advertisement

Wanita Firaun

 Credit


MENYELAK lembaran kisah wanita yang dijanjikan syurga, tidak terlepas kita meneliti tokoh seperti Saidatina Khadijah Khuwailid, isteri Baginda Nabi Muhammad SAW. Tidak kurang itu juga, Maryam binti Imran, ibu kepada Nabi Isa yang disebutkan dalam al-Quran. 

Barangkali kita belum mendalami kisah seorang wanita yang mempertahankan jiwanya demi keimanan sebenar kepada Allah SWT. Wanita yang dimaksudkan ialah Asiah binti Muzahim iaitu isteri kepada Firaun.

Kisah Asiah dibincangkan dalam rancangan Ibrah pada minggu lalu oleh Ustaz Muhamad Syaari Ab Rahman. Keimanan Asiah teruji ketika berhadapan dengan suami yang jauh mengingkari perintah dan arahan Allah SWT. 

Dalam Surah al-Qashash ayat 3, Allah SWT menjelaskan kisah Firaun dan Nabi Musa. Firman Allah: "Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian daripada kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang yang beriman." 

Perhitungan kisah Firaun ini menjadi petanda utama agar manusia memahami bahawa kemewahan hidup yang tidak digunakan dengan sebaiknya akan mendatangkan mudarat kepada dirinya.

"Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas serta menjadikan penduduknya berpecah-belah dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak perempuan mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk orang yang membuat kerosakan." (Surah al-Qashash, ayat 4) 

Digelar 'wanita Firaun' 

Namun, dari sisi yang berbeza Firaun berhadapan dengan seorang isteri yang tidak berpihak kepadanya. Dalam al-Quran, nama Asiah tidak disebutkan. Walau bagaimanapun, para ulama kebanyakan mentafsirkan 'wanita Firaun' yang dikisahkan itu adalah Asiah. 

Asiah adalah wanita mulia yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya. Biarpun perkahwinan dengan Firaun atas dasar paksaan demi membebaskan kedua-dua orang tuanya itu, Asiah menerima takdir beristerikan Firaun. 

Sepanjang hidup bersama Firaun dalam sebuah istana, pastinya kemewahan hidup di mahligai indah itu dirasai. Namun, biarpun kecintaan dan kepatuhan kepada suami itu penting, tetapi di hatinya jauh memandang tempat tingginya di sisi Allah yang lebih agung. 

Biarpun istana Firaun, mahligai kehidupan di dunia, tetapi demi ketaatan dan keimanan yang mutlak itu Asiah merelakan dirinya diseksa oleh Firaun. 

Kisah isteri Firaun ini dibicarakan Allah SWT dalam al-Quran menerusi Surah at-Tahrim ayat 11. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan Allah mengemukakan satu perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang Mukmin (berhubung rapat dengan orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah daku daripada Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim." 

Doa Asiah ini dirakamkan oleh Allah SWT bagi memberikan gambaran bahawa kesenangan hidup ini bukanlah di dunia semata-mata, tetapi perjuangan di akhirat lebih utama. Selain itu, doa Asiah ini dibincangkan oleh ulama dan ahli tafsir. 

Ulama berkata, Asiah memohon kepada Allah agar dibina sebuah rumah dalam syurga. Mengapa Asiah memohon sebuah rumah; sedangkan syurga itu lebih indah daripada sebuah rumah sahaja? 

Kehidupan yang bermewah-mewah di istana bersama-sama Firaun tidaklah mendatangkan kebahagiaan yang nyata, malah Asiah terlalu lemas hidup dalam kekufuran. 

Justeru, permintaan sebuah rumah sudah memberi persepsi kepada Asiah bahawa istana dan kemewahan itu tidaklah memberi makna dalam hidupnya. 

Hidup bertunjang takwa, iman 

Prof Hamka dalam Tafsir Azhar menyatakan bahawa, Asiah berasakan dirinya telah melewati waktunya (pada akhir hayatnya) untuk beriman kepada Nabi Musa. Lalu, tidak diminta kepada Allah SWT agar dimakbulkan sebuah istana. 

