advertisement

MINI REUNION MEMBER DORM 7 ENGGANG

Saja buat satu entry kat sini sebab nak abadikan kenangan kecil hidup ai. Hehe.. 6 tahun lebih rasanya tak jumpa dengan mereka-mereka ini. Jumpa dalam FB ja (kira jumpa ke tu?)

Rindu gila nak menggila bersama (tapi kami tak gila tau). Haha..

Jarak nak ke rumah kenduri sebenarnya sejam lebih je, sebab kan sesat sampai 3 jam lebih baru sampai. Masing2 sampai dengan muka lapar nak mampus dah. haha.. 

Kami janji nak jumpa kat satu check point sebelum sama-sama konvoi ke rumah kenduri. Tapi satu kereta sesat, yang lain kena tunggu la. Hihi..


Alhamdulillah sampai juga kami akhirnya.. Masing2 peluk cium melepaskan rindu, sedang perut berkeroncong mengikut alunan muzik yang dimainkan. Haha..

Apa lagi sampai-sampai serbu pengantin.. bukan makanan, pengantin dulu.. Melepaskan rindu.. ngeeehhh..


Muka dah kenyang... Alhamdulillah...


Teka mana satu mak si kecik tu?

Apa lagi dah kenyang kan semua.. kami pun p bergambar sakan la dengan pengantin sebelum pengantin p buat outdoor.


Nak tahu tak mana mak si comel tu?
Mak dia yang tepi ai tu, paling kecik kat situ.. Mak beranak satu slim melim, si bujang kat belakang tu mak ai mengalahkan anak 5. Haha.. Yang baju kuning tudung merah sebelah biru tu pengantin baru juga (3 minggu lepas serbu rumah dia dah).
Rasa macam baru ja habis SPM, pakat kahwin dah.. 2 orang member dorm dah ada baby pun. Ai bila lagi? Jangan ditanya ye, nanti la cakap.. (wat malu sikit).. haha

Pengantin ni askar, memang dia la paling ganas dalam dorm.. Selamat pengantin baru ye kawan.. 

Lepas ni siapa ek? 

Hurm.. Maybe Ai last kot (alamak andartu la, gulp!!)


Wasalam...

2 comments:

  1. Oooo pengatin tu sojar yekkk... Selamat Pengantin Baru untuk pengantin...

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...