka, siap ada yang bermake up bagai. So jambu ok. Ya..ya mengaku tengok juga drama korea, tapi tak teruja sangat dengan Mr Jambu air, jambu batu tu.

Bila adik ai dok tengok Mr Jambu tu terkinja-kinja menari, terus ai ambik remote tukar channel. Fuhh, naik geli tekak. Ai memang tak minat K-Pop, sebab rasa macam 'bapuk' menari. Huhu.. 

BERHIJAB BUKAN SEKADAR BERFESYEN



Apa yang dilontarkan di sini hanyalah pendapat peribadi. Tiada kena mengena antara hidup mahupun yang telah meninggal.

Cewaahhh, over plak ai kan dengan mukhadimah macam tu. Hihi..

BALIK AWAL KERJA ADAKAH TANDA MALAS??

Ok, hari ni tak tahu nak update apa, sebab otak tengah beku dek kerena cuaca yang sangat sejuk. Kalau ikut hati dan company ni bapak ai yang punya, memang malas kot nak datang kerja. 

Sebelum tidur dah tahu hujan turun, celik ja mata hujan masih turun. Memang kalau ikut hati nak ja tarik balik selimut tu kan. Ops, solat subuh jangan lupa (hihi)..

GILA BERBLOG

Seronok plak berblog ni kan. Rasa macam-macam boleh tulis. Walaupun berjela-jela dok menulis ni tak tahu la sapa nak baca kan. Haha..

Lantak lerr bapa orang nak baca pun, ada aku kisah kan. Ai niat nak share apa yang ai rasa, share aja. Menulis kat entry ni sama macam kita meluahkan perasaan kat orang juga. Puas hati. Tapi, awas! jangan lah menulis benda tak sepatutnya (korang tahu sendiri la apa yg patut atau tak).

Sekarang ai menulis  guna komputer atau laptop. Mr Lappy ai pun dah tak leh on lama2 sangat (maklumlah dah tua). Beli masa belajar dulu (6 tahun dah). Selalu kalau gadjet memang tak tahan lama kan. Nasib lappy ai boleh guna lagi..

I Pad 5 (tak pasti ye ke 5 ni, huhu)

Walaupun Mr lappy masih wokey, tapi ai teringiiiiiiiiiiiiiiin sangat nak pakai I pad (macam kat atas tu). Sebenarnya kan, ai bukan tau sangat pun pasal model Apple ni (berbisik). Haha.. Bukan apa ai tak berapa layan sangat gadjet2 ni, ai teringin nak pakai tablet sebenarnya. Angan-angan mau lebih, sekali teringiiin tab tengok I-Pad la terus. Tak ada yg nak hadiahkan ke? Huhu.. Tak boleh I pad 5, yang biasa-biasa pun boleh lah.. :D

Eh, jangan tanya kenapa ai tak guna Phone nak ber blog (wat semak fon ja nak tambah app blog, haha). Phone kecik ni limited. Huhu.. tab lagi puas.. kan2..

Ok, bulan depan kita rembatlah mana tab yang mampu dulu.. Haha..

Tu ja nak cakap pun, bye.. Selamat maju Jaya.. :)

KENAPA TAK BUAT SHAKLEE JA, WAT PA NAK KERJA LAGI..

Tak pernah ai terpikir pun pasal ni, tiba-tiba ada yang bertanya, kenapa tak buat shaklee 100%, kenapa nak kerja lagi sampai apply kerja merata?

Well, jawapan ai simple ja, ai masih muda dan belum pun berkahwin, ai ada banyak impian(macam-macam ai nak buat). Memang ai akui ai minaaaaaaaaaaaaaat bisnes,dari kecik-kecik lagi, dah rasa excited nak meniaga. Jadi, masa muda-muda dan masih single ni la ai nak buat semua benda yang ai suka. Kerja ni walaupun tak menjaminkan kekayaan tapi sekurang-kurangnya ai dapat pengalaman.

Pengalaman ni sebenarnya mahal u ols. Lagi mahal daripada rumah u ols, kereta mahupun emas. Macam mahalnya masa (tak terbeli pun kan). 

Pengalaman yang kita dapat walaupun hanya sebenar kuman, ianya tetap berharga. Walaupun pengalamn yang pahit. Eh, walaupun pahit pengalaman tu mana sama ngan orang lain, kau adeerr rasa apa aku rasa..haha.

Ai nak belajar dari bawah, ai tak memilih sangat kerja, ops GRO ai tak buat ok. Bukan lah tak memilih langsung, tetap kena pilih juga, mestilah yang halal dan menutup aurat serta sesuai dengan keupayaan kita. 

