Satu hari weekend yang bosan jika melepak saja dirumah yang sekangkang kera tu. Rumah yang tak pasti mana ruang tamu mana dapur sebab bercampur. hehe.. Tapi yang best nak kemas tak perlu masa yang lama.
Alhamdulillah, daku tak payah merempit dah.. Bolehlah merasa pakai skirt sekali sekala kalau nak kemana-mana (kalau merempit susah sikit). Momot dah sepenuhnya daku bawa.. Thanks for my lovely parent, I love both of you so much (kalaulah mak n abah baca ni).
Aktiviti tak dirancang, tiba-tiba whatsapp kawan baik I yang dok kat Kulim. Soalan ditanya selepas memberi salam " dah habis sekolah ka? busy tak petang ni?" . Jawapan yang indah diterima " Dah. Tak ada apa-apa aktiviti petang ni.. Why?".
Hehe.. hari cuti untuk I yang kerja di Penang, tapi hari bekerja untuk kawan I yang bekerja di Kedah. Kacau hari kerja orang. Hehe.. Rancangan awal nak melepak di tepi pantai sorang-sorang sambil feeling angin laut sepoi-sepoi bahasa di petang hari sambil makan goreng pisang dengan kopi panas. oh indahnya petang hari....
TAPI, plan tukar sebab kawan baik I ni balas yang dia tak busy, so......... I decide nak berkelah tepi sungai yang indah nan permai..Jerebu-jerebu ni berkelah kat hutan lebih best kot, sebab banyak pokok-pokok dan udara lebih fresh.
Damainya suasana
Kami jalan ke dalam lagi, cari tempat nak lepak-lepak, turunlah ke bawah sikit, nah kedebuk jatuh tenggelam kaki ke paras peha juga lepas terpijak pasir.. Jerlus rupanya...I lalu kat kawasan air terjun sikit sebab tu kot.. Huhuuu.. cuak juga masa tu.. Fuhh, mujur mudah je nak naik balik.. Habis basah seluar..
Selang beberapa minit tu baru terasa kaki sakit.. Ada nampak luka sikit.. Alah sikit je luka pun.. Esok tu baru terasa kaki sedikit membengkak. Jalan tak rasa sakit sangat. Tapi, kalau pakai kasut kena kat kawasan luka yang membengkak tu, aduhaiiii... Jalan sopan santun gila.. Orang pandang semacam je, dah la gi kerja tadi pakai jubah.. Macam baru pas pantang pun ada I ni.. hehe
Kat hujung tu lah jatuh masa nak turun dari titi tu
Ingat nak menyusuri sungai ni sampai kereta kat hujung sana, tapi risau lak kat mana nak naik. Tebing tinggi sangat. Masa ni seluar dah basah sebab jatuh tadi.. Hihiii
Beginilah budak bajet nak menghabiskan hujung minggu.. nak pergi jauh-jauh takut tak sempat balik kang hari dah malam... Haha...
Ok lah U ols semua... sepanjang minggu ni I mungkin akan kurang bersiaran.. Don't miss me ok (bajet sangat kalau ada yang merindui.. :P)
Credit to google
Ada je orang rindu. Nah, akak datang hantar widget top komentator utk Syida.
ReplyDeleteWidget Top Commentators yang Berfungsi
TQ akak sayang... Done.. Nampaknya syida kena update tiap2 bulan lah tetamu hebat syida.. Hehe.. :)
DeleteSuida...ce check..pesal komen i x bertambah ;p
DeleteJay emm kena datang sini bawak kalkeleter pink laaa
Deleteewah..ewah..nasib baik x pakai skirt ye, kalau tak lagi dahsyat masa terjatuh tu..get well soon ye Syida..
ReplyDeletekan.. plan awal nak pakai skirt sebab nak lepak tepi pantai kan... hahhaa...klu x habislah selak2.. tapi I klu pakai skirt dlm mesti pakai seluar jugak.. xselesa klu terselak t
Deleteowh keja kat penang rupanya....senegeri ka?
ReplyDeleteyup keja kat penang.. kampung kedah.. tapi bukan pulau
Deletetudiiia orang kampung rupanya..hehehee :D
Deletekaki dah baik ka?
ReplyDeleteLuka xbaik lagi lah.. bengkak dah surut.. boleh dah nak pakai kasut.. hehe
Deletewahh snap masa drive dgn mymomot yee, gmbr lori atas jalanraya mana lori., harhar2
ReplyDeleteWak oh wak.. nak kena eh... Lori jarang lalu sini... harharhar
Deletecantik nya sungai air mengalir...rindu suasana mcm tu...
ReplyDeletesalam perkenalan ya sis... follow # 82 :)
Ehhh.. header baru.. Ingat salah masuk blog td..hehehe comey comey!
ReplyDeleteHeader akan bertukar lagi pasni.. haha.. suka plak main tukar2
Deletebuatkan untuk 1 satu boleh Suida....my header dah lama x tukar tu huhuh
Deleteha'a kan...saya pun baru perasan
Deletekerap juga tukar header lately =)
kat mana ni Syida.. Bukit Hijau ka? Junjong ka? adoii rindu betui nak dengaq bunyi ayaq terjun..nyaman!
ReplyDeleteJunjong
DeleteKaki dah susut bengkak lom..? take the gud rest k.. takut nanti lagi teruk kang.. :D
ReplyDeleteDah boleh lari2 dlm hujan..HIHI
Deletewahh bahayanya terpijak pasir jerlus...nasib baik luka kaki jer....
ReplyDeleteentri membebel? nk bebel kat siapa ni? jap nak baca
ReplyDeletesib baik x leh nk beza mana ruang tamu dan dapur ..kalau tak leh nak beza mana bilik tidur mana dapur mmg masak lah hehehe
ReplyDeletemomot? apa tu..momok tahu lah
ReplyDeletewell... nanti I cerita
Deletex ada jerebu ke dalam hutan kih kih kih
ReplyDeleteterpijak pasir jerlus? bahaya tu...kalau bebudak yg pijak? pesal x letak papan tanda 'pasir jerlus' eh..hutan manalah ko pegi ni Suida
ReplyDeletePe kata jay emm je buat papan tanda tu... Ha ha ha
Deletepelik juga kenapa pasir tu macam tu.. gila sampai ke paha ni haa masa jatuh.. cuak jugak
Deletealaa tu je? x de gambar berkelah? berapa lama lepak kat sini
ReplyDeleteDia suruh kite bayangkan je.. Keh keh keh
Deletegambar xelok.. semak mata ja klu masuk sni
Deletesian..kaki bengkak...ishh itulah..lain kali jgn lagi pegi tempat2 mcm tu tau..jln dah x ayu
ReplyDeleteJalan cam org baru lepas beranak... Ha ha ha
Deletekenapa kak yan pulak yang rasa penat ni..huhu
ReplyDeletewaaa...bestnyer dpt jenjalan...sy lak dah lama xmerasa jenjalan....asik g luar kawasan jerrr huk huk huk
ReplyDeleteNasib baik toilet dgn ruang tamu boleh dipasti.. Keh keh keh
ReplyDeleteMomot tu mende?
ReplyDeleteketa
DeleteBudak baju biru tu nak kenal dia leh? He he he
ReplyDeletepm..pm.. xboleh kongsi sni.. haha
Deletesaya nak kenal juga! hehe
Deleteassalamualaikum syida
ReplyDeletemaaf baru sampai...hehe
kat mana tempat ni? cantiknya!
saya suka sangat tempat camni...rasa nyaman aje
gambo air terjun tu cantik betul