advertisement

OTAK KANAN KE OTAK KIRI






[Monolog]
"Kadang-kadang aku tak kreatif dalam seni, tapi kadang-kadang banyak plak idea datang mencurah-curah, kadang-kadang jiwang karat, kadang-kadang serius yg amat. Aku suka mate dari sejarah. Aku suka mengira dari menghafal. Aku suka permandangan dari bentuk geometrix. Tapi kannnnn aku suka sangat berangan.. Haha.."  -Aku...


Jadi otak mana yang ai selalu guna? Otak kirikah, otak kanankah? Atau seimbang kedua-duanya. Bijak-bijak.. Hihi.. Jom kita baca sikit kat bawah ni peranan otak kiri dan kanan..

Ramai mengatakan otak kiri dilabel sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), otak kanan pula memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient).

OTAK KIRI
  1. Berfikir dan mentafsir secara turutan satu persatu.
  2. Menganilisis secara terperinci.
  3. Berfikir secara linear (pengelolaan).
  4. Menguasai matematik.
  5. Menggunakan logik.
  6. Memahami bahasa.
  7. Memahami lisan.
  8. Peka kepada fakta.
  9. Berfikir menggunakan perkataan.
  10. Mengingat lirik lagu.
  11. Perlukan rasional.
Biasanya otak kiri sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasa menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis, pengkaji, pakar matematik atau saintis.

Hurm.. kalau akauntan kira masuk sini tak ek? huhu..duit-duit.. duit..duit.. tu kan angka..

OTAK KANAN
  1. Mencari ilham (intuisi).
  2. Berfikir secara kreatif.
  3. Berkaitan seni.
  4. Menggunakan imaginasi.
  5. Bersifat subjektif.
  6. Retma (rentak/intonasi).
  7. Memahami tanpa lisan.
  8. Perasaan (emosi).
  9. Berfikir menggunakan gambaran.
  10. Menghayati irama lagu.
  11. Ada visi.
Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya.


UJIAN OTAK KIRI DAN OTAK KANAN

1. Cuba sebut warna tulisan tu bukannya apa yang ditulis :

                           
                                                           *credit*
Keputusan:
Sebut warna tulisan bermakna anda otak kanan manakala kalau anda sebut apa yang ditulis bermakna anda otak kiri.


satu ujian belum dapat buktikan.. cuba yang ini

2. Lihat arah mana gambar tu berpusing. Arah jam atau lawan jam?
                                                                

                                        
                                                          *credit*
Keputusan:
Kalau anda lihat arah jam maksudnya otak kanan tapi kalau lihat berpusing lawan jam maksudnya otak kiri. Ada ke yang lihat wanita ni pusing dua-dua belah?


pening la tengok.. *********

Tak dapat lagi, still confius, yang ini plak


Cuba test kat sini nak uji peratus :  Braintest . Ai otak kiri 63% 37% . 


Kalau ai lah kan, ai rasa ai guna kedua-dua bahagian otak sama rata sahaja kot. Bergantung kepada situasi dan keadaan. Kadang-kadang terlebih kanan, kadang-kadang kiri pulak. Ada test yang tunjukan ai guna otak kiri, ada plak test tunjukan kanan, jadi kesimpulannya, sama rata sahaja. 

So, u ols plak cuba, otak mana lebih dominan?





4 comments:

  1. Sesekali kakak menguji juga otak kakak dari N3 ini
    Senyum kakak dibuatnya..

    ReplyDelete
  2. tgk gbr bergerak tuu...mmg sah otak belah kiri...tgk berpusing lawan jam...hehheeeh

    ReplyDelete
  3. mula dapat tengok arah jam kemudian lawan jam

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...