advertisement

Kuiz uji keadaan rambut anda..Jom cuba!

Dalam dok selak-selak majalah ni, terjumpa plak pasal kuiz ni. Rehat sat, sambil-sambil baca majalah, satgi kita sambung buat kerja plak. 

Ok, berbalik kepada tajuk..Sejak2 I mengalami masalah rambut gugur dan berbuah ditambah pulak dengan kelemumur yang memang teruk sangat, sampai I potong pendek terus rambut. Huwwaaaaaa... Nanges u ols tengok rambut sendiri.

Masa tu I tengah tekanan perasaan gila u ols, bila habis belajar, duit tak ada, ditambah dengan masalah macam2.. Malas nak cerita sebenarnya.. 

Betullah..tekanan memang mengundang masalah betoi..

Dah2..habis kat situ.. Jom cuba kuiz ni untuk uji sama ada rambut u ols sihat ke tak..


Jawab sendiri2 je lah erk.. tapi kalau nak jawab kat komen pun boleh.. Mana tahu yang bertuah akan dapat something dari I. Well, we see sambutannya nanti..hehe..

1. Adakah rambut u ols tebal atau halus?


  • a.  Tebal
  • b.  Sederhana
  • c.  Halus
2. Adakah rambut u ols melepasi bahu?
  • a. Pendek
  • b. Antara dagu dan melepasi bahu sedikit
  • c. Ya, rambut panjang
3. Berapa kerap u ols potong rambut?
  • a. Sebulan sekali
  • b. Beberapa bulan sekali
  • c. Potong rambut? perlu ke?
4. Adakah u ols mewarnakan rambut?

  • a. Tidak pernah atau jarang-jarang
  • b. Hanya beberapa kali setahun
  • c. Ya, sebaik akar rambut tumbuh
5. Adakah u ols baru melakukan teknik meluruskan rambut?
  • a. Tidak
  • b. Setahun yang lalu
  • c. Ya
6. Adakah u ols meletakan pelindung matahari apabila berada dibawah matahari?
  • a. Tidak
  • b. Tidak sebab jarang berada di luar
  • c. Ya, selalu

7. Berapa kerap mencuci rambut menggunakan shampu?
  • a. Setiap hari
  • b. Beberapa kali seminggu
  • c. Jarang-jarang
8. Berapa kerap memakai perapi rambut?
  • a. Setiap hari
  • b. Beberapa kali seminggu
  • c. Jarang/tidak pernah
9. Adakah u ols sering menggunakan alat pengering rambut?
  • a. Kadang2
  • b. Tidak pernah
  • c. Ya, setiap hari
10. Sekiranya u ols menggayakan rambut, adakah u ols menggunakan krim/semburan pelindung haba?
  • a. Tidak pernah
  • b. Kadang2
  • c. Setiap kali keluar
Habis dah soalan kuiz rambut.Hehe..Sila tengok jawapan u ols..

Adakah jawapan u ols banyak 'a'? Jika ya, Syabas bette! u ols memang memiliki rambut yang sihat. Tetapi, Jangan yakin sangat ye. kena juga jaga rambut tu betul2. 

Kalau jawapan u ols banyak 'b' plak rambut u ols ni kira sedang2 la.. Nak kata rosak pun tak sangat, nak kata sihat pun tak jugak. Kira ada sikit2 rosak. Kena rajin cuci rambut tiap2 hari tau! dan lagi satu, elakan guna krim/semburan perlindungan matahari sebab pa, ianya akan merosakan lagi rambut u ols bukan membantu pun.

Yang ni memang u ols tak ambik kisah sangat bab rambut ni. Jawapan yang banyak 'c' ni awas ye rambut u ols memang rosak. Silalah botak kan kepala ja(ehh! gurau ja.. man leh btak kan).. Rajin2lah cuci rambut ye. Setiap hari tau! Kurangkan teknik penggayaan rambut  dan potong hujung rambut sebulan sekali. Buang rambut bercabang atau berbuah. 

Kuiz ini I ambik daripada majalah I-sihat keluaran January 2015. Jaga kesihatan rambut u ols.. Jangan jadi macam I, dah rosak teruk baru sibuk nak rawat. Orang selalu cakap kan.. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.......


















15 comments:

  1. asalamualaikum..selamat pagi..yan lebih banyak a ...tapi kadangkala tetap gugur dan kelemumur :-((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertudung kan? Cabaran besar utk org bertudung ni kelemumur laahh..Tak pa kak, konsisten cuci setiap hari dgn shampu yg betul.. Pakai tudung bila rambut betul2 kering.

      Delete
  2. kaknoor pun banyak nya A tapi tkleh caya sngt jugak tu kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tu la, syida pun banyak 'a'.. maybe kena check pemakanan atau salah produk. penjagaan tak cukup lagi.. dalaman pun main peranan..

      Delete
  3. hai. selamat berkenalan ^^,

    saya ada masalah gugur rambut. basuh rambut je mesti ada rambut gugur. nak tukar syampu x boleh, sebab saya kena pakai syampu ubat. sedih betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. shampu ke punca rambut gugur?
      boleh cuba kuatkan akar rambut dgn suplemen zink, vit B dan zat besi..

      Delete
  4. Replies
    1. tu laaa, cuci rambut dgn pencuci tangan lagi..
      hahahaaa

      Delete
    2. Aahh! Abis dah rambut ni dinodai... He He He...

      Delete
  5. Sy byk a...sbb suka cuci rambut...hehehe

    ReplyDelete
  6. byk a dan b ... rambut berkelimumur sbb lama terperap dlm tudung n berbuah tu sbb rambut masih basah , terus je pakai tudung ... nak elak kelimumur , guna syampu yg jernih . jgn guna yang kaler susu ... insha Allah hilang kelimumur ...

    ReplyDelete
  7. soalan no 10 tak boleh nak jawab sbb tiada kaitan

    ReplyDelete
  8. jawapan ada 3'a' 3'b' 3 'c'..mcm mana nih huhuhu

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...