advertisement

UPDATE: BAYARAN YURAN e-PJJ USM SESI 2015/2016

Pada yang mungkin tak follow I dari awal, mungkin tak tahu yang I ada memohon e-PJJ kat USM baru2 ni. Jadi ni just update beberapa hal sebelum daftar 9 Ogos nanti. 

Tak sangka pula I, yang ramai orang view entry tentang e-PJJ yang I update sebelum ni. Ada yang komen entry2 lama tu tanya itu ini. I pun decide nak update dari semasa ke semasa proses yang berlaku sebelum berdaftar.

Bila dah dapat tahu berjaya menempatkan diri sebagai siswazah pjj, apa lagi proses seterusnya ialah bayarlah yuran. Kalau tak bayar, silalah redho kalau tak leh belajar tu nanti. Hehe..

Pas dapat check sama ada berjaya atau tak, yg I kongsikan disini, kena tunggu 1 hb Jun baru dapat surat tawaran.

So, ni dah pun 4 Jun, maka jom kita masuk lagi sekali..

Macam mana nak masuk? sama juga cara nak semak dulu tu.. Masuk ke website https://pohon.usm.my. Isi lah nombor IC , pastu akan dapat macam ni.




Kalau dulu klik terima, maka dapatlah surat tawaran, kalau tak terima maka habis disitu saja, tak payah susah2 nak check yuran atau apa2 lagi.

Mana nak dapat surat tawaran, bil yuran tu semua silalah klik kat pautan sebelah kiri tu. Nampak tak sebelah kiri tu? Kalau nampak bagus.. Hehe.. 'new' tu akan berklip-klip nanti.. :-)

Mari kita selongkar berapa yuran yang akan dikenakan untuk I sepanjang tahun pertama ni.


RM1821.00. Masih dalam bajet I. Ok lah kan.. Nak murah lagi, belajar Universiti sendiri ajalah.. Lebih kurang ngan buat full time degree 1 sem rasanya yuran ni. (tak pasti)

Bayaran boleh buat 2 kali. Tu haa bayaran minima. Kalau tabung dah cukup, bayarlah semua sekali. Kalau belum bayar RM 1075.50 tu dulu.

Yuran ni untuk I la, lain2 kos tak pasti. Tak silap kan, kos pengurusan yuran yg paling tinggi (cehh).. Tapi tak pa lah, nak belajar jangan berkira sangat. Hahaha...


Ada 2 cara bayaran. Bayar di kaunter CIMB atau pun ePayment. Kalau U ols jenis yg susah sangat nak p bank, wat aja ePayment. Kalau tak paham boleh klik pautan 'tatacara penggunaan' tu k. 




I rasa I nak bayar di kaunter kot. I ni tiap2 bulan ada urusan kat bank. Mujur company tempat I kerja ni guna CIMB. So, urusan di CIMB tu tiap2 bulan. 

Kalau nak bayar di kaunter, sila klik pautan " CIMB Bank Berhad " kat bawah tu, pautan tu untuk ke slip pembayaran yang akan digunakan pihak bank.

Pastikan cetak 2 salinan ok. Satu untuk diserahkan pada bank, 1 untuk simpanan sendiri.

Bergini lah rupa slip pembayaran tu. cetak 2 salinan k. kalau ada masalah tentang bayaran atau apa2 sahaja boleh hubungi pihak USM.,nampak tak love kat bawah tu (gambar cuma separuh saja, tak muat scrin nak snapshot, Hehehe) 



Semoga bermanfaat untuk yang bertanya ye. Mungkin yang bertanya tu dah semak :-)..

Tapi sebelum tu (haah ada tapi lagi ye).. 

Silalah ambik dulu MUET kalau belum ambik. Kalau tak mau, sila batalkan niat nak sambung, sebab tak dapat nak wat pa. Hehe..


I ni bukan exited u ols, tapi berdebar-debar rasa. Mana tak nya, daripada Diploma lagi haa, macam2 hal jadik. Sampai ketinggalan 1 semester sebab terpaksa tangguhkan. 

Mula dah give-up nak sambung degree ni. Semangat tu datang bila my colleague yang berumur 29 years pun tengah belajar sekarang ni. I yang sah2 jauh lebih muda dan tak dak comitment keluarga ni tak kan tak boleh kan. 

