advertisement

TUHAN SEDANG MENGUJI KITA

Book Review


" Jangan jadikan pandangan mata ini seperti mata lalat yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk yakni yang hanya melihat keburukan dan kesalahan orang lain. Jadikanlah pandangan mata ini seperti mata lebah yang hanya memandang kewangian dan keindahan yakni yang memandang kebaikan orang lain sehingga melupakan keburukan orang lain.."


Buku ini ditulis oleh Ustaz Kazim Elias, cetakan pertama dikeluarkan pada 2012 lalu. Dah lama sebenarnya buku ini dipasaran dan dah lebih setahun ai beli. Eh, bukan tak baca lagi, tapi ni nak repeat balik. Tengah mengemas weekend lalu, tiba-tiba jumpa balik buku ni. Terasa nak baca balik, sebab buku ni antara yang ai suka. 

Tak silap ai la kan, masa ai p bookstore last week masih nampak lagi buku ni dijual. Maknanya sangat mendapat sambutan kan, ntah keberapa kali dicetak. Yang ai punya ni cetakan kelapan pada tahun 2013. 




Apa yang menariknya buku ini?

Untuk kali keduani belum habis lagi baca, dulu-dulu tu baca tak bapa ingat. Buku ini memang terkesan kat jiwa ai. Antara buku motivasi yang kita tak kan bosan nak baca. Siapa yang sering dengar ceramah UKE memang akan faham rentak penyampaian beliau kan. Membaca buku ini pun seolah-olah UKE sedang memberi ceramah di hadapan kita. 

Musibah, kesempitan hidup, anak-anak, orang sekeliling atau apa sahaja yang berlaku disekeliling kita adalah ujian oleh-NYA. 

Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya... terlupa siapakah kita disisi-NYA. Terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita? Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Apakah masih ingin menderhaka pada-NYA?

Pengisian menarik:

Manisnya ujian ALLAH
Kala ALLAH mengujimu
Kita lupa ketika senang
Iktibar daripada musibah
Cinta itu menyedarkanku
Salahkah berkahwin muda?
Antara cinta dan kenangan
Anakku..siapa sahabatmu?
Tuhan..berkatilah rezekiku
Sabarlah melaksanakan dakwah

Bahasa dan gaya penulisan santai, tapi penuh makna. Ai cadangkan tambah lah buku ni dalam koleksi buku motivasi anda. Sesuai dibaca oleh pelajar, ibu-bapa, penjawat awam, penjawat swasta ka, atau tak bekerja pun (hihi). Siapa-siapa boleh baca. Tapi kalau kanak-kanak macam tak sesuai, kalau depa faham why not kan?

Kalau tak nak beli buku, boleh dapatkan dalam bentuk e-book. Layari website http://mall.karangkraf.com. Buku ni berharga RM19.90 untuk Semenanjung dan RM22.90 Sabah&Sarawak. Ada 300 muka surat. Sikit je pun kan.. ^.^


" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.."                   
                                                                                                  -Surah Al-Baqarah: 216


P/s: tak pernah review buku, tapi sebab ai suka buku ni, so ai share la kat u ols.. 
Buku baru beli pun tak baca lagi, yang lama juga ai repeat. Hihi.. 

12 comments:

  1. gud idea...mmg nk g cari buku... =) tq

    ReplyDelete
  2. UKE ni dah dapat gelaran Datuk macam Jackie Chan... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. la lupa plak kan.. maap Datuk.. DUKE dahla.. bukan UKE..hihi..

      Delete
  3. pernah tengok kawan baca buku ni. macam best aje :D

    ReplyDelete
  4. boleh share pengsian di blog nii :)

    ReplyDelete
  5. Kalau UKE..memang sambutan hangat.
    Hopefully buku UKE bestseller.

    ReplyDelete
  6. Nak kena cari ni. Buat tambah koleksi bahan bacaan kat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari..cari.. DUKE ada buku baru, tajuk lupa plak.. aish..

      Delete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...