Ni saja nak sambung kisah leher baju kecik yang buat minggu lepas. Huhu.. Punya la puas nak betulkan balik. Saya betulkan sendiri ja, dengan bantuan kakak saya tanpa minta bantuan tok guru yang mengajar.
Saya memang gigih sikit, tak sabar nak tunggu cikgunye.. tak nyempat-nyempat.. Jauh nak ke kelas, memandangkan kelas hanya hujung minggu, jadi lambat. kebetulan pulak minggu ni sya tak ke kelas sebab nak ke majlis pertunangan best friend saya.
Selepas dah dibetulkan, makanya baju saya siap jugak. Nampak macam senget sikit, tapi tak pa la, apa kan daya, first time kan. Sebabkan tak menjadi leher saya, makanya saya gugel dan terjumpa lah blog ni, then saya pun belajarlah cara yg mudah nak potong bentuk leher..
Mari saya kongsikan cara-caranya:-
Ambil sekeping kertas A4 dan lipat kepada dua bahagian dan bolehlah
melukis pola leher bulan. Garisan biru di bahagian bawah di dalam gambar
di atas adalah bahagian lipatan kertas.
Ukuran:
A-B = belakang leher = 2.5cm (semua saiz leher menggunakan formula ini)
C-D = hadapan leher = 1.5cm (semua saiz leher menggunakan formula ini)
B-C = Saiz leher dibahagi 6. Contoh: keliling leher yang dikehendaki adalah 48. Jadi B-C = 48/6 = 8cm
D-E = B-C = 8cm
Untuk gambar-gambar yang lain u ols boleh la lawat terus ke blog tuan tanah ye..
Sumber
Kongsi Macam-macam
Bukan apa, nak ambik lebih-lebih pun, bukan saya yang buat kan..
Ok la u ols, harap ni dapat la membantu korang yg baru nak belajar macam saya.
Wasalam..