advertisement

10 TIP ELAK KECEDERAAN KETIKA BERSENAM



Ada tak yang selitkan azam tahun baru nak start rajin bersenam. Kalau ai hari-hari terpikir nak buat. Tapi, tak juga rajin. Haha.. Bila terasa nak buat, buatlah.. Kalau penyakit 'M' tu datang, jawabnya tak la. Huhu..


Bersenam-senam juga, keselamatan haruslah dititik beratkan. Bersenam memang bagus nak tingkatkan kualiti kesihatan. Tapi, kalau cedera sebab melakukan senaman, kan dah tak bagus tu.

Tip-tip ni saya ambil daripada facebook saudara Kevin Zahri. Mesti anda semua kenal kan? Dia ni agak 'popular' juga la. Kira pakar dalam bab bersenam dan diet ni. Saya selalu follow dia punya fb, banyak juga tip-tip boleh diikuti. 




Ai senaraikan balik semua tip-tip tersebut ek..


  1. 1. JANGAN senam hari-hari. Dah kira ok kalau buat 3 kali seminggu (kalau malas macam ai ni, sekali seminggu ja, hihi)
  2. 2. NUTRISI biar seimbang. Haaa, yang ni orang selalu lepas pandang, wal hal tahu nutrisi yg seimbang sangat penting. Air kena cukup tau. Camna nak tahu cukup?         Ukuran jumlah air sesuai dengan berat badan >> setiap 25 kg, 1 liter air. So, kalau berat 50 kg, kau rasa?? 
  3. KNOW YOUR LIMIT. Jangan nak jadi jaguh sangat. paksa diri nak tunjuk hebat sangat, walhal tak mampu pun. 
  4. TIDUR CUKUP. Kalau tidur tak cukup, nanti badan akan letih.. Camna nak bersenam?
  5. LUCK. Saudara Kevin kata kenali diri, buat ikut mana yang mampu. Lebih kurang macam know ur limit la kan. Kira nasib ni macam, nasiblah kalau dapat buat. 
  6. LIMIT 60 minit. Tak payah nak over sangat buat sampai 3 jam. Dah minum air pun kurang plak, bersenam bagai. Macam la kau nak kurus serta merta kalau buat macam tu (erk!). Hihi  
  7. JANGAN KEJAR MASA. Buat slow and steady. Tak payah nak kalut-kalut. 
  8. POSTUR. Buat elok-elok setiap pergerakkan. Kalau mampu buat, jangan menipu. Nanti akan mencederakan diri kalau tak buat betul2.
  9. ELAK SENAMAN RISIKO TINGGI. Berpada-pada sudah la..
  10. PAKAI KASUT YANG SESUAI. Jangan pakai selipar plak time jogging. Huhu.. Kasut yang sesuai dimaksudkan saudara Kevin ialah kalau jogging pakai kasut jongging. "Running shoe is for running or walking. Basically pergerakan yg lurus.Training shoe sesuai utk aerobics, weight training, circuit training n mana2 movement yg pelbagai arah" (Dari komen Saudara Kevin)

Ok, balik kerja nanti nak buat 2 pusingan padang (taman permainan ja pun bukan padang bola). Ala, baru teringat sampai rumah dah kul 7, dah nak magrib. Alasan kan, haha.. Jawabnya weekend ni je la (kalau rajin, hihi)..




4 comments:

  1. Tips dari yang pakar.
    Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. selit keazaman tu biasa bab bersenam ni
    yang buatnya aje tak jadi-jadi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. berazam bagai.. merealisasikan payah bebenar.. keke

      Delete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...