Mula ingat nak ikut my colleague tu.. Dia p swasta. Bila tanya yuran, mak aaiii 3 kali ganda yuran kat USM ni. Bantut niat I.. Huhuu.. Dah la kena bayar almost RM2K dulu mula2 nak register. Biasalah kan swasta. Tapi, yang bestnya 2 tahun je dia belajar. 

Alah, 5 tahun bukan lama pun kan.. pejam celik je sampai lah 5 tahun tu. hehe..

>>I kongsi sini bukan nak menunjuk ke apa, saja nak kongsikan kat U ols yang mungkin sudi mendoakan I. I tak mintak banyaklah, tolong doakan I istiqomah, tu ja.. I takut I mula hilang pedoman nak study bila penat kerja. >__<


Disclamer:- perkongsian ini dibuat adalah daripada seorang BAKAL PELAJAR, bukan mana2 staf USM sendiri. Maaf jika ada maklumat yang kurang lengkap atau salah. Jika anda ragu2, boleh hubungi pihak USM sendiri. terima kasih sudi baca. >__<





31 comments:

  1. Teruskan berusaha, semoga berjaya :-)

    ReplyDelete
  2. Kos tu rasanya mampu bayor kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas dicampur, ditolak, didarab dibahagi boleh bayar..

      Delete
  3. Kalu SS... Otak dah tepu.. Too much iinformation... Hi hi hi...

    ReplyDelete
  4. lepas ni confim busy lah . dah x byk masa nak berblog ... semoga tabah ... cayok !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. Insyaallah cuba update sekali sekala.. ;-)

      Delete
  5. semoga terus istiqomah, when the going gets tough, the tough gets going..5 tahun tak lama..tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. kan 5 tahun xlama.. sat ja tu.. ;)

      Delete
  6. 5thn?? alaaa kejap jer tu nanti....papepon sy doakan yg terbaik utk suida hehehhe

    ReplyDelete
  7. teringat adik saya dulu, tapi dia buat pengajian luar kampus
    balik kerja pergi kelas, memang nampak dia stress
    appaun respek dekat dia
    berjaya juga menggenggam ijazah walau tempoh pengajian lama
    dari pengajian biasa
    all the best ye QA =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga niat nak buat luar kampus tu, tapiiii.. takut tak rajin nak ke kelas selepas kerja.. hehe

      Delete
    2. hehe...saya dulu plan gitu juga, buat luar kampus
      tapi termengandung plak..hehe
      terus sampai sekarang tak belajar dah. otak dah tumpul =)

      Delete
    3. termengandung tu xleh blah.. :D

      Delete
  8. 5 tahun? Suida ambil jurusan apa eh...Kedoktoran :-) percayalah..jgn putus asa..u can do it

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan doktoran lah.. degree kewangan ja.. ye sekarang 5 tahun.. xsilap dlu depa ckap 4 tahun.. ingat nak shortkan ni lagi long kan.. hehe

      Delete
  9. 5 tahun lama gak noh..tapi ok dh kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dah kerja tu yg risau lama2.. sebab dah rasa pegang duit tiap2 bulan...

      Delete
  10. same la kos kite...9/8 ni lapor diri..esok luse dah..ahaks...gudlucks!!

    ReplyDelete
  11. eh samela kos kite...9/8 ni lapor diri..esok lusa dh,,hihikk...gudlucks2!!

    ReplyDelete
  12. Hello, bolehkah beritahu saya total yuran untuk program ini tak? Saya baru memohon program yang same di USM PPPJJ :) Program PPPJJ boleh memohon pinjaman PTPTN tak? Terima Kasih. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat yg bertanya:- yg saya tunjuk tu yuran utk pengurusan. kalau sains, sains masyarakat lebih murah. jumlah yuran tu dalam tempoh setahun. Ada pinjaman ptptn. boleh memohon selepas daftar.

      Delete
  13. ad org ckp..usm diorg x sediakan bhan2 nak belajar mcm notes,buku2 rujukan,slides ap semua tu? betul ke?

    ReplyDelete
  14. kak..dah graduate ka?

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...