advertisement

Apa itu resdung

Resdung adalah istilah melayu yang bermaksud penyakit hidung yang disebabkan radang pada selaput sinus. 

sumber:google

Sinus ni pulak ialah satu rongga atau ruang dalam tengkorak di bahagian kepala, pipi dan hidung. Jenis2 sinus ialah sinus hidung (paranasal sinus), sinus pipi ( maxillary sinus), sinus belakang hidung (ethmoid dan sphenoid sinus) dan sinus dahi (frontal sinus).

Jika berlaku alahan atau jangkitan kuman pada rongga sinus ialah dipanggil sinusitis atau resdung.

Sinusitis ni ada fasa-fasanya, biasanya bermula dengan állaergic rhinitis' sebelum menjadi acute atau chronic. 


Pada peringkat állaergic rhinitis' (rhinitis alahan), pesakit akan mengalami selsema, hidung tersumbat, hingus yang jernih, bersin dan gatal2 pada hidung, mata, telinga dan muka. Ia berlaku adalah disebabkan alahan pada debu, makanan atau perubahan cuaca. Jika ada ahli keluarga yang mempunyai penyakit asthma atau eczema, mereka lebih mudah mendapat allergic rhinitis ini.

Keadaan yang acute atau chronic (sinusitis) biasanya pesakit akan mengalami demam, sakit kepala, selsema yang teruk, hingus yang lebih pekat (kekuningan atau hijau) ada kalanya bercampur darah serta mulut dan nafas berbau busuk.

Selain itu, mereka akan mengalami sakit kepala yang teruk terutamanya bahagian dahi, tengah hidung dan pipi. Keadaan ni boleh terjadi sekali atau berulang2 serta adakalanya berlanjutan sehingga beberapa minggu, ia dinamakan kronik sinusitis.


Resdung kerap berulang apabila:-



1. Seseorang itu kerap selsema akibat mengalami alahan terhadap makanan, habuk dan cuaca.
2. Keadaan hidung yang tidak normal seperti tulang hidung yang senget.
3. Daya tahan tubuh yang rendah
4. Faktor persekitaran seperti berada pada kalangan pesakit yang dijangkiti virus, asap, berhabuk dan kering.
5. Asap rokok adalah faktor utama menyebabkan resdung bagi perokok dan orang sekeliling yang tinggal bersama perokok.

Sesetengah pesakit resdung tidak memerlukan sebarang ubatan (antibiotik). Akan tetapi jika keadaan berulang dan semakin teruk/kronik, sebaiknya dapatkan rawatan segera bagi mengelakan keadaan semakin parah.

Resdung berlaku disebabkan jangkitan kuman pada kawasan sinus. Hal ini mungkin menyebabkan kuman tersebar ke organ lain seperti otak dan mata.

Pesakit resdung kronik yang tidak dirawat mungkin akan menyebabkan jangkitan kuman pada otak. Jika lebih serius ianya boleh membawa maut.

Ada cara bagi mencegah resdung berulang antaranya:-

1. Pastikan rongga sinus berada dalam keadaan lembap dengan selalu membersihkan dengan air dan banyakkan minum air kosong. Boleh refer sini untuk jumlah air mengikut berat.
2. Elakan persekitaran yang sangat kering seperti berhawa dingin.
3. Elakan terdedah pada habuk, asap atau bahan kimia yang kuat.
4. Ambil suplemen vitamin C sekurangnya 100 mg sehari.

Jika tiba2 diserang resdung, ada beberapa langkah yang boleh diambil seperti yang I kongsikan pada artikel sebelum ini disini.

Semua orang berisiko terkena resdung, jika resdung berlaku berulang kali malah semakin memburuk sebaiknya anda mengambil langkah pencegahan segera. 





Jika anda adalah pesakit resdung dan inginkan tip-tip bagi mencegah ianya berulang daripada I boleh klik link dibawah















47 comments:

  1. Salam. Hee thanks for d info ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. eee biawak,
      sama2 wak...
      hahahaa

      Delete
    2. ek elehh tetibe biawak tu ape., huhu2

      Delete
    3. Pantun lah wak.. nak belakang bunyi 'wak' biawak je yg dtg dlm kepala..haha..

      Delete
    4. Hahaha itu pantun tak cukup kerat namanya :)

      Delete
  2. Good sharing... Jay Emm mesti baca ni... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM boring pasal rambut, cerita resdung plak..hehe

      Delete
    2. JM pun resdung gak ke..?

      Delete
  3. Beralih topik resdung pulak kita ye, Syida.
    Beria-ia akak baca sambil garu2 hidung ni ha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama draft, baru nak publish sebab sekarang ni xsempat nak update

      Delete
    2. memang bila baca ni tetiba hidung jadi gatal..huhu

      Delete
    3. Hahahh betul kan, Sal. Tetiba je! :)

      Delete
    4. awatnyaaa garu idong tu Kak Farrah.. resdung ka ? miaaha..

      Delete
    5. hahaha semua pakat gatai idong.. mujuq idong ceq tak gatai malam ni..

