advertisement

Punca Resdung

Bersambung lagi kita pasal resdung. Bila berkaitan dengan diri sendiri sesuatu benda memang seronok nak dibincangkan. 

Apa yang I nak sampaikan kat sini lebih kepada pemahaman sendiri dan sedikit maklumat tambahan yang I sempat baca dan catatkan. 

I tak mampu nak buat kajian bagai, dah ramai yang tolong buat, I cuma tolong kongsikan sahaja. Hehe..(over plak nak wat kajian)

Sekali lagi I terangkan maksud resdung itu sendiri, resdung adalah istilah melayu yang bermaksud penyakit hidung yang disebabkan radang pada selaput sinus.  I ada kongsikan pada entry apa itu resdung beberapa hari lalu. 

Jika berlaku alahan atau jangkitan kuman pada rongga sinus ialah dipanggil sinusitis atau resdung. Semua orang berisiko berlaku resdung baik kanak2 mahupun dewasa. Mengapa?


Punca-punca resdung (sinusitis)

  • Alahan. 

Alahan terhadap habuk, parasit(demodex), kutu dan makanan adalah punca yang biasa dan rasanya paling ramai yang mengidap resdung adalah disebabkan ini, termasuklah diri sendiri ni haa.

Habuk dan parasit ini terperangkap di kawasan sinus (boleh refer entry sebelum ini) boleh menyebabkan alahan berlaku pada kawasan tersebut.

Apabila berlaku alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Hal ini akan menyebabkan udara tak dapat dikeluarkan.

Kalau udara tak dapat keluar, pastinya akan terkumpul dan kesanya kulat atau bakteria akan tumbuh dan hidung semakin membengkak. 

Siapa yang pernah mengalaminya mesti sangat paham tahap kesakitannya. Hidung dan pipi yang membengkak ni biasa sangat pada I. Huhuu..

  • Struktur hidung yang bengkok (deviated nasal septum). 

Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin disebabkan tulang hidung retak atau patah. 


Dalam kes ini, septum membengkok boleh mengganggu saliran sinus. Sebab tulah jangkitan resdung berulang-ulang.

  • Kerosakan gigi.

Bagaimana gigi yang rosak mempengaruhi keadaan resdung? Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. 

Kedudukan gigi atas yang paling berisiko terhadap kes ini kerana gigi atas berada paling hampir dengan rongga sinus di bahagian tulang pipi (maxillary sinus). 

  • Tabiat menyelam 

Dalam kes ini, I sendiri pun masih kurang jelas. Namun, jika diamati, menyelam di air sungai atau laut yang kotor dan tercemar memanglah menyumbang kepada masalah ini. 

Kenapa? Sebab kuman dan bakteria masuk melalui rongga dan akan terperangkap pada bahagian rongga sinus. 

Resdung memang mudah terkena kepada sesiapa sahaja. Namun, ianya bukanlah penyakit berjangkit. 

Biarpun ada yang kata, alah resdung ini biasalah..Namun, kesan lain yang disebabkan resdung yang mungkin merbahaya, seperti jangkita kuman pada otak, telinga dan mata. Nantikan sambungan lagi tentang ini kat lain entry ye.. ;)

Antibiotik adalah ubat yang biasa diberikan jika serangan resdung. Pada I, antibiotik secara semula jadi lebih selamat diamalkan untuk mengelakan serangan resdung berulang seperti bawang putih dan vitamin C



Jika anda adalah pesakit resdung dan inginkan tip-tip bagi mencegah ianya berulang daripada I boleh klik link dibawah


21 comments:

  1. oh, menyelam pun x elok juga eh. x sangka struktur hidung main peranan... adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. umpama longkang yang senget lebih sukar air kotoran mengalir berbanding yang lurus. Biasa kita sental lebih kat bahagian corner kan.. macam tu lah konsep hidung senget ni..

      Delete
  2. memang tak selesa resdung nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. banyak terganggu aktiviti harian jgk

      Delete
  3. asalamualaikum..alhamdulilah akak memang tak ada resdung...tapi perlu tahu juga sebagai ilmu :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm akak.. Alhamdulillah baguslah..

      Delete
  4. dah bertahun bawak resdung..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah biasa kena resdung dan berulang2 mmg susah nak hilangkan.. Langkah mencegah tu kena disiplin.. :)

      Delete
  5. struktur hidung yang bengkok?...ahahaha...yg ni kelakar...hidung sis JM yg kembang ni pun ada resdung...serombong beso..mudah habuk masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelakar erk.. aduss JM.. kita dua mmg sama kan, lobang hidung besar..hhaaa

      Delete
  6. alahan tu ye..mmg tak boleh mkn seafood, seakat, seaput semua tak boleh sob sob sob

    ReplyDelete
  7. kerosakan gigi tu baru tau ... informasi yg berguna .

    ReplyDelete
  8. waa...menyelam pon salah 1 sebab ehhh....jap tgh pkir....sebelum ni sy pnh nyelam kt mn.... dalam baldi....hahhahahahaha

    ReplyDelete
  9. takut dengan effect dari resdung ni...ada tips kurangkan resdung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kurangkan resdung ni mula2 kena tahu punca dan elakkan.
      Banyak minum air kosong..
      Kerap bersihkan muka..
      Avoid kawasan yg kotor, berhabuk, atau terlalu kering,,klu terpaksa pakai topeng muka..
      Makan makanan yg tggi antioksidan (vit c, a, e)
      Kalau jenis alah pada makanan tertentu macam seafood, kurangkan ambik atau avoid terus..
      (Kalau teruk sangat, jumpa doktor)..

      Delete
  10. selalu sape ada haiwan peliharaan mudah kena resdung ni
    based pada experience lah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Klu nak ada pet yg berbulu,kena rajin kemas & vacuum rumah ;)

      Delete
  11. Akak ada resdung. Time gatal tu mmg rasa cam nak tercabut idung!

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...