Hilang sifat kemanusian.. Manusia dah jadi teruk dari BINATANG. Malah lebih teruk ke tahap yang tak dapat digambarkan lagi.
Sedih..sedih..
Saban hari ruang akhbar, facebook, youtube, mahupun blog memaparkan kat kita semua tentang kekejaman manusia yang....aarrghh susah nak labelkan.. Mereka2 ni kejam tahap setan lah..
Memang dalam bulan Mei ni akan kita dengar banyak kes2 buang dan bunuh bayi terutamannya yang baru lahir. Biasanya geng2 sundal ni buat projek masa merdeka tahun lepas. Memang bulan ni bulan ramai lahir 'anak haram' kan.
Sedih..sedih..sedih..
Dah la dengan tak bersalahnya buat zina, pastu dengan senang hati buang anak tu, atau paling kejam, dikerat-kerat sebelum buang.. Ni sah geng suka telan dadah ni, sampai hilang akal tahap merudum.
Ada jugak yang kata, baby ni bukan dikerat, tapi hancur selepas diflush la, atau apa saja yang kita fikir. Tapi sedih memikirkan apa yang dilakukan mak dia. Dasar pertuhankan setan ginilah jadinya.
Kepada penzina kat luar sana, kalau dah sangap sangat nak *&%^$# tu pun, pakailah kondom ke apa.. Kalau dah termengandung tu, jangan dibuang anak macam tu dik ooii.. Serahkan pada sesiapa yang nak.
Ingat nyawa orang ni macam nyawa ikan ka.. Ikan kalau mati boleh buat lauk jugak.
Ini cerita anak yang lahir sebab mak bapak bodoh wat zina. Ada juga kes dera bayi oleh mak bapak sendiri. Ini lagi tahap 100 kali bodoh, busuk hati.
Dah tak mampu nak jaga anak, janagn beranak, hah jangan nak romen la senang cerita. Tak yah kahwin pun lagi bagus.. Tau nak lempiaskan nafsu saja.
Orang yang tak dak anak, berusaha sungguh2 nak melahirkan anak sendiri.. Ini yang ada anak, dideranya.. Budak2 kecik, baby bukan paham apa pun kalau nak marahkan mereka.
Selain isu buang bayi, isu yang paling mengemparkan dunia seketika ini, tentang penghapusan rakyat Rohingya yang majoritinya adalah Muslim.
Tiba2 hati ni jadi geram ja, yang dok kata kita ni tak berhati perut sebab tak tolong mereka lah, apa saja lah.. Apa kita tak cukup baik lagi ka.. Berlambak warga asing menetap dan mencari rezeki kat Malaysia ni.
Sampai I sendiri rasa semak bila keluar. Lihat sendirilah kat kawasan tempat kerja I pun. I sendiri dah rasa macam tinggal kat Myanmar ngan Bangladesh dah haa.. kat mall pun warga mereka ja yang bersepah.
Bukan I tak suka mereka ini dibantu, tapi tuduhan yang dibuat tu. Kita sedih, kesian.. Kalau mereka ni tiba2 ada depan mata I pun, I tak kan tolak untuk membantu hulurkan sedaya upaya bantuan.
Bila dikenangkan orang2 Myanmar yang kebanyakanya beragama Buddha tinggal di sini, I rasa geram plak. Kat kawasan kilang I bekerja ni pun, mereka2 ni tinggal diasrama kilang masing2.
Bila terjadi kes kecurian atau kes rompakan, semua nak menuding jari pada orang2 kita. Padahal yang tinggal kat kawasan tu orang2 mereka ja yang ada tu tak dak kerja pun.
Bila polis buat rondaan, ditangkap orang2 yang tak dak permit, penuh lori diangkutnya. Tak dak permit, tak dak kerja sekali la jawabnya.
Geram punya pasal, sampai melalut apa pun I tak tau.
Gambar2 kekejaman yang berlaku terhadap etnik rohingya ni bersepah kat FB. Tak sanggup nak paparkan kat sini. I sendiri tak sanggup nak tengok. Semoga Allah merahmati mereka.
Wahai rakyat Malaysia yang budiman, jika saudara kita memerlukan bantuan, marilah kita sama2 membantu. Semoga Allah yang membalasnya nanti..
Kebanjiran warga asing ni kita lupakan sekejap. Fikirkan tentang nyawa dan nilai kemanusiaan. Kita ikhlas membantu, biar Allah yang membalasnya.
Tulah kan..manusia akhir zaman semakin tiada sifat manusia..nauzubillah...macam akak yang tak ada baby nie selalu mengharapkan zuriat..tapi org2 yang ada zuriat ..tak tahu bersyukur..baby tu tak berdosa..kalau taknak..bagilah pada org2 macam akak..
ReplyDeleteMmg terbalik..yg nak tak dapat..yg xnak tu yg dapat..
Delete"Kepada penzina kat luar sana, kalau dah sangap sangat nak *&%^$# tu pun, pakailah kondom ke apa"... Tak leh tahan ayat nih... Kah Kah Kah...
ReplyDeletehe.he.he.. sedih bercampur geram..apalah yg ada dlm otak depa ni.. anak sendiri tu..
