Tak kisah lah hai mana asal kau pun betik, apa yang ai nak kongsi kat sini ialah manfaat dari buah betik ni. Bila terdengar atau terbaca yang buah betik ni baik untuk kecantikkan kulit dan untuk awet muda, terus masuk kan dalam list buah pilihan hatiku.
Kandungan Zat Makanan :
Kandungan | Kandungan Zat / 100 gm |
Tenaga | 59.0 kal |
Lembapan | 84.4 % |
Protin | 1.0 gm |
Lemak | 0.1 gm |
Kabohidrat | 13.5gm |
Serat | 0.5 gm |
Abu | 0.5 gm |
Kalsium | 31.0 mg |
Magnesium | 0.8 mg |
Posporus | 17.0 Mg |
Besi | 1.0 mg |
Sodium | 2.0 mg |
Potasium | 337.0 mg |
Vit B1 | 0.08 mg |
Vit B2 | 0.12 mg |
Niacin | 0.1 mg |
Asid Ascobic (Vit C) | 69.3 mg |
Karotin | 2431 ug |
R. E | 405 ug |
Nampak tak kat situ, betik mengandungi 69.3mg vitamin C. Banyak lah tu, Tambah pula, betik mengandungi lemak yang minima. Well, kalau nak bantai hari-hari memang tak akan menyesal ok.
Dulu kat kampung, ada juga dua tiga pokok betik, buah pun cun tau, jenis betik yang isi dia warna nak kuning-kuning tu, bukan oren terang ni. Buah betik isi kuning tu susah sikit nak jumpa (kalau kat kampung ai lah)
Dah-dah bab intro tak best ni, so ke klimak cerita, manfaat betik. Teruskan baca sampai habis, banyak juga manfaat betik ni..
1) Kaya dengan vitamin c
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.
2) Kaya dengan vitamin A
Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.
3) Ubat bagi sembelit dan buasir
Jika susah sangat nak mengeluarkan sisa-sia kumbahan(complicate nye cerita), cubalah makan betik. Cara macam ni lagi murah dan selamat.
4) Sesuai untuk merawat Hemoroid
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
5) Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan
Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, Jom bermasker dengan betik. Caranya ialah dengan hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
6) Mengubati tumit pecah-pecah
Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah. Yang ni pernah try, kena buat kerap untuk hasil yang lebih cepat dan baik.
7) Dijadikan Ulam-ulaman
Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin. Selain daun betik, bunga betik juga digunakan sebagai ulaman. Ummpph pahit sikit.
8) Mengubati sakit-sakit otot
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu. Tak pernah lagi ai cuba, tapi apa salahnya anda semua cuba kan.
9) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.
10) Sebagai tonik tambahan
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan.
Ada yang tak kenal pokok betik, nilah rupanya. Ni jenis betik panjang rasanya. Gambar google ja (hihi) |
Ni betik jantan, jenis yang tak berbuah, tahu keluar bunga ja. Bunga tu boleh buat ulam. Pahit.. |
Buah betik sering dijadikan pencuci mulut, buah yang ranum dengan isi yang oren atau sedikit kemerah-merahan, sangat mengliurkan. Selain itu, betik muda juga sesuai dimasak gulai dan kerabu. Ummpphh sedapnya bila terbayang gulai betik dengan ayam kampung bersama-sama dengan nasi panas.
Betik oh betik.. Mana nak dapat betik free kat Penang. haha..
Banyak khasiat betik ni ye,..akak memang suka betik. Selalu akak potong-potong, then perah sikit dengan lime :)
ReplyDeletewah sedap..betik muda wat nicah..
Deletebanyak jugak khasiat betik ni :)
ReplyDeletebkn setakat buah,bahagian lain pn banyak khasiat
DeleteBetik dapppp!
ReplyDeletesedap hingga menjilat jari
Deletebetik mmg sedap ! ;)
ReplyDeleteJom meriahkan Segmen Bloglist Mac-April CN ;)
http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html
nanti saya join ye..tq
Deletesy suka sgt buah betik...sedapppppp hhehehehe
ReplyDeleteBanyak khasiat nye..
ReplyDeleteJom telan...opppsss makan betik.
klu kat kg , pokok betik sentiasa ada . sedang membela sepokok betik di depan umah ... sis bkn sekadar mkn buah betik tapi juga ulam bunga dan daun betik ...
ReplyDelete