advertisement

JUBAH PRINCESS CUT AKU

Ni kira sambungan dari entry baju pertama tu la. Hurm, baju tak siap lagi, dalam proses. Actually, dh siap gunting n jahit tepi.

Warna baju yang saya pilih ialah 'dark grey'. Mula2 nak beli warna mustard atau gold. Tapi kain mahal sangat. Risau nanti kalai tak berapa menjadi baju tu, kang sayang kain mak nak.Tapi kain yang saya beli ni kira ok lah. Saya gredkan ia gred B(sendiri2 letak). Saya beli masa Deepavali hari tu, dapatlah diskaun 20%, beli kat Kamdar(memang berbaloi). Eh, lupa nak cakap kan kain apa, hihi.. kain satin. Tak dak la shining sangat, kain pun tebal jugak.


Bila dah siap gunting tu, tiba2 terfikir, kosong je baju mak nak(ala nyah gitu). Jadinya, mak pun nak letak lace la. Biar naik seri sikit. Nak senang keja, saya gugle je kedai2 online. Usya2 Facebook, jumpa la kedai sis ni. BORDER LACE MURAH. Pi la singgah kedai tu, memang murah u ols.. Bukan nama tu letak saja2, memang sangat berpatutan.

Pilih punya pilih, nilah rupa lace yg saya beli.

RM26, sekali pos, 2 meter, tinggi lace 16 cm

Saja mak letak wana gold tu, lebih klasik. Kalau jadik baju tu, nak hadiah kat mak. Harap mak saya suka la. Dia pun nak pakai jubah princess cut tau. Tapi saya buat longgar la kat dia. Malu lak kang nak pakai.

Ish, nak upload gambar baju yang saya buat tu, tak boleh2 lak. Susah nak transfer dari fon ke komputer ni (psssttt..buat entry kat office, guna komputer office). Nanti2 la saya upload k, bila dh siap. Boleh tunjuk lawa2(confident jek jadi)..

Stay tuned baju saya siap..bye..


No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...