Deletenasib baik Syida tapis jugak ayat tu, kalau tak kena label 18+ la blog ni..hehe
Deletekah..kah..habislah blog I ni nanti..haha
DeleteAbislaaaa jadi blog porno... Hi hi hi...
Delete"Geram punya pasal, sampai melalut apa pun I tak tau".... Ke laut melalut dah nih.. He He He...
ReplyDeletekalau masuk pertandingan karangan, sah2 kena tendang keluar senarai..tak layak katanya..haha
DeleteHahaha ini karangan yg skopnya luasssss!
DeleteSendiri tulis pon pening... Keh keh keh...
Deletekesiankan bayi2 yang tak berdosa tu..zalim sungguh, tak sanggup nak tengok...
ReplyDeletekes Rohingya pula, kesian juga kat depa, saudara seIslam kita, tapi negara2 Arab yg kaya raya, OIC, takde pulak bersuara nak nolong..Filipina je yg kata nak tolong, tapi takpe Filipina banyak pulau, boleh tempatkan mereka kat pulau2 tu..United Nation yg tanggung..Malaysia ni mcm2 masalah..dgn kes PATI tak habis2..
Malaysia ni masalah datang bertubi2..tak selesai lagi datang lagi..
DeletePeringatan sungguh banyak kan..
so true, Myanmar sendiri yang buang rakyat dia, kita pulak yang disalahkan..tapi kes penghapusan etnik ni dah lama..lebih kurang kes Bosnia dulu,tapi Bosnia dulu lagi dahsyat la
Deletebetul tu..sedih dengan bayi dikerat 15 tu.. takde sifat perikemanusiaan langsung! bila dah ada kesedaran, dah terlambat..bab myanmar tu pun 1 hal..rakyat diorang ramai je keje kilang kat sini..
ReplyDeletekadang sakit hatik kalau berselisih..menyombong macam negara dorang..geram je pandang
Deletepatut yang ada kat sini hantar balik. Ambik yang Rohingya tu bekerja.kesian kat diorang
Deleteyg kerja kat sini mostly Myanmar yg agama Buddha, ngan passport Pelarian.. mcm kat tmpt keja I.. pe hal plak geng Buddha ni pelarian.. Sungguh tak paham.. ke guna nama UNCHR tu utk masuk Mesia..
DeleteBila manusia dah hilang perikemanusiaan, beginilah jadinya. Hati dah kebal. Buat salah tak rasa apa,..
ReplyDeleteorg dh kawen lama xdpt anak.. ni yg xkawen dibuangnya anak
ReplyDeleteSebab dia pk boleh proses lagi...
Deleterasa dah kurangkan orang myanmar ni, semua dah kena banned
ReplyDeletekat tempat akak ni kurang dah, kalau ada mungkin PATI la
tapi sungguh la, yang kerat tu kan...camne dia boleh tgamak ye
takde rasa macam kesian ke or apa ke huh? pelik sungguh tau
akak ni nak bunuh nyamuk pun pikir banyak kali
ni manusia! ALLAH, sungguh tak ku paham!
manusia yg mcm ni ada otak tapi x ada akal...GERAM!!!
ReplyDeleteApabila jay emm naik hangin...
Deletekalau dah buang tu buanglah kan tapi perlu nk kerat cincang bagai...mmg ZALIM!!!
ReplyDeleteAikkkk maknanya jay emm setuju buang ke? Hi hi hi...
Deletewahh...ayat ni "Dah tak mampu nak jaga anak, janagn beranak, hah jangan nak romen la senang cerita. Tak yah kahwin pun lagi bagus.. Tau nak lempiaskan nafsu saja."
ReplyDeletenk tambah kalau x nk 'tersangkut' pakai kondom..pastu buat puas2 sampai lebam hahahah
mendidih betul Suida ni hihhihi
Kah kah kah.... Merembes baca ayat suida nih....
Deletebagi sis org yg buat benda ni bodoh gila sbb dah la terpaksa susah payah memboyot 9 bulan dgn segala mcm jenis sakit dan loya pastu nak lahirkan lak seksanya separuh jiwa dah lahir pi bunuh lak . kan lagi senang klu digugurkan masa usia sebln/dua dlm perut . tak lah teruk seksanya . alang2 dah buat dosa kan ... grrrrrrrrrrr .
ReplyDeletebetol laaaa awok.. mcm2 zaman skrang ni.. smalam tngk vidoe org thailand yg rendam anak tu.. yg bodohnya.. p rakam plak tu.. otak mmg kat kepala lutut dah manusia2 ni.. kalo rasa xnak jaga jgn branak o paling senang jgn gatai buat anak..
ReplyDeleteramai
lagi org luar sana yg perlukan anak.. ni da dapat dok buat sambil lewa lak..
bila hati dah keras...sanggup buat benda yang tak tercapai akal manusia biasa....dah xde rasa keperimanusiaan dah.....geramm bila tau ada spesis binatang bertopeng manusia hidup dikalangan manusia biasa....moga Allah memberi hidayah kepadanya....
ReplyDelete