Kisah Asiah ini bukanlah untuk wanita beriman, tetapi lebih mendasar daripada itu kita memahami pentingnya hidup bertunjangkan ketakwaan dan keimanan. 

Wanita sering kali diletakkan pada taraf paling bawah sejak zaman jahiliah, namun kerana wanita itu juga kehidupan itu bermula. 

Oleh yang demikian, Asiah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW adalah wanita yang dijanjikan syurga itu, bukan semata-mata seorang nama tokoh yang wajar diteladani, tetapi perlu difikirkan betapa beliau meletakkan kecintaan Allah SWT lebih utama daripada berkiblatkan suami yang durjana. 

Mahkota seorang wanita itu letaknya pada jiwa dan hidupnya yang bertuhankan yang maha Esa semata-mata.

Sumber: Berita Harian, RABU, 28 OKTOBER 2015 @ 7:48 AM
http://www.bharian.com.my/node/92434  



33 comments:

  1. Suka dengar kisah ibrah setiap isnin kat IKIM fm nih. Best bila ustaz tu bercerita.

    Drop by dari blog YY ☺

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. bnyk nak sharing cerita2 yg I suka dengar, tapi malas taip.. yg ni jumpa masa baca BH on9..hehe

      Delete
  3. ehh...blog Suida ke ni? lain template nya...kesat mata jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. header tu akan bertukar bila mood tuannya rajin nak menukar..haha

      Delete
  4. Sekadar Mengomel? bukan lagi Suida Menulis eh ;p

    ReplyDelete
  5. pesal JM tangga ke 4 ni? widget tu kira salah tu hihihhi

    ReplyDelete
  6. tak boleh bayangkan ketabahan Asiah hidup bersama Firaun yang bongkak dan kejam itu...mengaku diri beliau Tuhan...Asiah adalah wanita yg patut di contohi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah la firaun suka bunuh ja siapa2 yg tak nak mengaku dia tuhan.. bayangkan sengsaranya asiah ngan dia

      Delete
  7. Ada gak dgr di Radio Ikim...thanks Suida for sharing kisah ni..Ehh Firaun ada anak tak eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..adoi jm ni lawak lah

      . ;-))

      Delete
    2. kak Yan...eheheh sbb apa tau...kalau anak Firaun datang mengorat, JM akan tolak mentah mentah hihihi

      Delete
    3. hahaha..mestilah ada, bini ngan gundik pun beratus-ratus...

      Delete
    4. Mana firaun pakai sultannnn.... Toiyibbbbb... He he he

      Delete
  8. tq sharing..dah lama tak dengar ikim

    ReplyDelete
  9. salam jumat cik syida tuuuu ;p

    ReplyDelete
  10. Bagus baca kisah-kisah lama...sebagai sempadan...terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kisah isteri firaun ni tercatat dlm quran

      Delete
  11. salam kenal..akak rasa macam pernah datang blog ni dulu..tapi tu la..asyik sibuk je..ni singgah lagi..terus masuk dalam bloglist supaya dapat singgah selalu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai sis.. I pun dah lama xsinggah blog sis..:)

      Delete
  12. Great post dear! Have a nice weekend:)

    irenethayer.com

    ReplyDelete
  13. moga kisah asiah menjadi panduan dan pengajaran pada kita....betapa tgginya martabat wanita...tp bila di akhir zaman...ramai wanita merendahkan martabatnya sndiri....allahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hakikat dunia akhir zaman kan deanna
      mungkin sebab tu wanita dikatakan ramai menjadi penghuni neraka
      nauzubillahiminzalik...moga kita semua dijauhkan daripada
      tercampak dalam golongan yang dilaknat ALLAH SWT

      Delete
  14. dulu penah tengok cerita yang menceritakan
    perjuangan asiah ni
    sedihnya tengok dia memepertahankan keimanan dia
    sampai nafas terakhir dia masih percaya apa yang dia percaya

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...