advertisement

KEBAIKAN COKLAT DAN KOKO



Awal-awal pagi ni dah terjah blog Kak Ita, Masam Manis. Kak Ita ada promote pasal coklat hantaran dan hadiah. Terus datang idea nak share pasal coklat. 

Ai suka sangat dengan coklat terutamanya coklat hitam campur kacang hazel atau badam. Memang nikmat kalau dapat menikmati coklat. Rindu pulak zaman study kat Langkawi dulu. Asal keluar outing ja mesti beli coklat kat Kedai Haji Ismail Group. Coklat pilihan hati masa tu ialah Kisses yang ada badam kat tengah tu. 



Kat sana lebih murah sebab bebas cukai. Ini lah rupa coklat feveret tu, selalu balik kampung ini juga lah yang dibeli kat adik2. Bukan adik2 ja, mak ngan abah pun suka. Bawak p kebun. 

Hari-hari nak makan, sehari dalam 5 biji macam tu (sambil2 jimat nak juga jaga badan, takut gemuk). Walaupun waktu tu ai gila sangat makan coklat ni, badan maintain berat bawah 50 kg. Kalau sekarang, bagai di pam-pam plak. 

Sebabkan tak ada peti ais kat asrama, ai akan pastikan ai bungkus dan simpan elok2 dalam loker, nanti lembik tak sedap nak makan. Susah nak buka pembalut, mesti coklat akan melekat-lekat kat pembalut tu, sayang. Selain Kisses, ai suka makan cadburry bar. Cadburry dah tak makan sekarang sebab isu tak halal tu. 

Tapi sekarang dah kurang sangat makan coklat sebab badan ni dah tak aktif macam time belajar dulu. 

Sebenarnya coklat tak menggemukkan, kandungan gula atau bahan tambahan tu yang menyebabkan badan naik jika kerap mengamalkan snek tersebut (masih kurang kepastian tentang ini).

Jom kita singkap beberapa kebaikkan coklat yang ai jumpa kat web rasmi Lembaga Koko Malaysia..


Kesan antioksida poliphenol dalam koko :

Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :
Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :
Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Koko melambatkan proses penuaan :
Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.

Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.

Coklat kosongCoklat susu
Tenaga511 kcal514 kcal
Lemak32.3 g29.0 g
Protein4.1 g8.1 g
Karbohidrat51.9 g56.1 g
Zat Besi2.3 mg0.8 mg
Kalsium29.0 mg233.0 mg
Tiamin0.04 mg0.09 mg
Riboflavin0.02 mg0.3 mg
Niasin0.4 mg0.4 mg
Vitamin A22.084.0


Kesimpulannya, koko atau coklat adalah sumber antioksidan yang baik. Selalu kalau kita stress, makan coklat mesti buat kita nak senyum kan. Sedikit tip buat anda yang baca ni, kalau nak pujuk kawan ke, suami isteri, mak ayah ke ce bagi coklat mesti dorang akan senyum je masa makan. Nak marah terus tak jadi. Cuba lah.. So sweet..

p/s: Ai lagi suka dapat coklat dari bunga, ehh.. hihi


6 comments:

  1. sedapnyaaaa coklat....
    miya suka makan coklat yang ada hazel kat dalam...
    boleh tambah tenaga dalam badan...hehehe

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM.
    SELAMAT PAGI.
    GOOD INFO.

    JM SINGGAH _ http://jmbelog.blogspot.com/2015/01/blogger-aku-dan-kamu.html

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa coklat kisses lama tak makan ^ ^

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...