Lepas puas pusing2, tengok jam, masih awal lagi kalau nak balik rumah pun tak ada apa sangat nak dibuat. Cuaca pun cerah elok ja, so next destination, singgah kedai buku lah.
I kalau masuk kedai buku, ditambah plak memang tak ada tujuan sangat cuti kali ni, boleh habiskan berjam-jam dalam tu. Dari setiap rak ke rak I ziarah. hehe..
Dalam dok pusing sana, pusing sini, eh, terjumpa ngan mak cik I dengan anak-anak dia tengah memilih buku2. Anak dia 6 orang semua diangkutnya sekali.
So, I pun apa lagi, tolong adik2 sepupu I pilih buku latihan, buku rujukan yang boleh membantu dalam pembelajaran depa nanti. Seronok sepupu I yang kecik2 ni haa dok memilih buku warna, buku cerita dan pensel warna.
Si kakak ni dapat Baucer buku 1 Malaysia tu.. Masih berbaki 4 keping kupon (RM200), tarikh akhir 30 Jun nanti, so dia pun decide nak habiskan semua nilai kupon tu untuk beli buku adik2 dia.
Yang best lagi, diorang dapat kupon untuk alat tulis juga. So menyopping sakan la adik2 sepupu I ni. Heaven kan budak2 kalau dapat pelbagai pensel warna dan buku2 gambar. Si kakak ni memang nak belanja adik2 dia.
I pun dalam dok membelek sana sini, terbekenan dekat buku Kisah Orang Menang, Saiful Nang (SN). U ols kenal dengan penulisnya?
I dah lama follow FB dia. Rasa seronok baca post2 dia. Ntah tak tahu lah kenapa, terasa nak ambik je buku tu. Adik2 sepupu I pun dah habis memilih, diorang dok kira2 nak membayar, tup2 ada lebih RM20 katanya. Dah tak tahu nak tambah apa, so diorang decide nak tolong bayarkan buku I sekali.
Pucuk dicita ulam mendatang (sesuai tak erk dengan cerita,hehe), I pun apa lagi. Sebab guna baucer buku 1 Malaysia kan, so tak ada lah segan sangat. kah..kah..
Nilai buku tu RM 30. Hasani buat offer sampai 14 Jun, cuma RM24 sahaja. Alang2 ada lebih nilai dari kupon yang ada, mak cik I bayarkan sekali yang tu. Puas bertolak duit dia ngan duit I. Adeeyyy pening cashier tengok gelagat kami. Haha..
Dia sungguh2 nak bayarkan. So tak apa lah, i pun bagi peluang dia dapat pahala. hahaha.. Bukan I ambik kesempatan k, I dah puas bertolak duit. Siap nak bagi kat anak dia yang kecik tu, dia nampak, rampas duit masuk dalam buku I. Hehe.. Anak2 dia pun riuh masa tu. adeeeyyy, malu lak rasa. Hehe..
Ni lah rupa cover depan. Rasanya U ols pun kenal kan saudara SN ni.
Isi dalam buku tersebut. Menarik. Buku yang berwarna setiap helaian. Memang tak bosan baca.
Lagi gambaran dalam
Quote yang menarik dan sangat menyentapkan. Hahahahaaaa
Quote yang I suka
Lagi quote
Lagi..
Sapa2 boleh tolong jelaskan tak apa maksud ni?
I kurang faham maksudnya.. Hahaha...
This quote ada kat page lassttttt sekali..
Tebal buku dalam 450 muka sahaja. Semuanya ada warna dan gambar. Sangat menarik.
(sila abaikan jari montok tu.. Hehe)
Review ringkas :- I masih belum habis baca buku ni. Dalam masa 1 hari memang tak kan habislah baca, lainlah kita just nak go trough sepintas lalu kan. So, review hanya dibuat berdasarkan go through sahaja. Isi yang diceritakan adalah 100%(rasanya) dari pengalaman penulis sendiri. Artikel dalam buku adalah daripada entry2 yang penulis compile kan dari entry2 blog beliau. Cerita2 yang sangat memberi pengajaran. Ada bahagian2 yang memang rasa terkena kat batang hidung ni haaa.. Penceritaan yang santai dan ada kala menghiburkan. Mengandungi quote2 yang menarik dan sangat bermakna. Ada campuran bahasa melayu dan bahasa inggeris(mudah)
Kalau U ols jenis yang sukakan buku2 motivasi santai melalui pengalaman hidup seseorang, so rasanya buku ni memang sesuai dimasukkan dalam senarai buku patut baca. Kadang2 kita belajar banyak perkara melalui pengalaman orang. Orang kita nampak berjaya sekarang, sebenarnya telah melalui berpuluh-puluh atau mungkin lebih kegagalan.
Untuk remaja pun sesuai rasanya, dijadikan inspirasi untuk berjaya. terselit jugak kisah2 lucu yang mungkin membuatkan hati kita di geletek sekejap. Ada juga cerita sedih yang mungkin membuatkan hati menjadi sayu. beremosi gitu.. hehe..