Ai tetap boleh bershaklee walaupun bekerja, macam sekarang.. Jadi tak ada masalah sangat sebab ai tak ada komitmen dekat suami dan anak-anak lagi.. Rasanya kalau ai dah kahwin, mungkin kot ai berhenti kerja (kot jela)..Huhu..

So, kepada yang bertanya, inilah jawapan saya..Kepada yang tak tanya apa-apa, baca je lah.. Hihi..

Wasalam
 

PANGGILAN TEMUDUGA



Rasa nak menjerit pun ada sekarang ni.. geram sebab lama dok mengantar resume ke sana sini tapi tak dak langsung panggilan untuk interview.. Kalau ada pun lain position di minta lain yang di offer nya.. Huhu..

Tiba-tiba semalam sebelum nak tidur tengok la handphone satu lagi (jarang guna,sebab tak leh online, haha) ada mesej dari tadika panggil interview untuk guru tadika..

Waa bestnya rasa, tidur pun senyum sampai telinga. Dah lama apply position ni, ntah pasaipa plak tak tau macam syiok ja jadi cikgu (cikgu tadika ja pun).  Ye lah, nak jadi cikgu sekolah tak lepas (tak berapa cerdik). Haha

Mesti nak tanya kan, ai kerja tak sekarang. Kan2..

Ai kerja sekarang, kerani kat syarikat engineering. Ai tiba-tiba rasa gedik nak tukar kerjaya. Haha.. Dulu penah ada pengalaman mengajar sat kat kampung, rasa best tau dapat ajar budak-budak. Rasa puas hati bile tengok kanak-kanak ribena ni boleh baca dan tulis. Ai paling suka kalau ngajar mate (ai memang sukaaaaaaaaaaaaaaa ngan mate).


keratan e-mail
Mesti nak tanya lagi kan, ai tak sayang ka kerja sekarang?

Sayang tu sayang jugak, dah setahun setengah ai kerja situ, tup2 cari kerja lain (sebenarnya gaji sikit, tak lepas nak hidup, haha). Ntah la, bila dah lama kerja rasa bosan plak, hari-hari wat benda yang sama ja. Sini syarikat kecik, tak dak punya department2 tu. So chance nak naik pangkat ke apa memang tak dak lah.. Tak ada perkembangan langsung kan? Tak kan selamanya nak buat kerja tuuuuuuu ja.

Interview tu esok, doakan ai ok ;)

Wasalam...

SUAMI CURANG HANYA KERANA ISTERI HILANG KESERIANNYA..

Tadi saya terbaca tentang artikel yang disiarkan pada Sinar Harian yang bertajuk Pengakuan suami curang. Walaupun ai masih belum menjadi isteri kepada mana-mana lelaki, tetapi sebagai seorang wanita ai amat terkesan dengan pengakuan/surat si suami tersebut.

Ooh, jika isteri sudah hilang serinya, si suami buat keputusan untuk mencari "kepuasan" lain di luar sana, nampak sangat hanya duniawi yang dicari. Apakah susah sangat nak luahkan kepada isteri tentang masalah yang kecik cuma ( bagi ai la, kecik ja pun, boleh cakap elok2 kan.).

Pendapat seorang Ustaz
Saya print screen tentang pendapat ustaz ni sebabnya saya bersetuju dengan pendapat beliau. Bagi ai alasan suami untuk curang dengan melakukan perkara terkutuk begitu sangat tak boleh di terima. Apakah hanya dunia yang mereka lihat?Seorang wanita tidak akan sentiasa muda, cantik begitu juga lelaki. Baru anak pertama dah mula cari lain. Huh, lelaki ni memang tak patut hidup (Over punya marah ni, huhu)

Kecantikan hanyalah subjektif sahaja. Jika suami benar-benar menyayangi isteri mereka, sepatutnya luahkan apa yang terpendam dan berbincanglah elok-elok. Kan?

Betul lah ramai yang cakap, no body perfect (tiada manusia yang sempurna). Tapi, alasan si suami betul2 buat seorang perempuan macam saya ni meluat. haha..

Jika ikut hati ai ni, memang tiada maaf bagi mu. Kalau setakat curang biasa2 tu ok lagi kot.. Tapi sampai dah terlanjur, kau fikir layak ke nak dimaafkan?.

Inikah pemimpin yang kita harapkan dalam rumah tangga?


Nota perut:- Si isteri, kalau suami mampu bagi duit belanja lebih untuk kecantikan u ols, jaga lah.. Bukan apa, bonus wat suami.. Siapa yang tak suka cantik, kan..

