advertisement

RAHSIA TERSELINDUNG SEBALIK TEH HIJAU YANG KURANG MENDAPAT PERHATIAN.



 
Secawan "green tea" setiap pagi membantu tingkatkan metabolisme sehingga petang


Saya memang peminat teh. Setiap hari wajib minum teh ais atau teh susu, ops tapi mesti kurang manis.  Manis ni tak bagus tau, manis adalah pembunuh senyap (eh, yeke).


Akan tetapi, teh yang saya minum setiap hari tu tak berapa baik. Lepas kawan saya suggest minum teh hijau(green tea), saya nak tukar kepada teh hijau plak lepas ni. Kenapa teh hijau lebih bagus berbanding teh yang lain. Mari saya kongsikan kebaikkan teh hijau.


Hebatnya teh hijau



Teh hijau agak kurang popular pada kalangan kita, ramai lebih memilih teh yang berwarna kuning atau mungkin keemasan berbanding teh hijau. Selain rasanya yang sedap teh hijau kaya dengan antioksidan.


1.       Kurang kafein

Sungguhpun teh hijau mengandungi nilai kafein yang sedikit berbanding teh lain dan kopi namun jangan terburu-buru mengambilnya. Namun, mengamalkan teh hijau jauh lebih baik daripada kopi. Sedapkan nikmati teh panas di petang hari, baunya yang wangi dan mengasyikkan.


2.       Menurunkan berat badan.

Kalau bab ni ramai yang suka kan. Saya pun sama, mestilah nak slim melim kan. Bahan perangsang di dalam teh hijau dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme sekali gus baik digunakan untuk menurunkan berat badan. Tambahan pula, antioksidan di dalamnya pula berupaya mencegah masalah peradangan seterusnya menurunkan risiko penyakit jantung.


3.       Menghilangkan gelisah

Saya tak pernah berasa gelisah jika mengambil kopi, mungkin saya kurang atau jarang mengambil kopi berbanding teh, namun sesetengah orang akan merasa gelisah jika mengambil kopi. Simptom disebut sebagai “coffee jitters”. Hal ini berbeza jika mengambil teh hijau kerana manfaatnya yang terdapat membuatkan lebih focus tanpa menanggug kesan sampingan yang biasa terdapat dalam kopi.


4.       Menguatkan daya ingatan

Di dalam teh hijau, terdapat satu zat istimewa di dalam teh hijau yang dikenali sebagai asid amino L-theanine. Ia dikatakan mengandungi kesan lebih baik untuk merangsang mental serta kemampuan focus seseorang. Selain itu, ia juga berupaya menambah serotonin dan depomine pada otak sekali gus melindunginya. Pada masa yang sama, ia berupaya meningkatkan kemampuan kognitif, daya ingatan dan kemampuan belajar.



Untuk pengamal suplemen macam saya, mungkin saya patut berubah kepada teh hijau yang lebih baik berbanding teh kekuningan tu. Kandungan kafein yang rendah tidak membantutkan sangat penyerapan suplemen. Tapi nasihat saya seeloknya dijarakkan sekurang-kurang 1 jam.

No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...