advertisement

BAJU PERTAMAKU

Over kan tajuk.. Baju pertama la sangat.. Bukan baju pertama dipakai selepas saya keluar dari perut mak saya, tapi baju pertama yang ku jahit sendiri.

Saya tengah belajar menjahit sekarang, kelas baru 3 hari, so baju pertama yang dijahit pun siap. Apa yang spoilnya, leher baju ni kecik. Muat masuk kat saya, tapi ketat la kat tengkok tu. Bila di tilik kan balik, rupanya terpotong saiz budak. Nak otter bahagian tu, takut plak rosak, jadinya saya tunggu next class la, suruh cikgu betulkan.

First trial, mestilah jahitan pun tak kemas.. Nak pakai pun segan. Kalau tiba2 ada si penyibuk tanya, nak ke jawab kita yg jahit. Hihi..

Apa2 pun, cobaan pertama 95% berjaya. Baju boleh pakai cuma leher je kecik sikit..

Takut rosak kain, saya potong kecik, dengan harapan klu salah boleh otter balik.. Tup2 memang kecik betul..haha..

Tak sabar nak wat jubah princess plak pas ni. Minat plak dengan jubah princess cut sekarang ni.. Pas ni saya share sama ada berjaya ke tak jubah saya..

Stay tuned!

No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...