Nota Kaki:- Suami hanya pandang kecantikkan luaran macam ni, kick ja jauh2...haha


Nota hati :-Sekadar luahan hati ai saja. Sebarang komen berbentuk negatif amat tidak dialukan. Ai hanya memberi pendapat peribadi tiada kena mengena antara hidup atau mati.. Hihi..




PUTING BELIUNG 4 KALI BERLAKU DI KEDAH

Adakah puting beliung yang berlaku baru-baru ini di Kedah adalah bala dari Maha Agong, Allah S.W.T.?

Sebagai warga atau anak kelahiran Pendang, Kedah, saya agak terkilan dengan mesej-mesej atau coretan rakan-rakan Facebook yang menyatakan pendapat mereka seperti "Beringatlah orang Kedah, Allah dah turun bala tu", "peringatan Allah wat warga Kedah, beringatlah".

Setiap musibah atau kejadian alam itu berlaku seperti banjir, kebakaran , mahupun puting beliung adakah bala yang diturunkan Allah? Bencana alam yang berlaku mungkin ialah ujian Allah kepada hambanya. Kita harus redo dan bersabar menerima ujian bukannya terus menghukum dengan mengatakan ianya adalah balasan Allah. 

Siapa kita untuk terus menghentam dengan mengatakan Allah menurunkan hukumannya. Wallah huaklam.. Tak tercapai dek akal saya akan kebesaran Allah.

Puting beliung sudah 4 kali  berlaku di Kedah, yang mana mula-mulanya adalah di daerah saya sendiri iaitu Pendang, kemudian Alor Setar. Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat. Semoga anda menerimanya dengan redo. 

Gambar puting beliung yg berlaku di Alor Mengkudu, Pendang. Pada 14 Oktober 2014, Jam 4 petang



Antar rumah yang mengalami kerosakkan
Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Pada 31 Oktober 2014, kita dikejutkan lagi puting beliung berlaku di Alor Setar, dalm sehari terdapat 2 kali pusaran angin berlaku. Tiada kemalangan jiwa juga yang dilaporkan. 

Baru-baru ni iaitu pada 11 November 2014, terjadi lagi sekali iaitu di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat, Alor Setar. 

Gambar yang berlaku di Alor Setar tak ada pulak dalam simpanan saya. Semoga mereka yang menerima musibah ni bersabar dan menerima ujian Allah ini dengan Redo. 

Wasalam..

 

 

Tukar Angin: Jom Ber 'Wide Shawl"

Hari ni, ai nak santai2 ja kat entry ni. Ni semua terpengaruh dengan iklan2 la ni. Banyak plak kebelakangan ni dok jumpa dengan iklan-iklan wide shawl. So, ai pun nak jugak ubah angin, rasa bosan dah asyik pakai bawal ja ( bukan ikan bawal tu ek, kang ada plak yg terbayngkan ikan bawal atas kepala)

Tapi kan, ai ada masalah besar ni.. Ai tak pandai nak pakai wide shawl ni, kalau shawl size standard tu tahu la jugak. Haha.. Masalah kan, dah beli pastu terkial2 nak pakai. Tengok video macam simple ja sebelum beli tu. Lepas dah ada depan mata, tak tahu plak nak pakai. 

Sapa ada tutorial yang nak share ngan ai, tinggalkan link kat sini, nanti ai p singgah ek.

Ai beli online ja shawl ni, cantik jugak u ols. Bercorak2 bagai.. Sebelum ni kebanyakkan tudung2 ai yang plain ja, tak pandai nak bergaya dengan tudung bercorak. Ai tak reti nak match kan dengan baju.

Kalau u ols suka jugak nak pakai wide shawl moh la singgah fan page ni Cotton Wide Shawl. Murah-murah ja shawl kat situ, derang selalu buat promo. Hah, tak silap ai tengah ada promo lagi sekarang. Ai kalau promo2 ni suka sangat. Admin pun ok, u ols try la usha2 kat situ. Kot2 berkenan.

Sebabkan ai tak tau camna nak pakai, admin page tu bagi satu tutorial kat ai. Nanti i share kat bawah ni k.. Esok baru nak try pakai, hari ni macam tak sempat ja, nanti datang lambat la ai ke office (bapak ai punya office tak pa gak).

 
Ni lah shawl ai beli tu

 
Ni lah tutorial tu, mudah ja kan..


Ok, Selamat mencuba, kalau ada link cara pakai, share la. Thanks.. :)

JUBAH PRINCESS CUT AKU

Ni kira sambungan dari entry baju pertama tu la. Hurm, baju tak siap lagi, dalam proses. Actually, dh siap gunting n jahit tepi.