      Delete
  4. ada juga jerawat tumbuh disebabkan resdung ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg mmg betul.. I lah tu yg mengalaminya..hehe

      Delete
    2. samalah...tu sebab dah 30-an pun jerawat naik cam remaja lagi nih..huhu

      Delete
    3. Sebab jiwa masih remaja kot,...(ayat denial tak mo mengaku ada resdung!)

      Delete
    4. hehehe.. orang muda katanya kulit sihat kalau keluar jerawat.. tp bila dah belebihan tu kena p check la jugak.. sbijik dua tu normal..

      Delete
  5. Sy resdung...heheheh...kalau mcm belacan...cfood..n da habik mulaa hidung gatal...cuma xde la smpai selsema...juz bersin..2 hari pastu ok dah...heheehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak D jenis yg biasa lagi..alahan manja2 gitu.. klu teruk siap demam2 tau..

      Delete
    2. 2 hari pastu makan balik...tul x?hahaha

      Delete
    3. CT belacan okay.. so far mmg CT rasa habuk lah yang paling kronik..
      seksa betul kalau dah sekali terdedah ngan habuk.. mulalah...

      Delete
    4. ehh...30 min pastu dh mkn balik....hahahahhaha

      Delete
    5. I dul alahan makanan laut teruk .. jujurlah sejak bershaklee, kurang sangat dah.. klu sesekali makan seafood xla cepat sangat nak gatal2..
      dulu sampai bengkak muka, sekarang ni x dah.. tapi xleh makan banyaklah seafood..

      Delete
  6. Elakan persekitaran yang sangat kering seperti berhawa dingin.?
    alamak..mcm mana nak elak...kat opis ni mmg sejuk gile!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita.. JM kena minum air banyak, dan basahkan hidung.. time wudhuk tu sangat sesuai nak lembabkan hidung

      Delete
    2. Pakai baju sejuk Winter... :-)

      Delete
    3. SS, over benau..
      kaya sungguh company JM kan pasang econ sampai sejuk gila.. hehe

      Delete
    4. company JM nak staf dia rasa macam kat Koya, barulah semangat nak keje

      Delete
    5. wooo kene ekon xleh eh ? tapi CT suka duduk dalam sejuk..
      kiranya untuk sesetengah orang saja kan.. lain org lain ragamnya..

      Delete
  7. kenapa di panggil RESdung..bukan RESta or RESngan...mgkin sbb ia menyerang hidung eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. keradangan yg berlaku pada kawasan sinus..sinus ni kan banyak kat hidung.. sebab tu dipanggil resdung.. resta, resngan tu camna erk?

      Delete
    2. Tak pernah SS jumpa soklan sebijak ini... He He He...

      Delete
    3. ahahahaha..solalan carik fasal je tu

      Delete
    4. I menjawab dgn ikhlasnya..haha

      Delete
    5. menteri pun tak mampu jawab soalan ni..lagi-lagi Wak M (tak boleh sebut nama sebenar, nanti SS marah).

      Delete
    6. Wak M.. Aiiikkkk... hehe

      Delete
    7. Soalan Sis JM tu dalam mana2 periksa pun tak pernah keluar lagi :)

      Delete
  8. saya ada resdung. kalau time kena teruk tu, pffft~ rasa macam nak cabut hidung je.. geram sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabo.. jgn dicabut hidung, nnti tak dak hidung, lopong aja..haha.. >.<

      Delete
    2. jadi Valdemort kang..hehe

      Delete
    3. hahahaha jadi Voldermort.. idong kepeeek cem dia..

      Delete
  9. yang CT penah baca kan.. ada research cakap.. setiap orang yang lahir mesti akan ada resdung ni.. cuma tahap kronik or tak saja yang memnentukan teruk ke tak.. mcam CT ni alah ngan habuk kira resdung juga kan.. tapi x kronik smpai setengah orang teruk jadi kulitnya sbb hama..

    dunia canggih skarang.. insyallah ada penawar kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CT.. kalau I tak silap, semua mmg ada sinus. yg sebabkan resdung, ialah alahan yg jadi kat bahagian sinus tu. Alahan bnyk jenis seperti habuk dan seafood.
      Bila daya tahan badan rendah blh sebabkan resdung akut/kronik.. Kalau tak dia akan hilang sendiri, kadang kita tak sedar pun ianya adalah resdung sbb tanda2 nya biasa2 sahaja, sama macam selsema atau gatal2 yg biasa..

      kalau dah merebak gatal ke telinga, mata ianya dah tahap nak masuk kronik, sebab dah effect rongga lain.. lebih kurang gitulah yg I paham..

      penawar dia mudah jah CT sebenarnya, pemakanan yg seimbang.. Ini mmg penawar semuaaaaa masalah penyakit.. Amalkan Vitamin C at lez 100mg sehari dan air kosong yg cukup.. InsyaAllah tak melarat..

      Delete
    2. ye...ye...saya juga ada terbaca pasal ni dulu
      apapun nice sharing ye QA =)

      Delete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...