Eh, apa nak cemburu, aku pun ada ayah. Aku panggil dia 'abah'. Biarpun umur abah sudah 50 siri. Abah masih kelihatan ganteng kata orang..
Banyak-banyak manusia yang aku kenal, abahlah manusia yang susah aku nak paham. Mana tak nya, sudah lebih 20 tahun aku mengenali abah. Tapi, aku masih kurang jelas dengan kehendaknya.
Abah aku tidak romantik, tidak pandai menunjukkan kasih sayang seperti ayah orang lain. Bukan jenis yang nak belai-belai manja anak-anak atau mak aku sendiri.
Dia tegas dan garang.
Pernah sekali, terpengaruh dek kawan-kawan, aku ingin belikan hadiah untuk hari jadi abah. Ketika itu aku masih lagi bersekolah. Aku gunakan duit belanja belikan abah jam tangan. Aku lihat sejak jam tangan abah rosak, abah tak pernah beli baru. Jadi aku niat nak hadiahkan dia jam.
Abahlah manusia pertama yang ajar aku tengok jam. Dibelinya aku jam tangan ketika usiaku 7 tahun. Katanya, kalau selalu tengok jam, kita tak kan leka. Abah ajar aku tentang masa. Walaupun masa tu aku tak begitu pandai melihat jam. Masih menghitung minit, 5, 10, 15.. Kelakar plak rasa, bila orang tanya waktu, aku akan ambik masa beberapa minit nak menjawabnya.
Dengan malu-malu aku berikan abah jam tangan tu. Abah senyum tanpa sepatah kata pun keluar. Aku rasa sedikit kecewa, sebab nampak macam abah tak berapa gembira.
Cuti tamat, aku dah nak balik asrama, seperti biasa abah dengan mak akan hantar aku sehingga ke jeti sahaja, masih jauh lagi sekolahku dari jeti. Ketika tu aku menuntut di sekolah teknik langkawi.
Selepas salam mak dengan abah, abah pesan, "duit yang mak bagi tu untuk belanja makan, bukan beli hadiah mahal-mahal ye. Tak dak hadiah pun tak pa, abah tak kisah. Janji makan cukup kat sekolah."
Sambil mengangguk dan berlalu naik feri. Tiba-tiba air mata mengalir laju ke pipi. Rupanya bukan abah tak gembira dapat hadiah, cuma abah sedih, tak nak anak-anak susah belikan hadiah dengan duit belanja tak seberapa tu.
Itulah kali pertama aku beri abah hadiah. Bukan tak pernah aku buatkan abah kad hari jadi atau pun hari bapa ketika sekolah rendah dulu, tapi aku tak pernah pun bagi.
Kadang-kadang abah jadi seorang diktator, mengarah tak tentu hala. Stress aku dibuatnya. Ada saja tak kena, semuanya nak ikut kehendaknya. Kadang-kadang dia seolah tak ambik kisah, sedangkan waktu itu aku perlukan dia. Oh abah.. sukarku mengertimu..
Jarang sekali ku lihat abah bermesra dengan kami adik beradik, apatah lagi mak. Kalau ada ja benda tak kena dimatanya, habis kami dimarahnya. Mulutnya kuat memaki. Tapi abah cepat kembali sejuk selepas puas luahkan perasaan marah dia. Dia akan bercakap dengan kami seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Aaaarrghh lagi sekali aku tak mengerti abah..
Mungkin sejarah hidupnya dulu yang begitu perit, membuatkan hatinya begitu tebal dan gemar menyendiri. Sikapnya yang sukar diduga membuatkan abah kurang rapat dengan anak-anak. Tapi, abah tidak pernah sesekali mengabaikan anak-anaknya. Apa saja yang dibuat, anak-anak tetap nombor satu.
Biar macam mana pun abah, aku tetap sayang abah. Jika diberi pilihan mengantikan abah dengan sesiapa pun, aku tetap memilih abah untuk menjadi ayahku.
Abah, sungguh berat beban yang ditanggungmu, semoga syurga buatmu..
Tiba-tiba, ting! Bunyi pelayan meletakkan hidangan dihadapan ku. Baru aku sedar dari lamunan. Ku rasakan ada air jernih yang mengalir di pipiku. Cepat-cepat aku kesat, risau ada yang melihat.
