Kehebatan pemerintahan Saidina Omar di era pemerintahannya memang disebut-sebut sehingga kini. Sebagai umat Islam, kita seharusnya mengetahui tentang sejarah keagongan Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah (S.A.W).
Dalam kesibukan kerja dan benda-benda lain, I curi-curi masa untuk menghayati kisah benar dan teladan ni. Drama yang mengandungi 30 episod, bermula dari awal Rasulullah menyebarkan Islam.
Watak Baginda, isteri-isteri dan puteri Baginda di selindung. Namun, watak-watak lain jelas seperti Saidina Abu Bakr, Omar dan lain-lain. Saidina Omar yang terkenal dengan kegarangannya, dimainkan dengan baik.
Drama ini dikongsikan oleh MBC Group di Youtube yang menunjukan melebihi 3 juta penonton. Semoga sejarah Islam ini terus mekar dalam ingatan setiap Muslim.
Saat menulis entry ni, I dah pun sampai ke episod 23, dimana Saidina Omar baru saja dilantik menjadi Khalifah. Beliau sangat-sangat menolak dan merasakan tidak layak, malah tidak berani memegang amanah yang sangat besar tu. Lain sungguh dengan keadaan pemimpin sekarang.
I kongsikan disini episod 1 daripada drama tersebut.
Episod 1
Alangkah bagus buat cerita begini, memang tak kisahlah kuota internet habis sebab layan cerita begini dari cerita ntah apa-apa tu kan.. Asyik-asyik cerita cinta, kahwin paksa, cinta 3 segilah..
Walaupun agak susah nak memahami cerita sebab kelemahan I dalam English. Subtitles dalam English sahaja. Siap kamus kat sebelah U ols..:D Tapi, dapat juga belajar beberapa perkataan arab.
Bila dikeluarkan cerita ini I pun tak pasti. ;=)
*Mood berehat masih On.. hehe.. So kurang sikit menyerang entry-entry U ols.. Layan 1 episod lagi malam ni sebelum berdengkur. ;=)