Seperti organ lain, rambut juga perlu diberi perhatian, mahkota lah katakan. Muka, tak yah cakaplah kan, asal naik sebutir jerawat, dah meroyan.
Ok, ni I nak kongsikan nutrisi yang diperlukan untuk mengelakkan beberapa masalah rambut.
Nutrisi yang asas untuk membentuk sel rambut ialah protein. Ditambah dengan vitamin B(asid folik), C, zink, potassium dan zat besi.Selain itu, jangan lupa air yang mencukupi. bagaimmana nak tahu cukup ke tak air, boleh refer sini.
Biasalah kan, masalah kesihatan ni biasanya disebabkan badan kekurangan beberapa nutrisi.
Nutrisi yang diperlukan rambut
Kelemumur.
Kulit kepala yang berminyak dan lembab akan menyebabkan kelemumur. Disamping itu, kulit kepala akan rasa gatal2. Nutrisi yang dicadangkan ialah Vitamin B Complex, Alfalfa Complex, vitamin C, zink dan purifying shampoo.
Rambut gugur.
Rambut gugur dengan banyak ye yang dimaksudkan. Kalau setakat sehelai dua sehari tu, normal lah.. Biasalah rambut yang sudah tua akan gugur dengan sendirinya. Rambut gugur ni banyak faktornya. U ols kategori mana satu? setiap orang mungkin berbeza sebabnya. Boleh baca sini tentang punca rambut gugur.
Nutrisi yang diperlukan ialah Vitamin B Complex, Zink, GLA (hormon), ESP (membantu bentuk rambut baru), lecithin dan revitaling shampoo dan scalp treatment
Rambut beruban pada usia muda.
Sesetengah orang adalah disebabkan genetik atau diwarisi. Namun, ada juga nutrisi yang mungkin membantu. Stress yang terlampau pun menjadi punca.
Nutrisi yang disarankan ialah vivix (awet muda), vitamin B complex, ESP, zink dan vita-lea.
Rambut kering, berbuah, dan bercabang.
Masalah rambut ni biasanya disebabkan kelalain kita menjaga. Seperti suka menggayakan rambut, tidak keringkan rambut betul2 sebelum mengenakan tudung dll.
Namun, ada juga nutrisi yang boleh membantu iaitu Vitamin B, lecithin, ESP, zink dan rangkaian produk shampoo prosante.
Rambut berbuah adalah disebabkan oleh jangkita bakteria. Untuk masalah ini, I cadangkan potong atau buang sahaja bahagian rambut tersebut. Cuci rambut setiap hari dengan shampu anti-bakteria.
Nutrisi rambut
>>Vitamin B Complex.
Mengandungi kesemua kumpulan vitamin B termasuk asid folik yang diperlukan badan. Antara vitamin asas untuk semua. Vitamin B membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga dan menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.
Setiap fungsi organ, saraf dan otak memerlukan kehadiran vitamin B, sebab tu lah, vitamin B yang lengkap perlu diambil oleh badan.
Dalam kesihatan rambut pun begitu. Untuk rambut yang sihat dan kuat, jangan skip keperluan vitamin B u ols.
>>Zink Complex dan vitamin C
Selain vitamin B complex, zink jugak perlu lengkap semua unsur zink yang dipanggil zink complex. Sungguhpun peratusan zink hanyalah kecil tetapi fungsinya agak besar.
Zink sememangnya membantu menguatkan akar rambut, malah membantu mengawal keadaan kulit supaya tidak terlalu kering mahupun sebaliknya.
Selain rambut, zink jugak mempunyai peranan lain yang mana membantu mempercepatkan penyembuhan luka, membantu tumbesaran, antioksidan dll.
Selain zink sebagai sumber antioksidan, vitamin C juga berperanan sebegitu. Kelemumur berlaku adalah disebabkan radangan kulit kepala terhadap kuman atau bakteria.
Kedua sumber nutrien ini dapat membantu meningkatkan ketahanan tubuh untuk melawan radangan tersebut.
>>Protein.
25% badan kita diperbuat daripada protein utk membentuk sel baru dan membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem.
Begitu jugak rambut, rambut adalah organ badan yang mana berasal dari tisu dan sel. Sumber protein yang sihat akan membentuk sel, tisu dan hasilnya organ yang lebih sihat.
Untuk masalah rambut gugur yang sudah lama, protein dapat membantu menghasilkan rambut yang baru.
>>GLA complex.
GLA ialah Gama Linolenik Asid berfungsi sebagai penstabil hormon dalam badan kita. Masalah keguguran rambut sesetengahnya disebabkan hormon badan yang tidak stabil.
Biasanya masalah hormon ini berlaku terhadap wanita yang melahirkan anak. Rambut akan gugur dengan banyak selepas melahirkan anak. Ada kes mana ianya berterusan dan rambut menjadi nipis.
Perlu ke nak ambik semua?
Jawapan : ambik ikut keperluan dan bajet u ols. Boleh contact I untuk konsultasi secara details.
Berminat untuk mendapatkan tip2 serta rawatan bagi menyelesaikan masalah rambut anda?
sila klik sini
Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat saya,anda boleh menghubungi saya di talian
011-21421925
zaman gawat..tak dapat nak beli :'-C
ReplyDeletehahaha.. rawatan kat rumah dengan apa bahan yg ada.. nanti I kongsi petua.. mana tau serasi..
DeleteSS cuci rambot pakai sabon tangan!
ReplyDeletehe.he.he.. sian u yang..
DeleteSyida sponsor la produk rambut utk SS kesayangan :)
Deletesaya cuci rambut pakai dove :-)
ReplyDeleteok tak dove.. tak pernah guna plak
Deleteciter fasal rambut lagi? hehehe
ReplyDeletebosan erk?..hehe.. ni je kelebihan yg ado.. haha
Deletemesti rambut Suida terjaga rapi kan
DeleteSekarang, memang ya lah.. dulu rambut rosak teruk sangat sebab ke'rajin'an menjaga.. Dah sekarang baru serik..hehe.. xpa JM pasni I tak hupdate selalu pasal rambut k.. Kita tukar topik lain.. hehe
Deleteada nada orang merajuk lah kah kah kah
DeleteIdak laa.. cuma I pun boring jgak..haha.. tapi sebab banyak draft pasal ni, publish ajalah.. sebab tak tahu nak update apa sangat..hehe
DeleteOKlah tu. Jadi trademark apa salahnya :)
Deletenasib ada yg sokong.. sayang kak farrah..dok try beberapa petua.. tgk mana menjadi.. tak sabar nak kongsi..hehe
Deleteyo lah yo lah ..sayang kak Farrah ko je....ehehehe
Deleteeh! ada nada orang merajuk lah kah kah kah..
Deletebukan selalu ke cakap sayang JM..haha
kah kah kah
DeleteJangan lupa kongsi petua yang mujarab kat sini, Syida :)
DeleteSaya sayanggggggggg Sis JM ketat2. Suida dan SS tak leh mencelah hahahaha
DeleteRambut mmg kena jaga...mahkota wanita kann..tp sy mmg suka cuci rambut...1 hari xcuci leh gatal....kalau pg outsation syampu n conditioner wajib bawak....heheheh
ReplyDeletesaya skang ni pkai shampoo rambut. sbb kulit kita ada masalah skit
ReplyDelete