Biasanya mereka yang mempunyai kesihatan yang normal sepatutnya membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari. Tapi, kalau dah berhari-hari atau seminggu sekali sahaja, berkemungkinan anda terkena sembelit.
Sembelit adalah di mana kita mengalami masalah sukar untuk membuang air besar. Ianya bukanlah suatu penyakit tetapi suatu gejala. Akan tetapi, sembelit yang berpanjangan mungkin mendatangkan risiko lain seperti buasir.
1. Kurang minum air putih (mineral, kosong)
2. Kurang makan makanan berserat.
3. Masalah kesihatan seperti strok
4. kerap menahan ketika ingin membuang air besar
5. Pengambilan ubat-ubatan.
6. Masalah kolon atau rectum
7. Masalah fungsi usus.
8. Kurang aktiviti fizikal
Setelah mengetahui punca-puncanya, boleh lah kita ambil beberapa langkah tersebut untuk mengelakkan atau menghilangkan sembelit ketika berlaku.
1. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Jika anda mengambil pil, ubat-ubatan atau sebarang suplemen anda digalakkan minum lebih daripada 2 liter air.
2. Lebihkan pengambilan makanan kaya serat seperti sayur dan buahan
3. Elakkan tabiat menahan untuk membuang.
4. Bersenam
5. Mencangkung dalam kedudukan semula jadi (guna toilet cangkung lebih membantu). Pastikan kedudukan lutut tinggi daripada buntut.
6. Amalkan minum susu sebelum tidur.
"Jangan biar sembelit anda berpanjangan, jika tidak penyakit lain pula datang.."
Ramai patient yang ada masalah penghadaman sampai sakit perut kerana faecal loaded.
ReplyDeleteBoleh refer sini & related topics yang saya mention dalam entri ni.
Deletehttp://drshikinzainal.blogspot.com/2015/01/bengkak-usus-3.html
tq dr..nanti saya singgah..blh tmbh2 ilmu
DeleteSatu lagi petua tak nak sembelit, minum jus delima hari2. INSHAAllah pembuangan air besar akan lawas
ReplyDeletetq for info..
ReplyDeleteMungkin ada batu besar dalam ada duduk... He He He..
ReplyDeleteHaha.. ya lah kan.. keras sampai jadi batu..haahaha
Delete