advertisement

Ada hikmah jerawat yang tumbuh

Lagi kita stress lagilah jerawat tu nak singgah pada mana-mana bahagian muka kita, terutamanya dahi. Pernah tak terfikir kenapa jerawat banyak kat sesetengah bahagian sahaja, contohnya bahagian pipi ke, dahi ke.  Tak pernah terfikir pun kan. Yang kita tau, bila jerawat naik, mulalah tension memanjang sebab jerawat ni mencacatkan wajah kita yang cantik, mulus ni. 

Kerja pada hari sabtu ni memang menguji kesabaran ai, tengok orang lain berpusu-pusu balik. Ai masih tercongok kat office dengan kerja yang tak berapa nak ada. Nasib baik boleh online, apa lagi mula lah terjah blog sana sini. Hihi..

Sambung balik tujuan asal entry ni.. 


Jerawat yang naik kat bahagian muka kita ni ada hikmah rupanya. Cuba u olllss tengok gambar kat bawah ni




Gambar ni jumpa kat mana tak ingat plak, dah lama nak tulis pasal ni, tapi terlupa plak. Sebelum ni ai pernah tulis satu entry pasal punca jerawat pada anggota badan. Lebih kurang sama ja, saja nak up balik cerita jerawat sebab sekarang ni jerawat mula nak naik balik kat muka ai. 

Jerawat yang tumbuh kat bahagian muka dan anggota badan kita ni memberi petanda yang mana badan kita mungkin ada masalah kesihatan. Alamak, ai ada masalah pada sistem penghadaman la sekarang ni. Boleh teka tak, kat mana bahagian muka ai yang kerap naik jerawat? 

Haaa, cepat ambik cermin tengok muka masing-masing, ada tak jerawat kat mana-mana bahagian. Hihi.. Kalau yang muka suci murni tu, bagus lah mungkin anda sihat. ..Kalau yang jerawat penuh satu muka, alamak... jaga-jaga mungkin banyak sangat masalah kesihatan ni..Mungkin je ok, bukan boleh percaya sangat ngan jerawat ni. Haha.

Selalu kalau jerawat kat muka ni, kita mesti nak tempek krim-krim muka ni semua.. Betul tak? Ce tengok kat mana bahagian banyak jerawat, contoh zone 12. Menurut rajah tu, badan kita mungkin banyak toksin, jadi kita berusaha lah untuk detoks badan kita. Nak detoks ni mudah ja, banyakkan minum air kosong dan makan makanan yang tinggi serat. 

Rasanya u olss pun faham kan, pandai-pandailah nak selesaikan masalah jerawat u ols sendiri. Ai nak settlekan jerawat kat muka ai ni. Siap la malam nanti nak tempek masker ESP kat muka tebal-tebal. Pastu nak telan air banyak-banyak.. Huhu..




Wasalam..






8 comments:

  1. assalamualiakum syida, kaknoot singgah follow terus baca entry ni bagus jgk kan sebenarnya jerawat tu dapat kita tau apa sebenarnya penyakit kita dan alahan apa2 thanks ya kongsi info berguna

    ReplyDelete
  2. Bagus ni buat rujukan time jerawat dtg singgah kat muka. Thanks, syida :)

    ReplyDelete
  3. Saya pun masalah sistem penghadaman ni.
    Sebab tumbuh kat dagu.

    ReplyDelete
  4. Tapi sebenarnya saya tau nape jadi...
    Sebab selalu malas nak buat facial.

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...