Semalam saya ada nonton siaran "Forum Perdana Ehwal Islam" yang disiarkan di ruangan RTM1 selama 2 jam. Tajuk yang menarik iaitu "Selfie". Disampaikan oleh 3 ahli panel iaitu USt Badli Shah, Ustz Kazim Elias dan Ustaz Elias(terlupa namanya penuh), di pengerusikan oleh Ustz Zakaria (dari Jakim).
Selfie sekarang dah jadi viral, fenomena yang sangat cepat menular dikalangan kita. Naik muak plak tengok facebook, instagram dengan gambar2 selfie yang ntah apa-apa. Apa yang mereka-mereka ni fikir ek bila ambik dan upload ke sosial media? Nak menunjuk-nunjuk? perasan bagus? atau apakah????
Menurut ulasan Ustaz Kazim semalam hukum asalnya adalah harus. Ianya boleh menjadi haram jika bergambar dengan bukan mahram, dan memuatnaik gambar ke ruangan media sosial dengan aurat tidak ditutup dengan sempurna.
ASAL USUL PERKATAAN 'SELFIE'
Selfie ialah 'self potrat' yang mana gambar/potrat diambil sendiri. Ianya berasal daripada Australia. Slang bahasa mereka yang sering mengubah perkataan menjadi 'ie' di hujungnya.
"The earliest evidence that we know of at the moment is Australian and it fits in with a tendency in Australian English to make cute, slangy words with that 'ie' ending."There's barbie for barbecue, firie (or firey) for firefighter and tinnie for a can of beer.
Selanjutnya boleh baca sini >>Selfie: Australian slang term named international word of the year
Kalau nak viralkan perkataan tu tak ada masalah, yang bermasalahnya sekarang penyakit selfie yang terkena kat masyarakat kita ni. Naik muak kalau gambar kita kerap dimuat naik. Tak kan kita nak unfriend semua kawan-kawan dalam sosial media plak. Padahal sosial media ni banyak lagi kebaikkannya.Elak perasaan ujub dalam diri ketika berselfie. berpada-pada udah lah ye. Sikit-sikit selfie. Naik muntah kawan-kawan pun. Lagi satu, tengok tempat dan keadaan juga lah ye nak berselfie pun, ini kan kat tanah kubur, dengan mayat arwah ayah plak disnap nya.. Macam tak patut ja.
p/s* Ai ni jenis yang pemalu.. memang tak banyak la foto-foto di 'upload' (motif cerita kat sini?)..
*nak tambah lagi, jangan dok 'upload' sangat , bukan retis pun.. haha..
*lagi.. orang suka selfie adalah org yg terkena penyakit (syndrome selfie) perasan bagus.. hahaha
in sha Allah..peringatan untuk diri..
ReplyDeleteramai yang takjub dengan selfie ni kan..
saya tengok juga semalam pasal ni =)
ReplyDeletemacam ustaz katalah, tak salah
cuma kita perlu lebih banyak berfikir tentang impact di kemudian hari
Betul tak salah nak selfie, tp jgn over sangat dan tgk keadaan sama
Delete