advertisement

KETERUJAAN TERHADAP MR JAMBU

Sapa Mr Jambu? 

Saspend tak? (perasan ja ada yang nak teruja baca entry hang)..

Ai suka gelarkan Mat-mat korea ni Mr Jambu. tengok la wajah mereka, siap ada yang bermake up bagai. So jambu ok. Ya..ya mengaku tengok juga drama korea, tapi tak teruja sangat dengan Mr Jambu air, jambu batu tu.

Bila adik ai dok tengok Mr Jambu tu terkinja-kinja menari, terus ai ambik remote tukar channel. Fuhh, naik geli tekak. Ai memang tak minat K-Pop, sebab rasa macam 'bapuk' menari. Huhu.. 


Dulu layan cerita korea juga, tapi sejak K-Pop ni muncul terus tak layan (mungkin juga sebab tak tengok tv sangat sekarang). Tapi Running man layan. penghibur kala hujung minggu. Sapa layan RM angkat tangan (macam nampak kan)..

Semalam tak online sangat, sibuk bershopping.. 3 jam dalam Hasani duk membelek buku, alhamdulillah dapat beli satu buku. Islam kontemporari (tak pasti tajuk, buku kat rumah), macam best tajuk, beli lah.. tak tahu bila nak baca tu.. Niat awal nak beli novel, tapi sebab tak ada yang menerujakan (tak bapa layan novel, cerita lebih kurang sama jaaa). 

Kecoh satu Malaysia tentang remaja perempuan BERTUDUNG dicabul oleh Mr Jambu ni. Macam keterlaluan plak cakap dicabul kan, haha.. sedih..sedih.. uhuk..hukhuuu (nangis) dengan remaja sekarang. 

Janganlah merosakkan dan mengaibkan seluruh wanita Islam dengan kelakuan itu.. Kenapa ai cakap seluruh, bak kata pepatah "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Officemate ai, chinese tanya ai " orang melayu yang pakai tudung boleh ka peluk lelaki tu, kalau saya pun malu la nak peluk lelaki yang tak kenal".. See, dia yang beragama Buddha pun malu, ni yang mengaku Islam. Sedih..sedih... huhuhuhuhuhu...





P/s: lebih baik tersentuk anjing, boleh sertu, kalau camni... urrrmmm..

Wasalam..

8 comments:

  1. Bila kisah sentuh anjing, ramai sangat jatuh hukum sedangkan niat penganjur tu baik.... :)
    ini apa kes? dah orang report baru JAKIM nak siasat bagai...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah.. kita tak cuba tgk yg baik terus tgk yg tak baiknya..

      Delete
  2. tgk tajuk igtkan ksah juz jambu batu...adehh...makan jer di igt..ahahah...tp bila tgk video tuh...mcm malu plak nengok...adehh...mana perginya sifat malu kita ye....nauzubillah..

    psst...sy agkt tgn...suka tgk RM...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ai share juz jambu ye.. Ni Mr Jambu dlu.. RM pn kna tapis pasni, klu ada unsur2 yg xbapa best scroll laju2.. hihi

      Delete
  3. Heboh seantero Malaysia isu ni. Hanya kerana 'Mr. Jambu' - leh buat tajuk novel ni =)

    ReplyDelete
  4. bila budak tu bertudung ... akhlak muslimah tu kena lah jaga . Klu dia pakai seksi , lantaklah kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa klu dia seksi memang tak jadi isu smpai mcm ni. sebab imej bertudung tu yg buatkan isu ni betul meletup

      Delete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...