Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Aku dan teh tidak dapat dipisahkan, ibarat Romeo dan Juliet, Haha.. Ai kan selain coklat ai memang sangat suka teh, kalau kopi kurang sikit.
Ok done!
Maaf..maaf.. berbalik kepada asal..
Tajuk betul : Jangan minum kopi dan teh bila anda ambil suplemen atau ubat.
Panjang sangat nanti tajuk bila taip kat atas. Hihi.. Kenapa plak kopi ngan teh tak boleh diambil bila kita makan suplemen atau ubat.
Kopi dan teh mengandungi kafein. Kopi dan teh antara minuman yang mengandungi paling banyak kafein. Selain itu minuman bergas dan coklat juga mengandungi kafein. Tapi jumlah yang sedikit.
Kafein akan menyebabkan menganggu penyerapan vitamin dan mineral. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Tambahan pula, kafein boleh meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan.
Selain kafein ada juga beberapa sebab lain yang boleh menganggu penyerapan. Sebagai contoh, elakkan mengambil makanan atau suplemen yang mengandungi iron(zat besi) dengan makanan atau minuman berasaskan tenusu seperti susu, soya dan yogurt. Kat sini sebagai contoh vita-lea tak sesuai diambil dengan ostematrix dan ESP.
Eh..eh..
Bukan bermaksud bila kita ambil suplemen langsung tak boleh minum kopi ngan teh. Sebaiknya jarakan masa sekurang-kurang sejam atau lebih. Better jika jarakan sebelum dan selepas.
Kalau suka sangat dengan teh macam ai kan, apakata bertukar kepada teh hijau. teh hijau ni kurang kafein malah membantu meningkatkan metabolisme. Aromanya lebih wangi dan ummphh. Boleh baca tentang tu kat sini.
Nak ambik juga kopi ngan teh tak dak masalah, tapi sayanglah kita makan suplemen atau ubat tapi tak dapat diserap dengan baik. Well, renung-renungkan dan selamat beramal. Hihi
So, di harap dapatlah menjawab persoalan sikit ye kenapa selalu ai akan akhiri kata consultation dengan "jangan makan suplemen ni dengan kopi dan teh, jarakan pengambilan dan banyak minum air kosong". Hihi..
Wasalam..
P/s: cuti 2 hari, ai pun cuti berbloging.. line dikampung sangat slow milo macam hampeh.. Balik cuti otak blurr.. Huhu
SS ske minum kopi... Rasanya dah berkilo2 kafein laa kan ada dalam badan SS? He He He...
ReplyDeletenampaknya gitulah.. bawak2lah kurangkan ye SS..haha..
DeleteSamalah,SS.
DeleteSaya pun suka coffee.
Tiap hari ambik 1 cawan.
Ok lagi satu cawan..:)
DeleteHantu kopi gak. Tak minum kopi leh jadi cranky. Tapi suka minum teh kalau nak relax & hilangkan stress :)
Deletesuka air minerel hahaha ok tipu =P dedua suka dedua minum.. adus Kak Farrah siap boleh cranky.. memang penggemar sungguh. CT kopi ikut mood.. certain type only..
Deletesaya balik kampung ja minu. kopi...sruh kak ataw mak bancuhkan... sbb saya xpandai bancuh kopi hihi
DeletePenat je telah macam2 supplemen tapi tak di'absorb'. Sama macam x ambik.
ReplyDeleteDah pulak supplemen kira costly jugaklah.
betul tu.. kalau hari tu teringin sangat nak minum, ai akan stop sekejap ambik suplemen. dari membazir telan tapi dh diabsorb baik xyah ambik
DeleteKiranya kita perlu jarakkan masa antara ambil suplemen dengan minum kopi/teh. Barulah berkesan kan,..
DeleteThanks, Syida. Saya tak alert perkara2 begini. Baru tahu.
betul akak.. kena jarakan masa..
Deletesaya pecinta teh . sebaiknya minum je air kosong lepas ambil supplement .
ReplyDeleteyg ni memang betul..
Deletebetul tu..ambil kafein lepas makan supplement samalah macam tak makan.tu yang ramai complain produk tak menjadi.
ReplyDeletebetul..doktor pun ada nasihatkan abah ai kurangkan kopi (peminat tegar kopi). Sia2 ja ubat ngan suplemen dok selalu bg, mcm tak dak kesan..
Deletebetul tu.. doctor homopati selalu berpesan begitu kepadaku =) no tea no coffee after ambil ubat..
ReplyDeletein fact ubat hospital pun kan kan..
betul.. sekarang kopi mmg kadang2 sekali.. teh ja masih setia sebab mmg suka
Deleteno wonder lah setiap kali ambil supplement asyik x berkesan je jadi betul lah cakap Syida. Hari tu ambil supplement ephya..then adi ksis JM mmg dealer Shaklee the dua nka sihatkan kurangkan pengambilan cafien like teh, kopi n nescafe..then sis JM try kurangkan minum kalau nk ambil pun selepas beberapa jam selepas ambil suplement dan dan kekadang 2-3 hari x minum kafien dan alhamdulillah mmg berkesan dan yg penting minum air minral or air kosong byk
ReplyDeletebetul..panjang komen..hehe.. mmg kena kurangkan cafein.. klu tak membazir ja makan suplemen..
Delete