advertisement

Hah, Kereta Hilang..

Cuak dah.. bila keluar ja tak nampak kereta ai.. Uuuwaaaa... Mau jerit kat parking lot tu kuat-kuat..Mana ni, mana ni?

Pap!

Semalam kan cuti, pas settle p pos barang pagi tu, petang ai keluar lah mall nak jalan-jalan jap. 

Plan nak gi beli blender, so sebelum masuk hypermarket singgah jap kat Hasani Book Store. OK, bila dah masuk book store ni lah tabiat buruk ai, akan bertenggek berjam-jam dalam tu, seolah-olah dunia ini ai yang punya. Haha


2 jam lebih dalam Hasani, last just 1 book jadi tangkapan. Haha.. See, itulah perangai Kak Jah kalau u ols nak tau. Bukan nak beli sangat pun, baca-baca tajuk, kalau buku yang tak berbalut tu, Ai baca dulu (huhu). 

Buku apa yang ai beli? Haha(gelak dulu).. Buku Ceritakan Kepadaku Tentang Rasulullah. Buku kanak-kanak. Kira senang cakap buku bed time story lah. Ops, kat sapa nak story? Huhu.. Anak sedara di kampung. Kak Jah memang macam ni. Suka sangat beli buku main hentam ja. 

Well, buku tengah promo wooii, mau tak rembat.. Malas aarr nak story kat orang, baca sendiri. Ai nak belikan kat anak buah ai yang darjah 2. Biar kenal sikit dengan Nabi kita. Asyik cerita binatang ja, balik-balik kura-kura dan arnab, sang kancil dengan kerbau dan macam-macam lagi lah..

Tak nak jadi macam ai ngan mak dia, dibesarkan dengan cerita binatang ja, boring maa.. Contoh teladan yang baik kan Rasulullah.. Biar kecik-kecik dah kenal Nabi. 

Back to asal tajuk entry ni, pas siap bayar kat Hasani, ai pun masuk hypermarket nak borong barang dapur and gi usya blender set. Ok, offer meletop CNY, so tangkap satu. Boleh buat smoothies selalu. lalalaa...

Mak aii, punya lah ramai, weekend plus nak CNY. Banyaknye orang shopping.. Geng si mata sepet la banyak time ni. Borong makanan ringan ngan air kotak berbandle-bandle. Fuhh puas beratur nak bayar. Ok, troly habis, angkat dengan tangan la masa nak keluar. Bakul tak boleh bawak keluar kan. Huhu.. Kebas tangan mak nak. mana dengan blender lagi. Nobody help. Huhu..

Kat level bawah baru jumpa troly orang tinggal, rembat aarr.. Lenguh dah kot tangan. Haha.. Ok, penat dah rasa so kita balik lah.. Keluar dengan jayanya jalan ke parking kereta and........... suddenly..... where my car??????????

Aaaarrghhh  mana kereta ai??? mana?? mana?? kat 5 minit terpusing-pusing.. Sampai ada mamat yang tengah tunggu sapa ntah perasan ai tengah tercari-cari and macam nak nangis je tu. Dia pun tanya, akak cari apa? ada barang hilang ka. 

Huhu.. ai cari kereta ai, mana ntah. Dengan yakin bagitau dia ai park situ (tempat feveret kalau p situ). Selepas 5 minit berlalu, tiba-tiba baru ingat yang ai park kat luar, jauh jugak. Haha.. dengan bersemangat wajanya, ai pun tolak trolley laju-laju. Say bye kat mamat tu, dia agak terpinga-pinga. Hihi..

Finally jumpa pun my momot.. Haha.. Rupanya lupa kat mana park, bukan hilang ek.. Maaf bikin gempak je kan.. Haha.. 

Ntah la ai memang kerap macam ni, selalu lupa. Tak boleh leka sikit. Tapi yang pelik tu, benda yang lama-lama ingat plak, cerita masa umur 3 tahun dulu boleh ingat plak, yang baru beberapa jam boleh lupa. 

Tahun lepas, masa tu masih pakai motor, bulan puasa boleh plak tinggal kunci motor kat motor, selepas sejam jalan baru perasan kunci tak ada dalam poket. Mulalah lari macam tak cukup tanah p balik kat motor, Alhamdulillah ada... Sebab bulan puasa kot kan, yang pergi bazaar mostly puasa, so tak ada yang nak mencuri.. Hihi..

Baru-baru, buat lagi penyakit ai, bawak balik kunci kereta abah, mau meroyan orang kampung cari kunci, last depa ingat yang last semalam ai yang bawak kereta abah tu, so terlintas nak call tanya ai, ye memang ai bawak balik kunci kereta abah. Tak pasal-pasal kena pos laju kunci tu.Haha..

Telan omega guard berbotol-botol pun gini juga jadinya..Haa omega guard kaya dengan omega-3 baik untuk otak. Sempat lagi tuh.. haha..

That all.. bye.. 

wasalam...


8 comments:

  1. Hahahha. boleh pulak dah lupa park kereta dekat amna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sekali tapi dah berkali-kali.. nak kata tua, rasanya muda lagi.. haha

      Delete
  2. hahaha..sy pon penah...beriya carik kete...tpi bila pkir balik sy g situ nek kete member...adehhh...cuak giler dahh...hahahha

    ReplyDelete
  3. Nasib baik ingat jugak kat mana park kereta. Kalau akak by that time dah banjir air mata dah...dengan paniknya,..tak senang duduknya,... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bergenang air mataku masa tu.. cover lagi.. cuba bertenang.. huhu

      Delete
  4. Kelakar lah QA.
    Lupa parking kete.
    Lupa tinggal kunci kat moto.
    Terbawak balik kunci kete bapak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbawak kunci abah tu yg paling xleh blah.. nasib abah bukan p keja ngan keta.. adik la nak guna, ngan hujan lebat hari tu.. huhu

      Delete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...