advertisement

UPDATE: SEMAKAN AKHIR SEBELUM MELANGKAH KE PINTU USM (e-PJJ USM SESI 2015/2016)

Bersambung lagi.. Jangan bosan ye kepada pembaca yang tak terlibat. Alang2 ada yg bertanya sebelum ni. Jadi I pun rasa nak update. 

Mungkin ni last update, pasni kita tunggu daftar dulu lah, baru sharing sini lagi k. 

Buku panduan dah boleh di download. Untuk memudahkan kerja, print la buku panduan tu ye. I just print borang dan beberapa rujukan yang akan digunakan nanti. Mana nak dapat buku panduan, boleh refer kat website tu k. Atau boleh klik link >>Buku Panduan 






Semalam dah update bayaran yuran,boleh refer sini, so website yang sama kat ruangan sebelah kiri tu. Baca dengan teliti ye, jangan malas nak baca, nanti tertinggal maklumat susah plak. 

So, secara ringkasnya I senaraikan apa yang perlu disediakan sebelum melangkah kaki ke pintu USM 9 Ogos nanti. 

Senarai semak :-


1Menjalani pemeriksaan kesihatan (laporan dan X-ray)
2. Jelaskan yuran sebelum 3 Ogos bagi mengelakan sebarang kesulitan. Bayaran yuran lewat dari tarikh akan dikenakan denda sebanyak RM50.
3. Sediakan salinan sijil2 berkaitan dan disahkan. Seperti IC, sijil Diploma dll yang berkaitan (Nasihat I, sediakan dalam 3 salinan, bagi IC lebih lagi bagus)
4. Sediakan gambar berukuran passport beberapa keping. 
5. Isi borang takaful dan hantar melalui pos kepada pihak USM. (ikuti panduan dalam buku panduan yang disediakan)

Rasanya itu sahaja yang perlu disediakan sebelum tarikh pendaftaran. Lain2 hal akan dilakukan ketika hari pendaftaran. 

Sila hadirkan diri program orientasi dari tarikh 10-13 Ogos nanti. Kehadiran adalah wajib kerana segala maklumat berkaitan kursus PPJJ akan diterangkan sepanjang orientasi nanti. 

Tempat akan disediakan, sila bawa kelengkapan sepatutnya sepanjang berada di sana. 

Lain2 panduan berkaitan, rujuk buku panduan ye. Jenuhlah nak taip sini semua. ^_^

Itu sahaja perkongsian dari I, so sediakan apa yg patut dan tunggu hari pendaftaran nanti ye. 2 bulan je lagi.. ^_^



Disclamer:- perkongsian ini dibuat adalah daripada seorang BAKAL PELAJAR, bukan mana2 staf USM sendiri. Maaf jika ada maklumat yang kurang lengkap atau salah. Jika anda ragu2, boleh hubungi pihak USM sendiri. terima kasih sudi baca. 








20 comments:

  1. suka part disclaimer tu =)
    all the best ye QA

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... moga semuanya berjalan lancar sebagaimana yg dirancang.

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan semuanya...

    ReplyDelete
  4. semog semuanya berjalan lancer ...

    ReplyDelete
  5. semgoa dipermudahkan ye....rasa mcm nk smbung belaja laaa....hihihi

    ReplyDelete
  6. nampaknya blog Suida akan sunyi lepas ni apabila dah bergelar STUDENT semula

    ReplyDelete
  7. Suida sambung Degree dalam bidang apa eh? kalau E-PJJ tempoh kursus 2 tahun?

    ReplyDelete
  8. Congrats, Syida. Selamat sambung study :)

    ReplyDelete
  9. wah. nak sambung study eh.. good luck ^^,

    ReplyDelete
  10. Syida dapat sambung study *bunga2 api*
    hehehe selamat belajar yaaa..

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...