advertisement

Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas.....

Tolong..tolonglah jangan rosakkan mood ai hari ni, sebab hari ni kan hari kasih sayang gitu. Hihi.. Boleh baca entry sebelum ni yang berkaitan disini 

Pagi-pagi dah nak cari pasal. Nasib baik, emosi ai hari ni baik, boleh control cun lagi. Selalu kalau angin tak bapa nak bertiup ni ai cepat ja panas. ok..ok..Sabar..

Malas nak wujudkan aura negatif kat sini, nanti rosakkan mood u ols yang baca pulak kan. Semalam baru terbaca tentang akhlak Rasulullah SAW terhadap non-muslim. Indah sungguh akhlak baginda sehinggakan islam dapat disebarkan hanya melalui peribadian baginda. 


Siapa contoh ikutan yang baik? Semestinya Baginda Rasulullah kan..Aura positif yang dibawa hari ni buatkan ai boleh senyum walaupun ada mamat poyo buat kecoh. Huhu..

Kisah ini tak pernah ai dengar dan baca lagi,kiranya ini first time la. Banyak juga kisah Baginda dengan orang bukan islam ni, tapi kisah ini sangat menyentuh perasaan ai. 

Di pinggir Kota Madinah, tinggal seorang pengemis Yahudi yang buta. Setiap kali orang mendekatinya dia selalu berkata "janganlah engkau dekati Muhammad. Dia itu orang gila, pembohong, dan juga tukang sihir. Jika engkau mendekatinya engkau akan dipengaruhinya."

Apa yang dilakukan Rasulullah SAW terhadap pengemis buta ini?

Setiap pagi baginda datang  kepada pengemis tersebut dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah apa pun, Baginda menyuap pengemis itu dengan penuh kasih sayang. Baginda lakukan setiap pagi sehinggalah baginda wafat. Selepas itu, tiada lagi orang membawakan makanan kepada pengemis itu.

Apabila Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar r.a datang kepada puterinya untuk bertanya, adakah ada lagi sunnah baginda yang belum ditunaikan. Siti Aisyah r.a memberitahu ayahanda tentang pengemis tersebut.

Keesokkan harinya, Saidina Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk pengemis tersebut dan cuba menyuapnya dengan makanan yang dibawanya.

Namun, di luar dugaan, pengemis marah dan bertanya "siapakah kamu?"

Saidina Abu Bakar menjawab "Aku ini orang yang biasa membawakan makanan untuk kamu".

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa datang kepadaku. Sekiranya dia datang kepadaku, tangan ini tidak perlu memegang dan mulut ini tidak perlu mengunyah. Orang yang biasa datang kepadaku itu selalu menyuapku, dihaluskan dulu makanan tersebut dengan mulutnya. Selepas itu diberikan kepadaku dengan lembut."

Saidina Abu Bakar menangis dan berkata "Aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu. Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya. Orang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah SAW."

Selepas mendengar penjelasan Saidina Abu Bakar, pengemis itu terkejut lalu menangis. Kemudian berkata "benarkah demikian? selama ini aku selalu memburuk-burukkannya, tetapi dia tidak pernah memarahiku. Dia selalu datang kepadaku pada setiap pagi membawakan makanan. Dia sungguh mulia....."

Tidak lama kemudian, dihadapan Saidina Abu Bakar, pengemis yahudi yang buta itu mengucapkan dua kalimah syahadah. Dia memeluk islam kerana ketinggian akhlak Rasulullah SAW. 

Walaupun kisah ini tak adalah berkaitan sangat dengan apa yang berlaku pada ai pagi tadi, tapi nak juga kongsi sini tentang hebatnya akhlak Rasulullah SAW. 

Apa yang dapat disimpulkan kat sini, walau jahat macam mana pun orang buat kat kita, kita tak perlu nak balas balik dengan kejahatan tetapi balaslah dengan kebaikan, tak kira islam ataupun bukan islam. 

Tiba-tiba aura positif semakin membuak-buak. mana dengan berbaju pink lagi hari ni..hihi

10 comments:

  1. semoga aura positif tu akan terus membara ye...suka kisah Rasulullah ni...memang banyak pengajarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah.. rahsia awet muda sentiasa positif.. hihi

      Delete
  2. Mudah-mudahan aura positif tu terus bersama Syida sepanjang minggu,..sepanjang bulan,..sepanjang tahun. Biar kebal, kiranya kalau orang nak spoil mood kita pun tak leh get through hihihi
    Kisah Rasulullah memang akan buat kita titiskan air mata. Keperibadian baginda sangat terpuji.

    ReplyDelete
  3. tq akak.. mood positif always.. awet muda katakan.. Rasulullah memang roll model terbaik..

    ReplyDelete
  4. itulah contoh akhlak Rasulullah SAW yang mulia.. tho orang buruk2kan baginda tapi masih melakukan kebaikan. kita ni T.T huuurm penuh hasad dan dendam. haaaih la.. semoga yg baik2 saja buat kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelan2 kita muhasabah diri.. mmg tak lari dari buat salah, tp jgn ulang salah yg sama..sama2 tegur menegur.. ;)

      Delete
  5. ssetuju !!!! buat baik di balas baik kalau rg buat jahat pun kita balas dengan baik baru hati tak sakit kan syida

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 tu mai juga jahatnya.. haha..besalah manusia kan.. kah kah

      Delete
  6. biar aura kita positive..nnt org sekitar kita tempias aura positive jgk

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...