Namun bila aku angkat kepala, mataku bertembung dengan pelanggan yang berada bertentangan denganku. Dia senyum padaku seolah-olah sedang mengerti apa yang berlaku. Aku balas senyumannya dan terus menjamah makanan yang dihidangkan.
Eh, baru aku perasan, sekumpulan keluarga yang tadi riuh rendah menyambut hari jadi ayah mereka dah pun beredar. Seusai makan, aku pun berlalu.
Di dalam kereta, sebelum bergerak, dalam hati aku ucapkan "Selamat hari bapa, abah.. Terima kasih untuk segalanya." Seperti selalu, tiada hadiah mahupun sambutan, tapi aku tetap ingat hari-hari penting hidupnya..
syahdunya entry ni, rasa nak menangis plak
ReplyDeletefitrah lelaki memang kurang menzahirkan perasaan sayang
bukan sebab tak sayang, sebab mereka memang macam tu
dalam hati hanya tuhan aje tahu betapa sayangnya diorang dekat kita
nak nilai camne diroang sayang kita bukan melalui ucapan
tapi melalui perbuatan, pasti kita akan nampak kasih sayang tu
lelaki klu nak jumpa yg romantik jarang sangat kan..
Deletesetuju. tapi romantik ni subjektif =)
Deletewa wa wa :'-C syida jahat....entri nie sedih sesangat..sayu hati...
ReplyDeleterindu abah
lorrr umur 20 an rupenya suida nih ek... baru tahu... ha ha ha...
ReplyDeletekan dah bagitahu.. napa SS ingat dah 30 series ke.. hehehe
DeleteIngat 17 lagi hihihihi
Deletehahaha.. boleh ja nak sweet 17 selalu pun kan..
DeleteAbah SS romantik... hi hi hi....
ReplyDeleteoh ya.. menurun ke anak dia ni laaa kan.. ;)
Deletesyahdunya entry Syida ni..teringat Abah kat rumah.tp Abah akak lembut dan romantik orangnya.kena marah dengan Abah ni biasanya teringat-ingat sampai bebila..eh, sedih plak tetibe.
ReplyDeletebestkan kak sal dok ngan mak abah.. ;)
Deletehehe..best lah jugak, hari-hari boleh manja.kalah anak bongsu dh akak ni
Delete50 series , masih muda lagi tu . sama level dgn man in the house ...
ReplyDeleteaaaa.. abah muda lagi.. anak dia pun muda2 lagi.. hehehe
DeleteSuida....sedih bila baca entry nih...tingat ngn ayah sy...ayah sy pon sama....dia xreti nak tunjuk kan kasih sayang dpn kami...tapi kita tau dia syg kita kan... =)
ReplyDeleteperbuatan depa tu yg menunjukkan bukan kata2..
Deletepsstt...jgn lupa emel alamat yeeee....hihihhi
ReplyDeleteeh, ada something ke? susah2 ja.. :D..
Delete*padahal seronok..
eleleh...haha
Deleteterharu baca coretan ni...abah yang garang....same to sis JM...ayah yang garang dan panas baran...susah nak tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak...terima beliau seada nya....doakan yang baik-baik sahaja
ReplyDeleteAyah yg garang ni sebenarnya yg lebih prihatin kan JM..
Deleteterharunya
ReplyDeletenangis tak ZF.. hehe
Delete:) senyum syahdu baca entri ni...
ReplyDeletecamna senyum syahdu kak farrah.. demo sikit.. hehe
Deletelelaki ni susah kita nak faham. tapi betul, apa yang dia jadi sekarnag maybe sebab reflect dari kisah lalu... kadang2 ada yang sampai berdendam, tu x berubah jadi lain. saya x mksudkan ayah sis. maaf. ini pandangan umum sahaja.
ReplyDeletealaaaa entri ni macam sayu jeee huurm huuurm..
ReplyDeleteayah CT pun org first yg kasi jam tangan kat CT.. alasan sbb slalu balik koko lambat..
dia tak tau anak dia p lepak makan abc stiap abes koko miahaha.. so dia kasi jam..
tp ayah sendiri bukan jenis pakai jam =P
terharunyer ., mana gambar abah yang garang tuu., huhu2
ReplyDelete