Alhamdulillah.. Bersyukur kita masih diberi kesempatan untuk bernafas dan Insyaallah tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak.
Hah, U ols dah ganti belum puasa yang ditinggalkan tahun lepas? Apa! belum lagi..
Tak pa..tak pa jangan susah hati.. Masih ada 18 hari lagi berbaki bulan Syaaban sebelum datangnya Ramadhan. Kalau yang tinggal lebih dari 18 hari tu terpaksalah bayar Fidyah nanti sebab tak sempat qada puasa tahun lepas.
Yang mana masih mampu dan sihat baik ganti ye puasa. Jangan liat2 ye. Babab nanti.. :D
Kalau kita tak sempat ganti puasa tahun lalu sehingga bertemu ramadhan tahun ni, bilangan hari yang tak sempat qada tu kita kena ganti dan bayar fidyah sekali.
Fidyah ialah ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu fidyah adalah wajib mengikut syarak.
Beberapa keadaan di mana seseorang itu dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya :-
- Seseorang yang meninggalkan puasa kerana bermusafir atau sakit, maka wajib ke atasnya mengqada puasa sebelum datangnya Ramadan tahun berikutnya dan jika dilaksanakan dalam keadaan sedemikian maka tidak dikenakan fidyah.
- Seseorang yang menangguhkan qada puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya kerana cuai atau tidak mengambil berat, maka dia dikira berdosa dan diwajibkan membayar fidyah berserta qada puasa mengikut bilangan hari ditinggalkan.
- Seseorang sakit berterusan hingga masuk Ramadan yang lain, dia wajib mengqada puasanya saja tanpa dikenakan fidyah.
- Sekiranya seseorang itu mati sebelum berkemampuan atau berkesempatan mengqada puasanya bukan disebabkan cuai atau sebagainya, maka dia tidak berdosa dan tidak perlu meminta orang lain mengqada bagi pihaknya serta tidak diwajibkan membayar fidyah bagi puasa ditinggalkannya.
- Sesiapa yang mati selepas mampu mengqada puasanya, maka walinya (bapa, datuk atau ahli keluarganya) disunatkan mengqada hari-hari ditinggalkan bagi pihaknya.
- Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah.
- Jika tiada seorang pun berpuasa bagi pihak si mati, maka hendaklah dikeluarkan satu cupak makanan bagi setiap hari ditinggalkannya. Makanan itu wajib dikeluarkan daripada harta pusaka ditinggalkannya, sama seperti hutang. Sekiranya dia tidak memiliki harta, maka orang lain boleh mengeluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.
- Seseorang meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sekiranya dengan berpuasa akan membawa kesulitan kepadanya, maka wajib membayar fidyah saja berdasarkan kesepakatan ulama.
- Seseorang yang tidak berkemampuan untuk berpuasa, sekiranya dia tidak berkemampuan juga untuk membayar fidyah maka tiada apa-apa dikenakan ke atasnya.
- Seseorang yang mengalami sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, maka wajib membayar fidyah dengan kesepakatan ulama, kerana puasa tidak lagi diwajibkan ke atasnya.
- Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak, jika meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan anaknya, maka wajib membayar fidyah berserta dengan qada puasa mengikut jumhur ulama.
► Firman Allah S.W.T. bermaksud: “…Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 184)
► Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan bagi pihaknya.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kadar Bayaran Fidyah
►Secupak makanan asasi penduduk setempat. Makanan asasi Malaysia ialah beras. Jadi beras la yang digunakan untuk membayar zakat fidyah atau boleh digantikan dengan nilai wang.
Fidyah : 1 hari = Secupak ( 675 gram )
Fitrah : 1 gantang (2700gram)
Fidyah = 1/4 zakat fitrah
Nilai wang( I ambik cth Kedah: RM7.00 (fitrah)) bersamaan RM1.78 (genapkan 1.80) secupak/sehari.
► Contoh kiraan:-
Jika puasa yang ditinggalkan 5 hari .

- Jumlah qada puasa tetap sama 5 hari.
- 1 hari = 675 gram
- 5 hari = 5 x 675 g = 3375 g
- 1 cupak/675 g = RM1.80, maka 5 hari x RM1.80 = RM9.00
Ok, boleh paham tak? kalau tak paham u ols boleh rujuk dengan pusat zakat terdekat ye. Jangan dibuat main dengan ibadah ni.
Jangan pulak sengaja lagi tinggalkan puasa untuk tahun depan ye. Nanti Fidyah berganda.
So, berbaki 18 hari lagi.. Moh la pakat2 qada puasa ye. ;)
Sumber,
1. http://www.mysumber.com/kadar-bayaran-zakat-fitrah-2013-seluruh-negeri.html
2. http://e-muamalat.gov.my/kalkulator-fidyah
3. http://www.ustaznoramin.com/2010/08/pengiraan-bayaran-fidyah-puasa-secara.html
Salam Jumaat..syukran berkongsi ilmu..
ReplyDeletesama2..salam jumaat
DeleteSetahun peluang diberi kalau tak habis sampai ramadhan dtg lagi memang sebenarnya memang macam tak patut melainkan kerana sebab yg tertentu yg tak boleh dielakkan kan Syida..
ReplyDeletemanusia kan selalu lupa.. xpa.. Allah Maha pengasih
DeleteGood info...
ReplyDeleteis finger lickin good.. hehehe
Deletesalam jumaat. hee timekaseh info yang baik dan berguna ;p
ReplyDeletesalam jumaat wak.. sama2 kaseh..:D
Deletetq info :-))
ReplyDeletenice share.. boleh "peringat" balik benda yg pernah belajar kat sekolah dulu.. :)
ReplyDeletebagi prempuan yg masih dtg haid , ada baiknya bayar hutang puasa sebelum puasa 6 ( puasa sunat syawal ) sbb kita tak tahu bila kita akan mati . bila kita tiba2 dijemput Allah sblm sempat bayar puasa ganti , yg masih hidup itu blm tentu akan buatkan fidyah utk kita . lagipun selepas puasa 6 , banyak lagi puasa sunat yg kita blh buat tapi kenalah bayar puasa qhada' dulu kan ...
ReplyDeleteyang tu betul.. klu kita mampu nak puasa lagi buat aja terus ganti ngan puasa 6.. syawal kan sebulan. nasiblah klu just tggalkan puasa dlm 7 hari ka plus 6 masih sempat kan syawal cuma kna korbankanlah open house..hehe
DeleteSetuju sangat ngan Vee.
Deletehaaaa lepas tu kalo x gnti walaupun da dua tiga tahun jgn lupa darab bilangan tahun jugak.. adus fidyah ni mmg jgn buat memain laaaa.. hutang puasa ngan tuhan..
ReplyDeleteIngat gi masa sekolah, pas belajar ni baru sedar yg ganti tak cukup.. nanges nak ingat ngan kira balik hari yg ditggalkan.. :-(
DeleteBetul, akak dulu masa sekolah banyak gila tinggal puasa sebab asthma teruk. Puas bayar fidyah yang berganda-ganda :)
Deletedh habis bayar -:)
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Deletesaya pun habis dah ganti sebelum syaaban aritu
ReplyDeleteapapun nice sharing QA
Bagus ni. Buat jadi panduan. Kadang2 kita keliru bab kira-kira tu.
ReplyDeletesy ska puasa gnti awal...coz biar cepat settle takut terlupa hehehehe
ReplyDeletealhamdulillah...settle dh ganti posa
ReplyDeletesaya dpt jugak hihi
ReplyDelete