advertisement

Pakaian Muslimah Kini Semakin Mendapat Perhatian

Assalam semua.. Nampaknya rakan-rakan blogger semakin sibuk dengan urusan masing-masing kan. Dah 2 minggu GST dilancarkan, so macam mana lancar tak perbelanjaan u ols? Pergi lah mana-mana pun, rata-rata mesti kena bayar lagi 6% tax tu kan.

GST ke tak, kita tetap kena belanja.. betul tak? Lupakan sekejap bab GST ni. Apa pun yang rakyat suarakan bagai mencurah air ke daun keladi (cewahh peribahasa u ols..). Mana nak heran menteri kita ni. Siap bagi cadangan tahap budak sekolah rendah. Menteri kita ni belajar sampai sekolah rendah je ka? Haha..

Selain belanja barang dapur dan keperluan nak isi perut, rata-rata wanita ni tak lari dari shopping pakaian kan.. Kan..kan.. tambah plak yang dok gila fesyen tudung Farida la, bawal la dan macam-macam lagi laa... I pun sama u ols.. Dok gila bershawl la ni.. Up to date la konon.. Hehe..


Biasalah, fesyen ni kan sentiasa berubah-ubah. Apa yang popular pada hari ini maybe dah ketinggalan zaman pada hari esoknya. Ayat mudahnya, pengisian dalam setiap koleksi fesyen itu bergantung kepada trend yang sedang popular dalam pasaran.

Dulu-dulu malu nak bergaya, nanti takut orang gelak, tapi la ni sapa yang tak berfesyen tu yang nampak ketinggalan kan. Fesyen muslimah kini dah jadi trend yang paling popular kat negara kita. Banyak plak koleksi-koleksi baru yang dihasilkan. Ramai yang berani nak masuk dalam bidang ni sekarang. 

Bukan itu sahaja, rekaan pakaian muslimah kini telah berkembang jauh ke benua Eropah. Ramai yang mula tertarik dengan fesyen muslimah. Namun, konsep menutup aurat tetap diutamakan. I pun dah mula jatuh cinta dengan fesyen, tapi tutup aurat tetap diutamakan.



Jom kita tengok apakah tiga jenis pakaian Muslimah popular di Malaysia dalam kalangan wanita.



Pertama sekali sudah tentu tudung kerana bagi Muslimah ianya adalah antara fashion item yang paling penting untuk menutup aurat pada bahagian kepala dan rambut. Koleksi tudung moden kini datang dengan pelbagai jenis seperti tudung instant, tudung awning, shawl dan macam-macam lagi. Bukan itu sahaja ianya dihasilkan dengan pelbagai corak, warna, dan saiz. Malah tudung untuk kanak-kanak pun ada.



Selain tudung, muslimah bottom seperti skirt labuh dan palazzo juga menjadi kegemaran wanita Malaysia ni. Koleksi skirt labuh terkini ini menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana kerana sifatnya yang cukup versatile dan boleh dipadankan bersama hampir apa sahaja Muslimah top. 



Palazo ialah potongan seluar yang lebih lebar hampir menyerupai skirt. Palazzo dihasilkan dari pelbagai jenis material seperti satin, lycra atau pun denim. 



Senarai ini tidak akan lengkap rasanya tanpa pakaian Muslimah terkini yang paling popular iaitu baju kurung moden dan jubah. Baju kurung wanita ini mendapat sentuhan rekaan yang lebih glamour dan hasilnya adalah koleksi baju kurung moden terkini yang cukup cantik.



Kegilaan wanita Malaysia terhadap jubah dan dress labuh membuatkan lebih banyak rekaan baru terhasil setiap masa. Rekaan ini mendapat pilihan pelbagai peringkat umur.

Sehingga kini ianya menjadi antara pilihan baju Muslimah yang paling popular dalam kalangan wanita di Malaysia.

Muslimah kini tampil lebih yakin dengan rekaan yang lebih versatile malah masih mengutamakan menutup aurat. Tambahan, muslimah juga boleh bergaya walau dimana sahaja. 

Siapa yang rasa muslimah ni ketinggalan zaman, u ols patut tarik balik kata-kata tu, ramai muslimah dah berani tampil yakin dengan fesyen muslimah yang lebih anggun dan versatile. Koleksi fesyen ni dah berkembang jauh pun. 




11 comments:

  1. Waaa..nti akan ada org dpt voucher....bestnyerr..leh bli baju muslimah nihh...hehhehe

    ReplyDelete
  2. lamaaaaanya CT tak shopping.. seriously last shopping tahun lepas la kot..
    tapi nekad.. nak kurangkan shopping.. dah kurus nanti baru shopping sakan..

    tapi tergoda ngan skirt biru tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu kurus baru beli baju baru..hehe.. belis sekarang lah..bagi jadi booster nak kurus..

      Delete
  3. saya sangat suka pakai jubah.. tapi orang kata saya jalan macam gangster. hahaha. so, kena tak kalau pakai jubah tu?

    GST ni menyusahkan betullah... nak beli pun fikir banyak kali. hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. I rasa u patut try la mana jubah.. secara automatik cara jalan akan berubah ikut keadaan..hehe..

      Delete
  4. dh gila shawl katanya so lepas ni bye bye bawal lah ye :-)

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...