advertisement

Sakit Jiwa



Ramai yang sakit jiwa tapi tidak mengakuinya malah mempunyai ciri-ciri perwatakan yang biasa seperti manusia normal. Sakit jiwa ialah manusia mempunyai masalah perasaan, tekanan atau seangkatan dengannya. 

Mereka ini mempunyai masalah tentang mengawal perasaan, terlalu tertekan. Itu ciri-ciri yang biasa pihak kesihatan jelaskan mengenai 'sakit jiwa'. Percaya tak yang kita, ye kita, U yang baca ni atau saudara mara, kawan-kawan U atau siapa sahaja berkemungkinan kena penyakit jiwa ni. 

Pengakit jiwa yang I maksudkan bukanlah kategori 'gila' atau tekanan melampau yang kita dapat lihat dekat Hospital Tanjung Rambutan tu. 

Orang yang mempunyai masalah jiwa biasanya tidak mempunyai perasaan, sudah hilang sifat kemanusiaan malah seolah tidak sedar apa yang dilakukannya itu salah. Terlalu mengikut emosi malah sentiasa berhati busuk. 

Apa tak gila namanya jika seorang ibu ataupun bapa sanggup mendera anak mereka sendiri. Memukul bayi kecil yang masih tidak mengerti apa-apa. Penat-penat mengandungkan selama 9 bulan, sakit dengan bertarung nyawa melahirkan, akhirnya anak itu dibunuh dan dibuang seperti sampah. 

Baru-baru ni, negara digemparkan lagi cerita dera kanak-kanak, oleh ibu tiri dengan ayah kandung anak tersebut. (Tak perlu rasanya nak diulang lagi, semua sedia maklum kot.)Kalau tak tahu, sila klik sini. Alah ini bukan kes baru, sudah acap kali ruang-ruang akhbar dan berita siarkan cerita penderaan ini. Sampai tak tersenarai dah kes-kes begini. Nauzubillah..

Bila dilihat secara luaran, tiada yang cacat cela pun dengan ibu tiri dan bapa kandung tersebut. Tapi mana masalahnya yang membuatkan mereka tega melakukan sedemikian? 

Ini yang kita panggil masalah 'jiwa'. Sebaik mana pun kita, kalau kita tak mampu mengawal 'jiwa' kita, tidak mustahil kita jugak akan bertindak sekejam itu. Jangan dibuat main dengan masalah jiwa ni.

Pada keyboard warrior yang 'hebat' sangat tu, stop komen yang memaki hamun. Lebih baik muhasabah diri sendiri. Ada antara kita yang ada anak pun. Ibu bapa tu adalah contoh terdekat untuk anak-anak. 

Muhasabah diri, bersihkan 'jiwa' kita. Dekatkan diri pada-Nya. Jamulah 'jiwa' kita dengan benda-benda yang baik. Insyaallah kita dapat mengawal 'jiwa' kita. 

Baca sini untuk lebih info>>Terapi jiwa menurut islam








18 comments:

  1. statistik kes dera memang yang biasa mendera parent,
    dan yang paling kerap adalah ibu berbanding bapa
    setuju dengan entry ni, mereka ni memang ada masalah jiwa
    kalau dia tak ada masalah jiwa, tak jadi benda gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, sebab binatang pun tahu sayangkan anak..ini pulak manusia, terutama ibu.memang dah sakit jiwa kalau sampai hati dera anak sendiri

      Delete
  2. bila nafsu menguasai diri dan akal tidak digunakan untuk berfikir natijah perbuatan maka ini la hasilnya....semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan memberi sebaik2 pembalasan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sedih tu bila tak dapat kawal perasaan, hamburkan pada anak, lempiaskan pada anak. Budak tu kecil tak de dosa, apalah yang dia tahu :(

      Delete
  3. salam ramadhan, saperlar tak sayang anak, tapi ada mak kann, kannns ;p

    ReplyDelete
  4. ibu bapa seperti itu tak fikir panjang sebenarnya . klu mrk fikir panjang , confirm mrk tak berani nak buat camtu sbb anak itulah yg akan bersama mrk bila mrk tua nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, kalau tak nak, bagi kat oran.ramai je orang nak anak tapi tak dapat

      Delete
  5. ishh....GERAM!!!! dgn org mcm ni

    ReplyDelete
  6. sakit hati baca.. apa la salah budak ni.

    jemput join GA kad raya nina :)

    ReplyDelete
  7. sakit hati baca kes orang sakit jiwa nih.. hmm..

    ReplyDelete
  8. sakit hati plus sakit jiwa bila ada ibubapa yang hilang akal...

    ReplyDelete
  9. syida surat dah sampai tadi..tq tau..macam tau tau aje akak tengah cari pin tudung...cantik sangat..sayang pulak nak guna...

    ReplyDelete
  10. Akak sampai malas nak tengok berita kalau time citer2 ni keluar. Tak sukalah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Kak Farrah.. manusia skrang macam2.. waras tu dah tak ada..

      Delete
  11. sebenarnya setiap dari kita ada potensi untuk gila.. kita ada tahap toleransi stress masing2.. dats why we should be thankful sebab ada kurniaan iman.. ada pegangan agama..

    ReplyDelete
  12. kesian pada budak tu
    tak bersalah pon dia

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...