advertisement

Jadi diri sendiri

Hai U ols yang hebat-hebat belaka.. How are you? 

Ada ka kat sini yang memang teringin atau berangan atau memang berusaha sangat-sangat nak jadi orang lain? Kenapa nak jadi orang lain tu? Hebat sangat ka? Kita ni teruk sangat eh?

Banyaknya soalan Kak Senah (mood kak senah tak habis lagi). Orang selalu cakap, jadi diri sendiri atau omputehnya "be yourself". 

TAPI, bukan bermakna jadi diri sendiri tu semua sisi tak elok kita tunjuk atau kita buat. Alasan, " aku jadi diri sendiri, inilah aku yang sebenarnya, buat apa aku nak selindung".. Hakikatnya kita membuka aib kita sendiri tanpa kita sedar. 

Hey, "be yourself" kat sini bukan modal untuk kita buat benda yang tak baik, tak sedap mata memandang atau membuatkan orang sekeliling menyampah tahap menyumpah kat kita. Semata-mata nak menunjukan itu lah kita, apa yang kita suka. 

Sebagai contoh, kita ni jenis baran. Bila marah ja suka memaki, hempap-hempap barang. Kalau boleh nak ja tikam orang sebelah kita, asal dapat melepaskan marah tu. Lepas tu, apa kita dapat? 

Contoh lain, si isteri ni memang pemalas.. Baju suami ngan anak-anak pun tak nak lipat kemas-kemas masuk dalam almari. Di biarkan bersepah sana sini. Si suami memang tak suka lah keadaan ni kan. Agak-agak sampai bila suami leh tahan? Memang mula-mula dia tak kisah semua benda, sayang lah konon. Habis bila dah beranak pinak pun camtu je. Alasan, " I memang macam ni, nak buat camna". Nak je nanti suami kahwin lain. Tak pun bercerai berai. 

Kadang kala kita kena "control" diri kita sikit. Bila orang mula tak suka dengan kelakuan kita, itu maknanya kita kena berubah. Tak boleh nak paksa orang untuk terima semua keburukan kita. 

"Alah, buat apa aku nak jaga perasaan orang, ada orang kisah perasaan aku?". Apa guna hidup kalau orang tak suka kita sebab keburukan kita tu. Ya mengaku yang manusia tak sempurna. Tapi, adakah salah jika berubah kepada lebih baik? Jangan risau tentang hati dan perasaan kita tu, mula kan dulu. What you give you will get back. Bila kita prihatin pada orang dengan ikhlas, percayalah orang lain akan balas benda yang sama. Cuma orangnya mungkin berbeza.

Be yourself atau jadi diri sendiri ialah kita yakin dan menjadi diri kita yang sebenar. Tak perlu pun nak jadi Julia Robert ka untuk orang suka kita. Tak perlulah nak jadi seperti Rosyam Nor untuk menjadi pelakon dan pengarah yang baik. 

Kita bentuk diri kita sendiri dengan acuan kita. Tapi, bukannya terus-terus berperangai "hantu" dengan alasan "aku jadi diri sendiri".. 


NK: Sempena hari baru dalam tahun yang baru ni, kita muhasabah diri kita dan berazam menjadi lebih baik dari sebelumnya. Sebenarnya, tak perlu tunggu tahun baru pun, kita kena sentiasa memperbaiki diri hari-hari. Itu lebih baik kan? 

Peringat untuk diri yang lemah ini dan insyaallah semoga bermanfaat buat U ols jugak..

Salam Maal Hijrah 1437..




32 comments:

  1. betul,,jadi diri sendiri sambil baiki diri :)

    ReplyDelete
  2. salam maal hijrah suida dan selamat bercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam maal hijrah sista.. I kerja ok hari ni.. Huhu

      Delete
    2. buat OT ke tu..takpelah, kerja dengan ikhlas ye..hehe

      Delete
    3. tak lah..company xambik cuti2 islamik ni.. padahal melayu bnyk..sob..sob

      Delete
  3. tapi i nak jadi seorang yang menjadi idola ramai boleh x?

    ReplyDelete
  4. be yourself tu? Hurmm kalau i berangan nk jadi perdana menteri boleh x :p soalan minta penampar ahahaah berangsn je is Free

    ReplyDelete
    Replies
    1. berangan pi lah.. jgn dok perasan menteri sudah..haha

      Delete
    2. kalau u janji turunkan harga tol, confirm angan-angan akan tercapai..tapi jangan berangan je..haha

      Delete
  5. agreed be yourself dan peebaiki diri jika ada sikap panas baran tu kalau ubah ubahlah lah sbb semua org x suka sikap mcm tu meh jadi cam i ni ada sikap penuh kasih syg, love u suida heeee

    ReplyDelete
  6. salam maal hijrah cik suida yg jauh dimata tuuu., ;p

    ReplyDelete
  7. Saka kak senah tak abis lagi? Kata mau jadi diri sendiri,...Kak Syida lah kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah..kah.. saja syok2.. org sama ja, nama banyak... :D

      Delete
  8. salam maal hijrah Syida..yup, be yourself, but be your best self..jangan jadi manusia yang tak boleh kena tegur..

    ReplyDelete
  9. salam maal hijrah....moga kita menjadi insan lebih baik dr tahun2 sebelumnya....aminnnnnn

    ReplyDelete
  10. tamo la jadi orang lain.. jadi diri sendiri.. tapi
    nak berjaya tu tiru cara orang yang dah berjaya okaylah..

    ReplyDelete
  11. Asalamualaikum..salam maal hijrah syida :-))

    Moga hari ini lebih baik dari semalam..insyallah

    ReplyDelete
  12. salam maal hijrah ... lebih baik jadi diri sendiri dr berlakon jadi org lain. letih nanti . sudahnya , terlihat juga perangai sebenar ...

    ReplyDelete
  13. haha.. alasan cliche bila suruh berubah.. kata dia nk jadi diri sendiri, tak nak "hipokrit".. hehehe

    tapi kita boleh berubah kearah yg lebih baik, kan?

    ReplyDelete
  14. Jadi diri sendiri tu elok... Yang tak elok diperbaiki...

    ReplyDelete
  15. Kalu suami dpt isteri pemalas... Suami lah kena jadi rajin... Ha ha ha...

    ReplyDelete
  16. wah! so inspiring lah syida!
    pandai syida berkata-kata
    ok...noted =)

    ReplyDelete
  17. klu nak berubah pun kean sesuai dgn keadaan . klu dah jadi isteri , kenalah buat peranan isteri . jgn nak baut cara bujang . kang nyesal lak si suami tu beristerikan kita kan ...

    ReplyDelete
  18. betol setuju....walaupun nak be yourself, tak semestinya semua perangai buruk kita, kita xboleh perbaiki kan... :D dahsyat benor cerita suami isteri kt atas td tuh...hihihiih

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...