Rasanya idak lah layak mana nak bercakap soal ini, sebab ilmu di dada bukannya bagus mana pun. Tapi ai terasa nak tulis juga tentang ini sebab atas dasar sayangkan kawan dan sedara mara ai yang jauh mahupun dekat.
Mungkin dah jadi trend sekarang kot, bukan setakat majlis kahwin, malah majlis tunang juga menjadi medan lumba-lumba siapa paling cantik, majlis siapa paling grand dan meletop gitu.
Nak masuk wedding of the year gitu. Silap-silap lepas ni ada plak engage of the year. Maaf sangat-sangat kalau mengguris hati dan perasaan. Tak perlu kot nak hebahkan pasal pertunangan u ols yang kebabom tu kat seluruh dunia.
Islam tak ajar untuk hebahkan pertunangan tapi hebahkan perkahwinan. Jangan melebihkan adat daripada agama, biarlah agama tetap no 1.
Ada hikmah kenapa pertunangan itu harus dirahsiakan, biarlah antara keluarga yang mengetahui.
Antara hikmah menyembunyikan pertunangan;-
- Perkara belum pasti terjadi atau berlangsung pernikahan tersebut (kita merancang, Allah yang Menentukan).
- Antara kedua pihak masih lagi ajnabi, untuk mengelakkan daripada fitnah dan perbualan umum.
- Mengelakkan daripada niat tidak baik untuk menjatuhkan/meleraikan ikatan pertunangan.
Banyak sangat hal-hal yang berlaku sekeliling ai, baik keluarga, kawan-kawan atau jiran tertangga. Jadi berbalik kepada Allah dan agamanya, Rasul sebagai ikutan bukannya adat yang didahulukan.
Bertunang sibuk hebah merata, last2 putus ditengah jalan. Habis jadi bahan cacian masyarakat. Mulut orang susah nak tutup, ada ja tak kena kat mata masyarakat kan.
Semoga langkah kita nak mendirikan masjid menjadi lebih berkat. Semoga masjid yang bakal terbina membawa rahmat buat kita dan pasangan serta anak2 bakal dilahirkan.
Islam itu mudah dan indah, jangan dicemari dengan adat ntah apa2..
P/s: mungkin ada yang terguris, tapi lebih baik sakit hati sekarang daripada sakit di sana..kan..kan..
Kalau wat majlis kahwin jangan lupa jemput.. masa ni nak buat2 lupa plak kawan2.. haha
majlis pertunangan skrg ni mmg x di nafikan dah seperti majlis kahwin..ada tu habis RM10 ribu on majlis tunang je...kahwin nanti agak2 berapa puluh ribu kan...nak heboh satu dunia..nanti kalau dh x dapat hidup bersama..malu pulak nak heboh2 kan huhhu...kalau sis JM...hurmm..in sha Allah buat diam2 je..ahli keluarga je...tahu2 dh nak kahwin...(berangan lagi) ntah ada calon ke tidak
ReplyDeleteI'Allah sis JM ada tu nanti..10K tunang gila over..hehe
DeleteKalu artis wajib buat beso2... Ha Ha Ha...
ReplyDeletekan..kan.. dah putus pandai lak senyap2
DeleteNanti tolong send alamat kat email SS ek... Ada something nak kasi... scdhasein.photo@yahoo.com.... Dah email nti inform kat my blog... TQ...
Deleteuntunglah org tu dapat something special dari SS :-)
DeleteAlamakkkk...
Deletetq..tq SS.. cayang SS.. muuuaaaahhhh sikit.. Sis Jm dah selalu dapat kan.. kasi can kat ai lak.. haha
Deletebertunang tu just adat je sebenarnya. ai prefer kawen teruss. hahahah :P
ReplyDeletekan.. jimat belanja.. haha.. nanti jemput la.. I'Allah org xsampai hadiah sampai.. haha
Deletebertunang ni plg byk ujian ... klu tetbia putus , mmg azab kan ... lbh baik trus je nikah klu mmg dah kenal lama ...
ReplyDelete