advertisement

Omar Series : Drama kisah benar

Sejak terjumpa sorotan video pendek di facebook tentang drama Omar Series, I terus buat carian di You Tube. Drama kisah benar tentang kehidupan Saidina Omar Al Khattab, Khalifah Ar-Rashidin yang kedua.

Kehebatan pemerintahan Saidina Omar di era pemerintahannya memang disebut-sebut sehingga kini. Sebagai umat Islam, kita seharusnya mengetahui tentang sejarah keagongan Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah (S.A.W). 

Dalam kesibukan kerja dan benda-benda lain, I curi-curi masa untuk menghayati kisah benar dan teladan ni. Drama yang mengandungi 30 episod, bermula dari awal Rasulullah menyebarkan Islam. 

Watak Baginda, isteri-isteri dan puteri Baginda di selindung. Namun, watak-watak lain jelas seperti Saidina Abu Bakr, Omar dan lain-lain. Saidina Omar yang terkenal dengan kegarangannya, dimainkan dengan baik. 

Drama ini dikongsikan oleh MBC Group di Youtube yang menunjukan melebihi 3 juta penonton. Semoga sejarah Islam ini terus mekar dalam ingatan setiap Muslim.

Saat menulis entry ni, I dah pun sampai ke episod 23, dimana Saidina Omar baru saja dilantik menjadi Khalifah. Beliau sangat-sangat menolak dan merasakan tidak layak, malah tidak berani memegang amanah yang sangat besar tu. Lain sungguh dengan keadaan pemimpin sekarang. 

I kongsikan disini episod 1 daripada drama tersebut. 

Episod 1



Alangkah bagus buat cerita begini, memang tak kisahlah kuota internet habis sebab layan cerita begini dari cerita ntah apa-apa tu kan.. Asyik-asyik cerita cinta, kahwin paksa, cinta 3 segilah.. 

Walaupun agak susah nak memahami cerita sebab kelemahan I dalam English. Subtitles dalam English sahaja. Siap kamus kat sebelah U ols..:D Tapi, dapat juga belajar beberapa perkataan arab.

Bila dikeluarkan cerita ini I pun tak pasti. ;=)


*Mood berehat masih On.. hehe.. So kurang sikit menyerang entry-entry U ols.. Layan 1 episod lagi malam ni sebelum berdengkur. ;=)




27 comments:

  1. Alhamdulillah..baguslah adik Suida kita ni, layan benda berfaedah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... sometimes tu layan jugak hat merapu-rapu..

      Delete
    2. Itulah, Sal. Anak sapalah ni. Baguih bebenor! Akak selalu layan youtube tengok video klip je...malu tutup muka & insaf jap!

      Delete
  2. wah..mesti best kisah omar series ni..nti nak tgk jugak.. btw, done follow #77

    ReplyDelete
  3. pernah juga belajar tentang saidina omar ni.. memang benar kisahnya yg disampaikan dlm buku

    ReplyDelete
  4. bagus juga klu tv al hijrah tayangkan drama ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi ramai yg dapat tgk.. ramai budak2 muda sekarang suka download, maknanya internet bukan masalah pada depa. cuma pilihan cerita tu..

      Delete
  5. wahh, info yg bagus ni, semoga dpt dimanfaatkan.,

    #semoga negara akan tetep aman damai sejahtera sentosa senantisa., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk wak tgk... jgn nak main mesin rumput ja..hehek

      Delete
  6. Bestnya! Akak nak kumpul la siri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kumpul2. gigih kan I tgk sambil tgk kamus word2 yg xpaham...hehek

      Delete
    2. tulah kan...cam menarik aje...
      nice sharing syida...nanti nak tengok jugalah

      Delete
  7. woaaah adik manish sangat rajin ya.. baguslah..
    jangan jadi cem hakak kau ni.. bukak utube tengok kpop..

    ReplyDelete
  8. Baguihnya Syida... kalo mummy asyik search Full Movie ntah apa2 je... kena jadi pedoman ni... Baguih2!

    ReplyDelete
  9. Drama Melayu tak leh buat citer camni... Pelakon kena muka arab... Bukan muka jawa... he he he..

    ReplyDelete
  10. Drama Melayu tajuknya kena bermula dari Suami... Isteri... Watak Lelaki hensem kena kawin paksa oleh Mak Datin... Kena citer orang kaya2 hado2 aje... Usung kertas majung kat tapak pembinaan dan projek kena bilion2... Ha Ha Ha... Pastu watak orang gaji kena bernama 'Mak Jah'... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tapi takleh salah pengarah... Sebab drama filem Melayu cam ni masih dapat sambutan... Tensen

      Delete
  11. Filem Indonesia pun menarik macam haji backpackers

    ReplyDelete
  12. entahlah klau tgk drama mcm ni cepat je mata ni nk lelap ce tgk cie korea segar je biji mata tu adoiii lah JM oi

    ReplyDelete
  13. oklah tu secara x lngsung leh belajar bahasa inggeris

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan JM, benda ni memang secara tak langsung
      boleh bantu. saya dulu pun belajar dengan cara camni =)

      Delete
  14. sy pun suka tgk citer mcm ni..selalu layan kat utube jer...kalau la citer kat mesia ni leh buat citer mcm tu kan best.....berfaedah...byk pengajaran dan panduan pada semua org...ni asik2 citer cinta paksa...kawen paksa...pastu berlkon mengalahkan kayu...adehhhhhhhhhh....sakit jiwa tgk....better sy tgk kartun....huhuhu

    ReplyDelete
  15. saya pun banyak juga tengok cerita camni kat youtube
    tapi tulah, terhad sikit peluang nak tengok

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...