Review penuh sila baca sendiri. Hehe..
SS pernah bertekak dengan SN ni berberapa tahun dulu... Sorry tak boleh share... Nak tengok muka dia pon malas...
ReplyDeletehahah,you are not alone SS..,pernah selisih faham gak la ngan SN.tapi takdela sampai tahap tak nak tengok muka..hehe
DeleteAkak pula, tak semua view dia akak setuju. So, ku pandang sepi aja buku ni kalau jumpa kat kedai buku heheheh
Deleteoh ya.. betul jgk, xsemua benda kita leh setuju kan dgn pendapat org.. hehe
DeleteSebab pernah bergado dengan dia... Itu sebab benci pandang muka dia...
Deletebenci benar tu SS.. hehe
Deletememang SS benci betul kat SN..
Deletekita pun x berapa suka dengan SN tu. hmmm...
DeleteNo komen bab ni... Biarlah jadi rahsia
Delete450 shj? banyak tuu..jenuh jg nak baca kan..
ReplyDeletexbnyak sangat pun sebenarnya.. ada gambar jugak..
DeleteBuku yang ada warna dan gambar memang menarik tak bosan
DeleteAsalamualaikum syida...salam ramadhan :-))
ReplyDeleteTak pernah dengar nama penulis nie...
***jari tu memang montok..huhu..
jari jugak nampak erk.. hehee
Deletenasib baik jari montok bukan jari manis :-)
Deletejari manis dah di book hahahaha
DeleteJari masin dan jari masam masih kekosongan
Deleteperut kosong aRz!
Deletetgk jugak buku ni hrtu kt fofular....tp belek3 cenggitu jer...suka jugak baca status dia fb...tp kdg ada benday g sy xberapa setuju...masing2 pya pndapat kan....hehhehehee
ReplyDeleteTu lah.. ada jgk benda yg kita xsetuju.. itu mmg biasalah.. tapi ada part yg baik tu kita ambik, part yg xbaik biar ajelah.. I lebih suka cara macam tu, xdak lah nampak baik sokmo je org tu dgn pendapat dia..padahal dia just nak nampak 'baik' je depan org.. dia ni ramai yg cemuh dia macam2..adatlah dunia, ada suka kita ada yg xsuka kita
Deletebiasalaa manusia kan..mesti ada jer yg tak kena..dan kita pon mmg xsempurna mana kan hihihiih...
Deletebetul tu.. seronok jgk baca cerita dia kat buku tu.. klu blog dia mmg xfollow
Deletebaik follow blog kak Sal..hihihi. tapi akak xde buku.ada buku lima je.haha
Deletemalas nak follow blog org2 camni, atau org2 lain pun.. entry panjang lebar.. xsempat pun nak baca..hahahaha..
Deleteblog kak sal mmg follow pun.. hehe
kalau adik sepupu syida nak belanja, YY pun p menyibuk juga aritu =)
ReplyDeletenak juga buku tu, belum sempat nak p beli aje
copppp...dia ada blog ke? awat tak tahu
cer bagi URL
isi dlm buku dia tu, dia compile entry2 blog dia sis..
Deletewww.saifulnang.net
ooo...gambo yang dia snap aje
DeleteYY suka layan dia punya instagram dengan FB =)
siapa Saiful Nang ni..x kenal...femes ke? kalau SS, Farrah MF, Suida, Deanna, YY, Kak Yan, Nohas dan Sal mmg kenal sgt!
ReplyDeleteehem kalau Amy J >.<
Deletekalau Amy J...kenal sgt!!! heee
Deletebetul tu, yang baik kita ambik sebagai panduan.. yang kurang baik, buang jauh2..
ReplyDeletebuang jauh mana sis? hehe
Deleterasanya last sekali macam ni kot maksudnya.
ReplyDeletekalau kita pandang dari satu sudut je, kita akan salah faham dengan satu benda yang kita nampak. tapi kalau kita cuba pandang dan fikir dari semua sudut, kita akan nampak keindahan dalam apa yang kita nampak. heeeee
mungkin betul.. thanks
DeleteCT tak follow SN ni tapi ada kawan yg slalu shared balik apa dia post..
ReplyDeletejadi somehow tau la jugak sikit2.. dia ada buku pun iols is tak tahu ehehe..
salam. hee sy kenal saiful nang ni sbb dia photographer terkenal negara kann ;p tp ade gak sy dgr saiful nang citer2 yg x elok., hrmmm
ReplyDeleteSalam. Apa yang penting yang baik kita ambil yang rasa tak betul kita tinggalkan. Membaca jambatan ilmu
ReplyDeleteSN ni kontoversi jugak, tapi apa ada hal.mari raikan perbezaan pendapat.
ReplyDeleteTeringin jugak nak baca buku ni. Kat bookcafe pun ada diskaun, tinggal rm24 je.
ReplyDeleteDiskaun Sehingga 90%.. Buku Rm1 & Rm3 Sebuah Pun Ada