Warna baju yang saya pilih ialah 'dark grey'. Mula2 nak beli warna mustard atau gold. Tapi kain mahal sangat. Risau nanti kalai tak berapa menjadi baju tu, kang sayang kain mak nak.Tapi kain yang saya beli ni kira ok lah. Saya gredkan ia gred B(sendiri2 letak). Saya beli masa Deepavali hari tu, dapatlah diskaun 20%, beli kat Kamdar(memang berbaloi). Eh, lupa nak cakap kan kain apa, hihi.. kain satin. Tak dak la shining sangat, kain pun tebal jugak.

Download Transformer 2014

Baru-baru ni dok ber'chit-chat' dengan kawan baru, actually kenai tu dah lama, rasanya dah dekat 4 tahun, tapi baru2 ni nak mula ber'chit-chat', semuanya sebab Shaklee.

Dalam dok chit-chat tu, terceritalah pasal download2 movie ni. Tiba-tiba hati ni rasa teringat kat Transformer yg baru keluar masa puasa ritu. Tak sempat p tengok, ye la mana ngan bulan puasa plak tu. Rasa macam tak best ja tengok bulan2 puasa ni. Ramadhan datang sekejap je, rasa sayang. Saya memang suka sangat dengan cerita transformer ni, yg sebelum2 ni memang layan lah. 2-3 kali tengok sebab nak paham cerita betul2. Otak lambat nak tangkap story sebenar cerita action ni ( tu pun ada hati nak layan kan..hihi).

Baju Pertamaku Part 2-Cara Potong Bentuk Leher

Ni saja nak sambung kisah leher baju kecik yang buat minggu lepas. Huhu.. Punya la puas nak betulkan balik. Saya betulkan sendiri ja, dengan bantuan kakak saya tanpa minta bantuan tok guru yang mengajar.

Saya memang gigih sikit, tak sabar nak tunggu cikgunye.. tak nyempat-nyempat.. Jauh nak ke kelas, memandangkan kelas hanya hujung minggu, jadi lambat. kebetulan pulak minggu ni sya tak ke kelas sebab nak ke majlis pertunangan best friend saya.

Selepas dah dibetulkan, makanya baju saya siap jugak. Nampak macam senget sikit, tapi tak pa la, apa kan daya, first time kan. Sebabkan tak menjadi leher saya, makanya saya gugel dan terjumpa lah blog ni, then saya pun belajarlah cara yg mudah nak potong bentuk leher..

Mari saya kongsikan cara-caranya:-



Ambil sekeping kertas A4 dan lipat kepada dua bahagian dan bolehlah melukis pola leher bulan. Garisan biru di bahagian bawah di dalam gambar di atas adalah bahagian lipatan kertas.

Ukuran:

A-B = belakang leher = 2.5cm (semua saiz leher menggunakan formula ini)
C-D = hadapan leher = 1.5cm (semua saiz leher menggunakan formula ini)
B-C = Saiz leher dibahagi 6. Contoh: keliling leher yang dikehendaki adalah 48. Jadi B-C = 48/6 = 8cm
D-E = B-C = 8cm

Untuk gambar-gambar yang lain u ols boleh la lawat terus ke blog tuan tanah ye..

Sumber
Kongsi Macam-macam

Bukan apa, nak ambik lebih-lebih pun, bukan saya yang buat kan..

Ok la u ols, harap ni dapat la membantu korang yg baru nak belajar macam saya.

Wasalam..











BAJU PERTAMAKU

Over kan tajuk.. Baju pertama la sangat.. Bukan baju pertama dipakai selepas saya keluar dari perut mak saya, tapi baju pertama yang ku jahit sendiri.

Saya tengah belajar menjahit sekarang, kelas baru 3 hari, so baju pertama yang dijahit pun siap. Apa yang spoilnya, leher baju ni kecik. Muat masuk kat saya, tapi ketat la kat tengkok tu. Bila di tilik kan balik, rupanya terpotong saiz budak. Nak otter bahagian tu, takut plak rosak, jadinya saya tunggu next class la, suruh cikgu betulkan.

First trial, mestilah jahitan pun tak kemas.. Nak pakai pun segan. Kalau tiba2 ada si penyibuk tanya, nak ke jawab kita yg jahit. Hihi..

Apa2 pun, cobaan pertama 95% berjaya. Baju boleh pakai cuma leher je kecik sikit..

Takut rosak kain, saya potong kecik, dengan harapan klu salah boleh otter balik.. Tup2 memang kecik betul..haha..

Tak sabar nak wat jubah princess plak pas ni. Minat plak dengan jubah princess cut sekarang ni.. Pas ni saya share sama ada berjaya ke tak jubah saya..

Stay tuned!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...