BADAN BERBAU BOLEH HILANG KENYAKINAN
What is body odor? Apa yang menyebabkan badan berbau ni? Bukan berbau harum bak mawar kasturi ni berbau masam yang boleh memeningkan orang yang membau.. (belit tak ayat?)
Muka cantik macam bidadari syurga sekali pun kalau masalah badan berbau ni memang spoil seluruhnya. Macam mana nak atasi masalah badan berbau ni? Kena mandi bunga tiap tiap hari ke. Ehh, bukan ka mandi bunga untuk naikkan seri. Berseri la sangat kan kalau badan still berbau. Cukup kah dengan sapu deadorant dan pakai minyak wangi??
Jom ketahui dulu apakah punca badan berbau ni?
Bau badan berpunca daripada bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna. Bau badan dicipta oleh hormon yang dipanggil pheromones tetapi jika dibiarkan, hormon semula jadi ini akan mengeluarkan bau lebih kuat apabila kelenjar peluh atau apocrine mula dijangkiti bakteria.
Dulu kan masa ai sekolah menengah ai pun ada masalah bau badan, terutamanya masa period. tapi tak ada teruk sangat. Ai ada baca tentang toksin ni antara punca badan berbau. Masa tu masih sekolah dan tinggal plak kat asrama, mana la ada duit sangat nak beli produk tu ini. Benda paling mudah buat minum air banyak-banyak dan makan buah-buahan dan sayur.
Selalunya masalah ini dialami mereka yang menjangkau usia akil baligh atau peringkat remaja kerana mengalami perubahan hormon dan kurang menjalani gaya hidup sihat.
Alhamdulillah, masalah tak lama. Ai ada juga tanya kawan-kawan, kot derang tak selesa bila dekat, derang cakap ok ja. Nasib baik kan. Baju memang tukar kerap, bila mandi memang sental habis la daki-daki semua. Wey, sapa suka kawan dengan orang bau badan kan. Mau nak muntah oo kalau bau tu kuat.
No.. no.. bukan nak hina sapa-sapa ada masalah ni. Sebenarnya bila kita ada masalah bau badan kita berkemungkinan ada masalah pencernaan dan toksin yang terlalu banyak dalam badan. So, apa perlu buat?
Selain masalah tersebut faktor lain juga turut menyumbang kepada masalah ini seperti genetik, masalah ginjal, hati, kencing manis dan mengambil ubat-ubatan tertentu.
Bagi mengelak perkara ini berlarutan, boleh cuba beberapa langkah tersebut..
1. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
2. Minum air kosong yang banyak (2 liter sehari)
3. Makan makanan yang sihat, tinggi serat. Kurangkan makanan yang kuat bau seperti bawang putih dan rempah ratus.
4. Pakai deodaran antiseptik
5. Cukur rerambut kat bahagian sulit seperti ketiak
Suplemen yang dicadangkan ialah..
Boleh pilih salah satu atau mana-mana yang sesuai mengikut keadaan anda. Maklumat lanjut boleh hubungi saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ssh kan kalau ada bau badan...leh mengganggu org len...kena amik tindakan utk atasi nye... :)
ReplyDeleteBetul.. bukan setakat menganggu org lain. diri sendiri terganggu juga..
DeleteSelalu kalau Bangla lalu tepi...
ReplyDeleteBau menyengat ke otak!
Dah terkena few times kat mini market.